Kadang-kadang kita ingin menyatakan bahawa sesuatu perbuatan itu sedang berlaku tapi pada satu tempoh masa pada masa yang lalu. Contohnya : Kami sedang makan dari jam 9 malam hingga 10 malam semalam.
Ayat ini mempunyai 2 unsur penting : 1. Masa (sedang makan tapi pada tempoh masa lalu). 2. Bentuk (aktif).
'Tense' yang sepadan dengan ciri diatas ialah 'Past Perfect Continuous tense'.
'Tense' ini berupa kombinasi perkataan 'had been' + ('present participle').
Kombinasi perkataan itu digunakan dalam struktur berikut :
(Objek) + 'had been' + ('present participle')
Kombinasi 'had been' + ('present participle')' bermaksud 'sudah sedang me...' tapi dimasa lalu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, these' dan lain-lain 'singular, plural').
2. Masa : 'Past Perfect Continuous tense' (sedang berlaku dalam satu tempoh masa dahulu).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu |
We had been eating from 9 p.m. to 10.30 p.m. yesterday | Kami (dulu) sedang makan dari jam 9 malam hingga 10.30 malam semalam |
They had been playing football from 3 p.m. to 7 p.m. yesterday afternoon | Mereka (dulu) sedang bermain bola sepak dari jam 3 petang hingga 7 petang semalam |
We had been watching tv for the whole noon yesterday | Kami (dulu) menonton tv sepanjang tengahari semalam |
John and Johnny had been sleeping for the whole of last night | John dan Johnny (dulu) sedang tidur sepanjang malam semalam |
We had been working in the garden from 9 a.m to 4 p.m. yesterday | Kami (dulu) sedang berkerja di taman dari jam 9 pagi hingga 4 petang semalam |
Catitan :
- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'had been' tidak boleh disenyapkan.
- 2. Dalam bahasa Inggeris, apabila penutur menggunakan kombinasi perkataan 'had been' + ('present participle'), dia bermaksud hal itu sedang berlaku pada satu tempoh pada masa dahulu.
- 3. Dalam, bahasa Melayu, perkataan 'dulu' dan 'sedang' kadang-kadang disenyapkan.