Monday, August 1, 2016

Pengenalan

Pengenalan Jom Belajar Inggeris

1. Pendekatan yang digunakan dalam buku ini dinamakan BBIMBM (Belajar Bahasa Inggeris Menggunakan Bahasa Melayu).

2. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan yang biasa digunakan dan popular iaitu BBIMBI (Belajar Bahasa Inggeris Menggunakan Bahasa Inggeris). (Harap maklum istilah BBIMBM bukan rasmi).

3. Pendekatan BBIMBI menjadi kebiasaan dan popular kerana berdasarkan sejarah pengajaran bahasa Inggeris mulanya dibuat oleh kebanyakannya guru-guru bukan Melayu yang tidak mahir berbahasa Melayu, oleh itu mereka tidak cuba menyelaraskan ('reconcile') antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, lalu mereka memilih pendekatan BBIMBI. Pendekatan ini kemudiannya turut diterima oleh guru-guru Melayu yang mengajar bahasa Inggeris, dan turut diperakui oleh ibubapa Melayu.

4. Bagaimanapun, kemudiannya ramai orang Melayu yang menjadi mahir berbahasa Inggeris dengan belajar secara sendiri-sendiri tanpa menggunakan pendekatan BBIMBI tapi menggunakan pendekatan BBIMBM. Mereka belajar sendiri-sendiri kerana tiada buku belajar bahasa inggeris menggunakan pendekatan BBIMBM.

5. Tidak ramai guru atau penulis buku yang berterus terang mahu menggunakan pendekatan BBIMBM kerana kurang keyakinan atau takut dikutuk atau diperkecilkan oleh pendokong-pendokong pendekatan BBIMBI yang dominan dan egoistik dengan pendekatan mereka.

6. Pendokong BBIMBI mengatakan kalau nak pandai bahasa inggeris kena cakap inggeris, baca buku Inggeris selalu. Mereka kata jangan terjemah bahasa Inggeris dalam kepala.

7. Pendekatan BBIMBI sesuai bagi mereka yang belajar dan bercakap Inggeris sejak dari kecil disebabkan latarbelakang persekolahan dan pergaulan mereka.

8. Bagi mereka yang mahu belajar bahasa Inggeris sesudah mereka besar panjang, atau sukar menggunakan pendekatan BBIMBI, mereka perlu pendekatan berbeza kerana mereka tak faham lagi makna perkataan-perkataan yang mereka sebut. Caranya ialah dengan menterjemah setiap perkataan yang mereka jumpa, dari situ mereka tahu perbezaan struktur antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Mula-mula memang kena terjemah dan bina struktur dalam kepala (ingatan), tapi selepas kita rajin baca dan bercakap bila ada kesempatan, kita boleh lancar membaca dan memahami apa yang orang cakapkan dalam bahasa Inggeris.

9. Memang pendekatan BBIMBM ini menjadikan anda hanya boleh cakap Inggeris seperti orang Melayu cakap Inggeris, bukan seperti orang Inggeris cakap Inggeris. Pendekatan ini tidak menjadikan anda lupa struktur bahasa Melayu apabila anda sudah mahir Inggeris. Seperti yang anda perasankan, ada orang Melayu yang tergigil-gigil nak bercakap dalam Bahasa Melayu semula selepas biasa cakap bahasa Inggeris, ini kerana mereka ini mungkin menyerap terus struktur Inggeris dan belum menyerap perbezaan dalam bahasa Melayu.

10. Yang penting ialah, selepas tahu struktur dan sedikit sebanyak perkataan Inggeris, rajin-rajinkanlah lagi membaca makalah-makalah Inggeris dan jangan takut bercakap bahasa Inggeris.

