Thursday, December 13, 2012

177. Berkata 'ya'

Berkata 'ya'

Perkataan Inggeris yang bermakna ya ialah 'yes'.

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa cara (struktur) untuk berkata 'yes' :

1. Yes
2. Yes, + (objek) + am.
3. Yes, + (objek) + is.
4. Yes, + (objek) + are.
5. Yes, + (objek) + was.
6. Yes, + (objek) + were.
7. Yes, + (objek) + has.
8. Yes, + (objek) + have
9. Yes, + (objek) + had.
10.Yes, + (objek) + do.
11.Yes, + (objek) + does.
12.Yes, + (objek) + did.



1. 'Yes'

'Yes' bermakna ya.
Ia perkataan paling ringkas untuk menyatakan ya. Ia digunakan bagi semua objek dan tidak terikat kepada masa. (Ejaannya tetap sama bagi semua 'tense').
Ia boleh digunakan bersendirian.

EnglishMelayu
Q: Are you happy ?
A: Yes
S: Adakah awak suka ?
J: Ya
Yes, we wonYa, kita telah menang
Yes, we willYa, kita akan
Say 'yes' to educationKatakan 'ya' untuk pelajaran
Yes, it is himYa, memang dia

2. Struktur : 'Yes', + (objek) + 'am'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'yes' diikuti dengan (objek) tertentu kemudian diikuti dengan perkataan 'am'.

Struktur ini bermakna : Ya, saya.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I' sahaja.
2. Masa : 'Present tense' (Hal yang diiyakan itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
Ali, are you satisfied ?
Yes, I am
Ali, adakah awak puas hati ?
Ya, saya
Ali, are you a student ?
Yes, I am
Ali, adakah awak seorang pelajar ?
Ya, saya
Ali, are you his teacher ?
Yes, I am
Ali, adakah awak gurunya ?
Ya, saya
Ali, are you engaged ?
Yes, I am
Ali, adakah awak sudah bertunang ?
Ya, saya
Ali, are you a single ?
Yes, I am
Ali, adakah awak belum berkahwin ?
Ya, saya

3. Struktur : 'Yes', + (objek) + 'is'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'yes' diikuti dengan (objek) tertentu kemudian diikuti dengan perkataan 'is'.

Struktur ini bermakna : Ya, betul atau ya, memang.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Hal yang diiyakan itu lazim pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
Siti, is he your neighbour ?
Yes, he is
Siti, adakah dia jiran awak ?
Ya, betul (dia adalah jiran saya)
Siti, is he your teacher ?
Yes, he is
Siti, adakah dia guru awak ?
Ya, betul (dia adalah guru saya)
Siti, is he interested ?
Yes, he is
Siti, adakah dia berminat ?
Ya, betul (dia berminat)
Siti, is he alive ?
Yes, he is
Siti, adakah dia masih hidup ?
Ya, betul (dia masuh hidup)
Siti, is he brave ?
Yes, he is
Siti, adakah dia berani ?
Ya, betul (dia berani)

4. Struktur : 'Yes', + (objek) + 'are'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'yes' diikuti dengan (objek) tertentu kemudian diikuti dengan perkataan 'are'.

Struktur ini bermakna : Ya, betul atau ya, memang.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Hal yang diiyakan itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
Am I wrong ?
Yes, you are
Adakah saya bersalah ?
Ya, awak salah
Am I right ?
Yes, you are
Adakah saya betul ?
Ya, awak betul
Am I addicted to my smarphone ?
Yes, you are
Adakah saya ketagih pada telefon pintar saya ?
Ya, betul
Am I paying more ?
Yes, you are
Adakah saya membayar lebih ?
Ya, betul
Am I being watched ?
Yes, you are
Adakah saya sedang diperhatikan ?
Ya, betul

5. Struktur : 'Yes', + (objek) + 'was'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'yes' diikuti dengan (objek) tertentu kemudian diikuti dengan perkataan 'was'.

Struktur ini bermakna : Ya, betul atau ya, memang.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past tense' (Hal yang diiyakan itu ujud pada masa dulu).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
Was he a former student ?
Yes, he was
Adakah dia bekas pelajar?
Ya, betul

6. Struktur : 'Yes', + (objek) + 'were'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'yes' diikuti dengan (objek) tertentu kemudian diikuti dengan perkataan 'were'.

Struktur ini bermakna : Ya, betul atau ya, memang.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Hal yang diiyakan itu ujud pada masa yang telah lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
Were they your classmates?
Yes, they were
Adakah mereka dulu rakan sekelas awak?
Ya, betul

7. Struktur : 'Yes', + (objek) + 'has'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'yes' diikuti dengan (objek) tertentu kemudian diikuti dengan perkataan 'has'.

