Friday, March 30, 2012

219. Berkata 'belum di (pasif)

Berkata 'belum di(pasif)'

Berkata 'belum di(pasif)' bermaksud 'berkata 'belum di...' dalam bentuk 'pasif'.

Contohnya, kadang-kadang kita mahu berkata 'kereta saya belum dicuci'. Ini adalah pernyataan 'belum' tapi dalam bentuk pasif. Ia mengandungi perkataan belum di(pasif).

Dalam bahasa Inggeris, kita gunakan salah satu kombinasi perkataan/frasa berikut :

'Has not been' + ('past participle').
'Have not been' + ('past participle').
'Had not been' + ('past participle').

Perkataan-perkataan 'has not', 'have not', 'had not' bererti 'belum'. Kombinasi perkataan 'been + ('past participle')' membawa bentuk 'pasif'.

Frasa-frasa ini digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'has not been' + ('past participle').
2. (Objek) + 'have not been' + ('past participle').
3. (Objek) + 'had not been' + ('past participle').

Ingat :

- Perkataan 'has' digunakan jika 'objek' ialah 'singular', dan hal 'belum' itu ujud dari dahulu berlanjutan hingga sekarang.
- Perkataan 'have' digunakan jika 'objek' ialah 'I, you, plural', dan hal 'belum' itu ujud dari dahulu berlanjutan hingga sekarang.
- Perkataan 'had' digunakan jika 'objek' ialah semua samada 'singular, I, you, plural', dan hal 'belum' itu ujud dari dahulu berlanjutan hingga satu masa dahulu juga.
- Frasa 'has not', 'have not', 'had not', bermakna 'belum'.
- Perkataan 'been' bermakna 'di' bagi masa 'perfect tense' (samada 'present perfect tense', 'past perfect tense', 'future perfect tense').
- Perkataan 'past participle' digunakan bagi bentuk pasif.
- 'Belum' sepadan dengan masa 'Perfect tense'.



1. (Objek) + 'has not been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'has not been' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal belum di... itu ujud pada masa dahulu berlanjutan hingga sekarang).

EnglishMelayuEnglishMelayu
UpdateKemaskiniThe website has not been updatedLaman web itu belum dikemaskini
TestUjiThe formula has not been testedFormula itu belum diuji
ResolveSelesaikanThe problem has not been resolvedMasalah itu belum diselesaikan
PayBayarThe debt has not been paidHutang itu belum dibayar
RevalueNilai semulaThe house has not been revaluedRumah itu belum dinilai semula

Catitan :

- Walaupun tempoh tidak dinyatakan, tapi bila struktur ini digunakan, penutur bermaksud hal itu adalah 'Present Perfect tense'.

2. (Objek) + 'have not been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'have not been' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal belum di... itu ujud pada masa dahulu berlanjutan hingga sekarang) .

EnglishMelayuEnglishMelayu
AskSuruhI have not been asked to participateSaya belum disuruh untuk turut serta
EstimateAnggarThe expenses have not been estimatedPerbelanjaan-perbelanjaan itu belum dianggarkan
TreatLayanThey have not been treated fairlyMereka belum dilayan dengan adil
ReceiveTerimaThe mails have not been receivedSurat-surat itu belum diterima

Catitan :

- Walaupun tempoh tidak dinyatakan, tapi bila struktur ini digunakan, penutur bermaksud hal itu adalah 'Present Perfect tense'.

3. (Objek) + 'had not been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had not been' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, singular, I, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - (hal belum di... itu ujud pada masa dahulu berlanjutan hingga satu masa dahulu juga) .

EnglishMelayuEnglishMelayu
UpdateKemaskiniThe website had not been updated in 2012Laman web itu belum dikemaskini pada tahun 2012
TestUjiThe formula had not been tested in 2012Formula itu belum diuji pada tahun 2012
ResolveSelesaiThe problem had not been resolved in 2012Masalah itu belum diselesaikan pada tahun 2012
PayBayarThe debt had not been paid in 2012Hutang itu belum dibayar pada tahun 2013
RevalueNilai semulaThe house had not been revaluedRumah itu belum dinilai semula
AskSuruhI had not been asked to participateSaya belum disuruh untuk turut serta
EstimateAnggarThe expenses had not been estimatedPerbelanjaan-perbelanjaan itu belum dianggarkan
TreatLayanThey had not been treated fairlyMereka belum dilayan dengan adil
ReceiveTerimaThe mails had not been receivedSurat-surat itu belum diterima

Catitan :

- Walaupun tempoh tidak dinyatakan, tapi bila struktur ini digunakan, penutur bermaksud hal itu adalah 'Past Perfect tense'.

Ringkasan :

StrukturObjekMasa ('Tense')Bentuk
(Objek) + has not been + ('past participle')SingularPresent Perfect tensePasif
(Objek) + have not been + ('past participle')I, you, pluralPresent Perfect tensePasif
(Objek) + had not been + ('past participle')SemuaPast Perfect tensePasif