11. Harus diingat bahawa Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda oleh itu jangan terlalu berharap atau merasa bersalah bahawa kita menyebut dan mengeja Bahasa Inggeris dengan sempurna. Cuba perhatikan bagaimana Bahasa Inggeris digunakan oleh pemimpin-pemimpin dunia dari Indonesia, Afrika, Cina, Amerika Selatan, Russia, Eropah dan sebagainya. Mereka menyebut perkataan Inggeris mengikut dialek mereka.

12. Memang ada segelintir orang yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa bahasa ibunda. Mereka bercakap Inggeris dimana-mana. Jangan tiru mereka. Segelintir lagi menghina mereka yang tidak mahir berbahasa Inggeris.

13. Apa yang penting ialah kita memahami apa yang disebut, dibaca dan ditulis dalam bahasa Inggeris. Tapi kita tidak boleh menjadi orang Inggeris.

14. Pendekatan BBIMBI adalah pendekatan 'yang mudah disusahkan'.

Friday, July 1, 2016

Mengapa belajar Inggeris

Mengapa belajar bahasa Inggeris

1. Bahasa ilmu.

2. Bahasa perhubungan.

3. Bahasa agama ?

4. Bahasa papan tanda dan petunjuk.

Wednesday, June 1, 2016

Cara menguasai bahasa Inggeris

Cara menguasai bahasa Inggeris

Berikut adalah beberapa perkara yang mesti dilakukan oleh seseorang untuk dapat menguasai Bahasa Inggeris (mengikut buku ini):

1. Faham struktur bahasa Inggeris.
2. Ada Kamus (Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris -Bahasa Melayu).
3. Berani bercakap Inggeris (walaupun salah - pada mulanya).
4. Banyakkan menulis dan membaca artikel berbahasa Inggeris.
5. Mengetahui perkara-perkara berikut, antaranya :

1. Kata dasar ('Infinitive')
2. Objek
3. 'Singular' dan 'Plural'
4. 'Common noun', 'Proper noun'
5. 'Pronoun'
6. 'Verb' - 'action verb', 'non-action verb', 'non-verb'
7. 'Verb' - 'Regular verb', 'Irregular verb'
8. 'Form' (bentuk)
9. 'Tense'
10. 'Past participle' dan 'Present participle'
11. 'Gerund'
12. 'Countable', 'uncountable'
13. 'Phrasal verb'
14. 'Collective noun'
15. 'Modal verb'
16. 'Conjunctions'
17. Pelbagai penggunaan 'to' dll
18. Berkata 'ya'
19. Berkata 'tidak', 'bukan', 'tiada'
20. Berkata 'sekarang'
21. Menyatakan perbuatan lazim
22. Berkata 'ialah', 'adalah', 'merupakan', 'dalam keadaan'
23. Berkata 'sedang'
24. Bertanya
25. Membezakan
26. Struktur terbalik
27. Perkataan berkaitan 'arahan' dll
28. Senarai 'warna' dll
29. Akhiran 'ed' dll
30. Awalan 'multi' dll
31. Melatih sebutan
32. Perkataan berlawan dll
33. Perkataan Inggeris diMelayukan
34. Kelemahan bahasa Inggeris
35. Ejaan-ejaan ringkas

Banyaknya ! Jangan takut. Banyak tapi mudah.

Sunday, January 31, 2016

1. Skim struktur ayat

Skim struktur ayat

Memulakan ayat

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam permulaan ayat :

EnglishMelayuContoh
Common noun(Nama am)Country, man, car
Proper noun(Nama khas)Malaysia, Ali, Iswara
Pronoun(gantinama)I, he, she, you, we, they
Gerund(Nama perbuatan)walking, sleeping, running
Article - a, an, the
Quantity(Kuantiti)one, two, three
Question(Soalan)am, is, are, has, have, had
Adjectives(sifat nama)hard, clean, nice
Adverbs(sifat kata)slowly, hardly, soundly
Prepositions(kedudukan)by, to, on, bottom, under
Action verb(perbuatan fizikal)tell, hit, eat
Non-action verb(perbuatan bukan fizikal)think, guess, begin, end
Command(Arahan)Do it