Struktur ini bermakna : Ya, sudah atau ya, ada.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Hal yang diiyakan itu ujud pada tempoh masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
Has she a pen ?
Yes, she has
Adakah dia ada pen ?
Ya, dia ada
Has he done his homework ?
Yes, he has
Adakah dia sudah buat kerja rumahnya?
Ya, dia sudah

8. Struktur : 'Yes', + (objek) + 'have'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'yes' diikuti dengan (objek) tertentu kemudian diikuti dengan perkataan 'have'.

Struktur ini bermakna : Ya, sudah atau ya, ada.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Hal yang diiyakan itu ujud pada tempoh masa sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
Do they have the tickets ?
Yes, they have
Adakah mereka ada tiket ?
Ya, mereka ada
Have they departed ?
Yes, they have
Sudahkah mereka bertolak ?
Ya, mereka sudah

9. Struktur : 'Yes', + (objek) + 'had'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'yes' diikuti dengan (objek) tertentu kemudian diikuti dengan perkataan 'had'.

Struktur ini bermakna : Ya, sudah atau ya, ada.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu I, he, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those dan lain-lain 'singular', 'plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Hal yang diiyakan itu ujud pada tempoh masa lepas).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
Had you a pet ?
Yes, I had
Adakah (dahulu) awak ada binatang peliharaan?
Ya, saya ada
Had you passed the test?
Yes, I had
Sudahkah awak lulus ujian itu?
Ya, saya sudah

10. Struktur : 'Yes', + (objek) + 'do'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'yes' diikuti dengan (objek) tertentu kemudian diikuti dengan perkataan 'do'.

Struktur ini bermakna : Ya, saya.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Hal yang diiyakan itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayu
Q: Do you like it?
A : Yes, I do
S : Adakah awak suka ?
J : Ya, saya suka

11. Struktur : 'Yes', + (objek) + 'does'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'yes' diikuti dengan (objek) tertentu kemudian diikuti dengan perkataan 'does'.

Struktur ini bermakna : Ya, ....

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Hal yang diiyakan itu ujud pada masa sekarang).

EnglishMelayu
Does she like it ?
Yes, she does
Adakah dia suka ?
Ya, dia suka

12. Struktur : 'Yes', + (objek) + 'did'

Struktur ini berbentuk begini : Perkataan 'yes' diikuti dengan (objek) tertentu kemudian diikuti dengan perkataan 'did'.

Struktur ini bermakna : Ya, dia buat atau ya, dia yang buat atau ya, dia yang telah buat.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular', 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Hal yang diiyakan itu ujud pada masa lepas).

EnglishMelayu
Did he climb the mountain ?
Yes, he did
Adakah dia telah memanjat gunung itu ?
Ya, dia telah melakukannya

Catitan :

- Beza antara 'am/is/are/was/were' dengan 'do/does/did' :

- 'Am/is/are/was/were' bermakna 'ialah/adalah/merupakan', dan digunakan keatas 'non-verb' (fakta statik). 'Do/does/did' bukan bererti 'ialah/adalah', dan digunakan bagi 'verb' (perbuatan).

Lain-lain

EnglishMelayu
Say yes to educationCakaplah ya terhadap pelajaran
Yes, AliYa, Ali
Yes, that is greenYa, itu hijau
Yes, you are correctYa, awak benar
Yes man(Orang yang sentiasa mengiyakan seseorang)

178. Berkata 'tidak'

Berkata 'tidak'

Dalam bahasa Inggeris, berkata tidak boleh dilakukan menggunakan 2 perkataan :

1. 'No'.
2. 'Not'.

Catitan : Dalam konteks tertentu, perkataan-perkataan Inggeris diatas boleh bermakna bukan, iaitu perkataan atau frasa yang sama boleh bermakna tidak dan boleh bermakna bukan.



1. 'No'

'No' merupakan perkataan Inggeris paling ringkas yang bermakna tidak.

'No' tidak bergantung kepada mana-mana objek atau masa. Ia boleh berdiri dengan sendiri. Ia tidak menggunakan mana-mana struktur.

EnglishMelayu
Nooooooo!Tidaaaaaak!
Are you happy ?
No
Adakah awak suka ?
Tidak
Will you follow him ?
No
Adakah awak akan ikut dia ?
Tidak
No sweatTidak mengapa
Yes or noYa atau tidak

2. Struktur 'Not' + ('non-verb')

EnglishMelayuCatitan
Believe it or notPercayakannya atau tidakBukan 'believe it or no'
Not importantTidak pentingBukan 'no important'
Not sureTidak pastiBukan 'no sure'
Not funnyTidak kelakarBukan 'no funny'
Not always rightTidak sentiasa betulBukan 'No always right'

Ringkasan

EnglishStrukturObjekMasaBentuk
No(Tidak berkenaan)(Tidak berkenaan)Mengikut subjek(Tidak berkenaan)
NotNot + (non-verb)(Tidak berkenaan)Mengikut subjek(Tidak berkenaan)

179. Berkata 'tidak di(pasif)'

Berkata 'tidak di(pasif)'

Dalam bahasa Inggeris, berkata tidak di(pasif) boleh dilakukan menggunakan perkataan 'not' diikuti ('past participle') tertentu :

Catitan : Dalam konteks tertentu, perkataan Inggeris 'not' boleh bermakna bukan, iaitu perkataan atau frasa yang sama boleh bermakna tidak dan boleh bermakna bukan.

