Monday, December 10, 2012

182. Berkata 'sekarang' ('Present tense')

Berkata 'sekarang'

Sekarang bermaksud pada masa ini. 'Tense' yang sepadan ialah 'Present tense'.

Ia berbeza dengan 'sedang' dimana 'tense' yang sepadan ialah 'Continuous tense'. Ia juga berbeza dengan 'Present Perfect tense' dimana 'tense' ini berkaitan dengan tempoh masa (dari dahulu hingga sekarang).

Kadang-kadang kita mahu berkata 'saya sekarang aktif dalam sukan'. Ayat ini mengandungi perkataan sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang boleh digunakan bagi bermaksud sekarang ialah 'now'.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'now' (bermakna sekarang) tidak semestinya dinyatakan tetapi apabila struktur yang berkenaan digunakan, penutur bermaksud hal berkenaan ujud pada masa sekarang atau 'now'.

Dalam bahasa Inggeris, apabila maksud 'now' digunakan (samada 'now' dinyatakan atau tidak) maka salah satu struktur ayat berikut mesti digunakan :

1. (Objek) + 'am' + ('non-verb')
2. (Objek) + 'is' + ('non-verb')
3. (Objek) + 'are' + ('non-verb')



1. (Objek) + 'am' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini diguna bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal sekarang itu berupa kelaziman keadaan, status, kebiasaan dsb (bukan perbuatan) yang ujud sekarang).

EnglishMelayu
Now I am a student of this schoolSekarang saya seorang pelajar sekolah ini
Now I am happy because ...Sekarang saya gembira kerana ...
Now I am active in sportsSekarang saya aktif dalam sukan
I am at home nowSaya ada di rumah sekarang
I am bored nowSaya bosan sekarang

Catitan :

- 1. Apabila perkataan 'am' digunakan, ia bermakna hal keadaan, status, kebiasaan dsb (bukan perbuatan) ujud pada masa sekarang.
- 2. 'Am' kadang-kadang bermaksud ialah, adalah dan merupakan bagi hal yang ujud pada masa sekarang.
- 3. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'now' boleh disenyapkan. 'Tense' menandakan 'masa'.
- 4. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sekarang' boleh disenyapkan.
- 5. Dalam bahasa Melayu, perkataan ialah/adalah/merupakan boleh disenyapkan.
- 6. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'am' tidak boleh disenyapkan.

2. (Objek) + 'is' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'is' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini diguna bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal sekarang itu berupa keadaan, status, kebiasaan dsb (bukan perbuatan) yang ujud sekarang).

EnglishMelayu
He is thirsty nowDia haus sekarang
Now she is an English teacherSekarang dia seorang guru bahasa Inggeris
It is yours nowIa awak punya sekarang
Ali is not here nowAli tidak ada di sini sekarang
Now the shop is openSekarang kedai itu sudah dibuka

Catitan :

- 1. Apabila perkataan 'is' digunakan, ia bermakna hal keadaan, status, kebiasaan dsb (bukan perbuatan) ujud pada masa sekarang.
- 2. 'Is' boleh juga bermaksud ialah, adalah dan merupakan.
- 3. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'now' boleh disenyapkan. 'Tense' boleh menandakan 'masa'.
- 4. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sekarang' boleh disenyapkan.
- 5. Dalam bahasa Melayu, perkataan ialah/adalah/merupakan boleh disenyapkan.
- 6. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'is' tidak boleh disenyapkan.

3. (Objek) + 'are' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'are' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

Struktur ini diguna bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - hal sekarang itu berupa keadaan, status, kebiasaan dsb (bukan perbuatan)) ujud sekarang).

EnglishMelayu
Now you are a student of this schoolSekarang awak seorang pelajar sekolah ini
We are happy now because ... Kami gembira sekarang kerana ...
They are now active in sportsMereka sekarang aktif dalam sukan
Now these cats are my petsSekarang kucing-kucing ini binatang peliharaan saya
The houses are not occupied nowRumah-rumah itu tidak diduduki sekarang

Catitan :

- 1. Apabila perkataan 'are' digunakan, ia bermakna hal keadaan, status, kebiasaan dsb (bukan perbuatan) ujud pada masa sekarang.
- 2. 'Are' boleh juga bermaksud ialah, adalah, merupakan.
- 3. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'now' boleh disenyapkan. 'Tense' boleh menandakan 'masa'.
- 4. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'sekarang' boleh disenyapkan.
- 5. Dalam bahasa Melayu, perkataan ialah/adalah/merupakan boleh disenyapkan.
- 6. Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'are' tidak boleh disenyapkan.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekDikenakan kepada ...Masa
Am(Objek) + am + (non-verb)INon-verbPresent tense
Is(Objek) + is + (non-verb)SingularNon-verbPresent tense
Are(Objek) + are + (non-verb)You, pluralNon-verbPresent tense