Pertengahan ayat

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam pertengahan ayat :

EnglishMelayuContoh
Common noun(Nama Am)Country, man, car
Proper noun(Nama khusus)Malaysia, Ali, Iswara
Article - a, an, the
Preposition(Kedudukan)on, in, under
Pronoun(Gantinama)I, he, she, you, we
Gerund(Nama perbuatan)walking, sleeping, running
Quantity(Kuantiti)one, two, three
Helping verb - am, is, are, was, were, has, have, had
Action verb(Perbuatan fizikal)walk, talk, run
Non-action verb(Perbuatan bukan fizikal)feel, guess, think
Conjunctions(Penyambung ayat)and, or, so
Adverbs(Sifatkata)slowly, hardly, soundly
Adjectives(Sifat nama)hard, clean, nice
Signs(tanda-tanda), . ; :
Present tense(Perbuatan lazim sekarang)walk, walks, drive, drives
Present Continuous tense(Perbuatan sedang berlaku sekarang)am walking, is walking, are walking
Present Perfect tense(Perbuatan berlaku pada tempoh masa dahulu hingga sekarang)has eaten, have eaten
Present Perfect Continuous tense(Perbuatan sedang berlaku tapi pada tempoh masa dahulu hingga sekarang)has been eating, have been eating
Past tense(Perbuatan masa lepas)walked, slept, ran
Past Continuous tense(Perbuatan sedang berlaku dahulu)was walking, were walking
Past Perfect tense(Perbuatan berlaku pada tempoh masa dahulu hingga dahulu)had walked, had talked
Past Perfect Continuous tense(Perbuatan sedang berlaku tapi pada tempoh masa dahulu hingga dahulu)had been walking, had been talking
Future tense(Perbuatan akan berlaku pada masa depan)will walk, will talk
Future Continuous tense(Perbuatan akan sedang berlaku pada masa depan)will be walking, will be talking
Future Perfect tense(Perbuatan akan berlaku pada satu tempoh masa pasa masa depan)will have walked
Future Perfect Continuous tense(Perbuatan akan sedang berlaku pada satu tempoh masa pada masa depan)will have been walking, will have been speaking
Passive form(Bentuk pasif)is eaten, are eaten
Negative form(Bentuk Negatif)not true, not wrong
Negative and Passive form(Bentuk negatif pasif)not be told


Penghujung ayat

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam penghujung ayat :

EnglishMelayuContoh
Common noun(Nama Am)Country, man, car
Proper noun(Nama khusus)Malaysia, Ali, Iswara
Pronoun(Gantinama)I, he, she, you, we
Gerund(nama perbuatan)Walking, talking, sleeping
Quantity(kuantiti)One, two, three
Action verb(Perbuatan fizikal)walk, takk, run
Non-action verb(Perbuatan bukan fizikal)think, feel, guess
Adjectives(Sifat nama)hard, clean, nice
Adverbs(Sifat kata/perbuatan)slowly, soundly, hardly
Signs(tanda-tanda). , ' ;
Present tense(Perbuatan lazim sekarang)walk, walks, drive, drives
Present Continuous tense(Perbuatan sedang berlaku sekarang)am walking, is walking, are walking
Present Perfect tense(Perbuatan dari dahulu hingga sekarang)has eaten, have eaten
Past tense(Perbuatan pada masa dahulu)walked, talked, slept
Past Continuous tense(Perbuatan sedang berlaku pada masa dahulu)was walking, were walking
Past Perfect tense(Perbuatan dari dahulu hingga dahulu)had walked, had eaten
Future tense(Perbuatan pada masa depan)will walk, will run
Future Continuous tense(Perbuatan akan sedang berlaku pada masa depan)will be walking, will be running
Future Perfect tense(Perbuatan pada satu tempoh masa dimasa depan)will have been walked, will have been eaten
Passive form(Bentuk pasif)is eaten, are eaten
Negative form(Bentuk negatif)not true, not right
Negative and Passive form(Bentuk negatif pasif)not be told