1. Struktur 'Not' + ('past participle')

Struktur 'not' + ('past participle') bermakna 'tidak di...' (bentuk pasif):

Struktur 'not' + ('past participle') diguna bagi :

1. Objek : 'Not' boleh diguna bagi mana-mana objek atau tidak merujuk kepada mana-mana objek jika digunakan dengan sendiri.
2. Masa : Mengikut subjek.

EnglishMelayu
Not wanted hereTidak dikehendaki di sini
You are not wanted hereAwak tidak dikehendaki di sini
Security not guaranteedKeselamatan tidak dijamin
Not eaten in halfTidak dimakan separuh
The fish was not eaten in halfIkan itu tidak dimakan separuh
Whispered and doneDibisik lalu dipersetujui
The price is whispered and doneHarganya dibisik lalu dipersetujui

Catitan :

Ada beberapa perkataan dimana ejaan 'past tense' dan 'past participle' adalah sama. Kesamaan ini boleh menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengguna hendaklah berhati-hati samada perkataan itu dimaksudkan sebagai 'past tense' atau 'past participle'. Konteks sangat penting menentukan perkataan itu dimaksudkan sebagai 'past tense' atau 'past participle'.

Isu

Beza antara sekarang dengan sedang berlaku.

Untuk tujuan memadankan dengan 'tense', sekarang berpadan dengan 'Present tense' manakala sedang berlaku berpadan dengan 'Continuous tense' ('Present Continuous tense', 'Present Perfect Continuous ternse', 'Past Continuous tense', 'Past Perfect Continuous tense, 'Future Continuous tense','Future Perfect Continuous tense').

Ringkasan

EnglishStrukturObjekMasa
NotNot + ('Past participle')(Tidak berkenaan)Mengikut subjek

180. Berkata 'bukan'

Berkata 'bukan'

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa perkataan yang boleh digunakan untuk menyatakan bukan, yang tidak bergantung kepada objek ('I, You, Singular, Plural') dan masa ('tense'), iaitu :

1. 'No'
2. 'Not' + (objek)

Catitan : Dalam konteks tertentu, perkataan-perkataan Inggeris diatas boleh bermakna tidak, iaitu perkataan atau frasa yang sama boleh bermakna tidak dan boleh bermakna bukan.



1. 'No'

'No' boleh bermakna bukan.
Ia perkataan paling ringkas untuk menyatakan bukan.
Ia digunakan bagi semua objek dan tidak terikat kepada masa. (Ejaannya tetap sama bagi semua 'tense').
Ia boleh digunakan bersendirian.

EnglishMelayu
Q: Are you his brother ?
A: No
S: Adakah awak adiknya ?
J: Bukan
Q: Do you take something from here ?
A: No, not me
S: Adakah awak mengambil sesuatu dari sini ?
J: Tidak, bukan saya
Ahmad is Ahmad, he is no AliAhmad adalah Ahmad, dia bukan Ali
Q: Is this your number ?
A: No
S: Adakah ini nombor awak ?
J: Bukan
I am no heroSaya bukan hero
It's big, no, it's giganticIa besar, eh bukan, ia sangat besar

2. 'Not' + (objek)

'Not' boleh bermakna 'bukan'.

Struktur ini diguna bagi :

1. Objek : Semua objek, iaitu 'I, he,she, it, this, that, singular, we, you, they, these, those, plural'.
2. Masa : Dahulu atau sekarang (hal bukan itu ujud pada masa dahulu atau sekarang. Struktur ini tidak ada kena mengena dengan faktor masa).

EnglishMelayu
Not meBukan saya
Not I(Salah)
Not himBukan dia
Not he(Salah)
Not herBukan dia
Not she(Salah)
Not usBukan kami
Not we(Salah)
Not themBukan mereka
Not they(Salah)
Not AliBukan Ali
Not Ali and AbuBukan Ali dan Abu
Not for saleBukan untuk jualan
They make money not artMereka buat duit bukan seni
It is not money that matterBukan duit yang penting
Not just a labelBukan hanya suatu jenama
Eat this, not thatMakan yang ini, bukan yang itu

Ringkasan

EnglishStrukturObjekMasa
NoNo(Tidak berkenaan)(Tidak berkenaan)
NotNot + (objek)(Tidak berkenaan)(Tidak berkenaan)