Wednesday, June 15, 2011

594. Kesan huruf 's' dalam bahasa Inggeris

Kesan huruf 's' dalam bahasa Inggeris

Penambahan huruf 's' dalam perkataan bahasa Inggeris mempunyai pelbagai makna dan kesan.

1. Menunjukkan bilangan lebih dari satu ('Plural').
2. Menunjukkan kepunyaan.
3. Menunjukkan perbuatan lazim ('Present tense') bagi objek 'Singular'.



1. Menunjukkan bilangan lebih dari satu ('Plural') :

EnglishMelayu
CarKereta
CarsKereta-kereta
A carSebuah kereta
Two carsDua buah kereta
Three carsTiga buah kereta
Many carsBanyak kereta
A few carsBeberapa buah kereta
..
AppleEpal
An appleSebiji epal
1 apple1 biji epal
2 apples2 biji epal
Many applesBanyak buah epal
..
CatKucing
A catSeekor kucing
Two catsDua ekor kucing
Many catsBanyak kucing
A few catsBeberapa ekor kucing
Some catsSesetengah kucing

2. Menunjukkan kepunyaan :

EnglishMelayu
Ahmad's bookBuku Ahmad
Ali's umbrella Payung Ali
Malaysia's highest mountainGunung tertinggi di Malaysia
Ali's favourite foodMakanan kegemaran Ali
My car's tyresTayar-tayar kereta saya
Its successKejayaannya
Its mouthMulutnya
TheirsMereka punya
OursKami punya

3. Menunjukkan perbuatan lazim ('Present tense') bagi objek 'Singular' :

Ejaan perkataan perbuatan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'Singular' (apa-apa objek yang bilangannya hanya satu) hendaklah ditambah dengan 's' jika perbuatan itu lazim berlaku sekarang atau berulang-ulang hingga sekarang atau kebiasaan pada masa sekarang :

English - infinitiveMelayu - kata dasarEnglish - 'singular' + 'present tense'Melayu
CarePeduliHe cares for his motherDia mengambil berat tentang ibunya
WalkJalanShe walks to schoolDia berjalan kaki ke sekolah
GoPergiAli goes to bed at 11 pm everydayAli masuk tidur pada jam 11 malam setiap hari
TeachAjarSiti teaches English at the schoolSiti mengajar bahasa Inggeris di sekolah itu
RiseNaikThe sun rises from the EastMatahari terbit dari timur
GrowTumbuhThe tree grows at 0.001 mm per dayPokok itu tumbuh 0.001 mm dalam sehari
CookMasakMy mother cooks for usEmak saya memasak untuk kami