Ringkasan

PerkaraMelayuContohPermulaan ayatPertengahan ayatPenghujung ayat
Common Noun(Nama Am)country, man, carYaYaYa
Proper Noun(Nama Khas)Malaysia, Ali, SagaYaYaYa
Pronoun(Gantinama)I, he, sheYaYaYa
Article(satu, suatu)a, an, theYaYaYa
Preposition(kedudukan)by, to, on, bottom, underYaYaYa
Gerund(nama perbuatan)swimming, walking, sleepingYaYaYa
Quantity(Kuantiti)one, two, threeYaYaYa
Question(Soalan)is, are, was, has, have, hadYaTidakYa
Adjective(Sifatnama)hard, clean, niceYaYaYa
Adverb(Sifatkata)slow, fast, hard, cleanYaYaYa
Action-Verb(Perbuatan fizikal)eat, run, readYaYaYa
Non-Action Verb(perbuatan bukan fizikal)think, guess, begin, endYaYaYa
Conjunction(kata penyambung)and, or, norYaYaYa
Signs(tanda-tanda)comma, full-stop, exclamationYaYaYa
Present tense(Perbuatan lazim sekarang)walk, walks, sleep, sleepsTidakYaYa
Present Continuous tense(Perbuatan sedang berlaku sekarang)am walking, is walking, are walkingTidakYaYa
Present Perfect tense(Perbuatan berlanjutan dari dahulu hingga sekarang)has walked, have walkedTidakYaYa
Present Perfect Continuous tense(Perbuatan sedang berlaku tapi pada satu tempoh masa dahulu berlanjutan hingga sekarang)has been sleeping, have been playingTidakYaYa
Past Tense(Perbuatan berlaku masa dahulu)slept, walked, ranTidakYaYa
Past Continuous tense(Perbuatan sedang berlaku tapi pada masa dahulu)was walking, were walkingTidakYaYa
Past Perfect tense(Perbuatan berlaku pada satu tempoh masa dahulu)had walked, had sleptTidakYaYa
Past Perfect Continuous tense(Perbuatan sedang berlaku tapi pada satu tempoh masa dahulu yang berlanjutan hingga masa dahulu juga)had been walking, had been sleepingTidakYaYa
Future tense(Perbuatan akan berlaku pada masa depan)will walk, will sleepTidakYaYa
Future Continuous tense(Perbuatan akan sedang berlaku pada masa depan)will be walking, will be speakingTidakYaYa
Future Perfect tense(Perbuatan akan berlaku pada satu tempoh masa pada masa depan)will have spoken, will have walkedTidakYaYa
Future Perfect Continuous tense(Perbuatan akan sedang berlaku pada satu tempoh masa pada masa depan)will have been walking, will have been speakingTidakYaYa
Negative form(Bentuk negatif)Not true, not rightYaYaYa
Passive form(Bentuk pasif)is eatenTidakYaYa
Negative and Passive form(Bentuk negatif pasif)not be toldTidakYaYa
Command(Arahan)Do itYaTidakTidak


3. Mengenali 'objek' dan 'subjek'

Mengenali 'objek' dan 'subjek'

Objek adalah ejaan dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris, ejaannya ialah 'object'.
Subjek adalah ejaan dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris, ejaannya ialah 'subject'.

'Objek' ialah 'benda' (kelihatan atau tidak).
'Subjek' ialah 'perkara' atau Hal yang diperkatakan.

Contoh 'objek' ialah 'rumah, dia, itu, dsb'.
Contoh 'subjek' ialah 'rumah yang cantik itu'.

Kedua-dua 'objek' dan 'subjek' boleh dibilang. Contohnya 'tiga buah rumah' dan 'empat perkara yang dibincangkan'.

