Friday, October 26, 2012

200. Berkata 'dulu' atau 'dahulu'

Berkata 'dulu' atau 'dahulu'

Kadang-kadang kita mahu berkata 'dulu kami gembira' atau 'kami dulu gembira', iaitu dimana perkataan 'dulu' atau 'dahulu' dinyatakan. Kadang-kadang perkataan 'dulu' atau 'dahulu' tidak dinyatakan tetapi kita bermaksud sesuatu hal itu berlaku pada masa 'dulu' atau 'dahulu'.

Ia berupa satu tempoh masa pada masa lepas. Tempoh masa yang sepadan dengan sistem 'tense' dalam bahasa Inggeris ialah 'Past Perfect tense'.

Dalam bahasa Inggeris, adalah penting mengenalpasti masa ('tense') sesuatu hal itu berlaku kerana dalam bahasa Inggeris terdapat sistem 'tense'.

Berikut ialah struktur dimana hal 'dulu' dinyatakan.

Struktur : (Objek) + 'had been' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had been' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur 'had been' bermaksud '(tempoh) dulu merupakan' tapi tempoh itu dimasa lalu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, these' dan lain-lain 'singular, plural').
2. Masa : 'Past Perfect tense' (berlaku dalam satu tempoh masa dahulu).

EnglishMelayu
We had been happyKami (dulu) gembira
They had been a Canadian for 10 yearsMereka (dulu) rakyat Kanada selama 10 tahun
We had been sick for a weekKami (dulu) sakit selama seminggu
John and Johnny had been friendsJohn dan Johnny (dulu) memang berkawan
You had been a nuisance to the neighbourhoodAwak (dulu) satu gangguan terhadap kejiranan

Catitan :

- 1. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'had been' tidak boleh disenyapkan kerana ia memberi maksud tempoh masa yang telah lalu.
- 2. Dalam bahasa Inggeris, apabila penutur menggunakan kombinasi perkataan 'had been' + (non-verb), dia bermaksud hal itu ujud pada satu tempoh pada masa dahulu.
- 3. Dalam, bahasa Melayu, perkataan 'tempoh dulu' kadang-kadang disenyapkan.
- 4. Dalam bahasa Melayu, adalah tidak mempengaruhi ejaan jika 'tempoh masa' tidak disebut.
- 5. Dalam bahasa Inggeris, ada pembahagian masa ('tense'). Bagi 'dulu', pembahagian masanya adalah seperti berikut :

'Past tense'.
'Past Continuous tense'.
'Past Perfect tense'.
'Past Perfect Continuous tense'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekDigunakan untuk...Tense (Masa)Bentuk
Had been(Objek) + had been + ('non-verb')SemuaNon-verbPast Perfect tenseAktif