Dalam 'subjek' biasanya ada 'objek' tetapi dalam 'objek' tidak ada 'subjek'.

'Objek' boleh menjadi 'subjek' tetapi 'subjek' tidak boleh menjadi 'objek'.

2. Mengenali 'Infinitive' (perkataan dasar)

Dalam bahasa Inggeris, seperti juga dalam bahasa Melayu, terdapat perkataan-perkataan asas (dasar) bagi perbuatan ('verb' - samada 'action verb', 'non-action verb', 'linking verb') dan status/kejadian/peristiwa ('non-verb'). Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil 'infinitive'. Jadi, 'infinitive' adalah 'perkataan dasar' atau 'perkataan asas' bagi 'verb' (perbuatan) (samada 'action verb', 'non-action verb', 'linking verb') dan 'non-verb' (bukan perbuatan).

Contoh :

Melayu (Perkataan dasar)English (Infinitive)
AmbilTake
CakapTalk
JalanWalk
DengarListen
TulisWrite
TendangKick
LihatSee
AjarTeach
SimbahPour
FikirThink
JatuhFall
MulaBegin
AkhirEnd

Mengapa perkataan-perkataan itu dikenali sebagai perkataan asas (dasar) (bagi perbuatan dan status/kejadian/peristiwa) ?

Ini adalah kerana, dari perkataan asas itu boleh terbentuk perkataan-perkataan lain yang berkaitan langsung dengan perkataan dasar itu. Maksudnya perkataan dasar itu menjadi asas kepada ujudnya perkataan-perkataan lain. Ataupun kita katakan, ada perkataan-perkataan (lain) yang ujudnya berasaskan kepada perkataan dasar itu.

Contohnya, dari perkataan dasar 'eat', boleh terbit perkataan-perkataan lain yang berkaitan seperti 'eats', 'eating', 'ate', 'eaten'.

Dalam bahasa Inggeris, 'infinitive' (perkataan dasar) boleh berubah menjadi 'verb' disebabkan perkara berikut : Kombinasi 'bentuk' dan masa ('tense') bagi perkataan dasar tersebut.

Tidak ada peraturan khusus bagaimana untuk mengubah bentuk perkataan dasar ('infinitive') kepada bentuk-bentuk lain walaupun kebanyakan pertukaran bentuk dilakukan dengan menambah huruf/huruf-huruf 's, ed, ing' dsb kepada perkataan asas. Oleh itu cara terbaik ialah dengan banyakkan membaca bahan bacaan dalam bahasa Inggeris atau mencari senarai-senarai yang dibuat oleh mana-mana orang di buku atau di internet.

4. Mengenali 'Singular' dan 'Plural'

Mengenali 'singular' dan 'plural'

Dalam bahasa Inggeris, adalah penting menentukan bilangan sesuatu objek samada 'satu dan kurang' ('Singular') atau 'lebih dari satu' ('Plural').

Jadi, 'Singular' adalah perkataan Inggeris yang bererti 'satu dan kurang dalam bilangan', dan 'Plural' adalah perkataan Inggeris yang bererti 'lebih dari satu dalam bilangan' (termasuk 1.05 dsbnya).

Dalam bahasa Inggeris, bilangan objek menentukan ejaan yang akan digunakan bagi objek itu dalam 4 situasi :

1. Ejaan perbuatan lazim sekarang ('Present tense')

Contohnya :

EnglishMelayu
He walks to school every dayDia berjalan kaki ke sekolah setiap hari
They walk to school every dayMereka berjalan kaki ke sekolah setiap hari
He eats rice every dayDia makan nasi setiap hari
We eat rice every dayKami makan nasi setiap hari
He greets teacher every morningDia memberi hormat pada guru setiap pagi
We greet teacher every morningKami memberi hormat pada guru setiap pagi

Dalam contoh diatas, 'walk' dan 'walks' mempunyai makna yang sama iaitu perbuatan berjalan, tapi ejaannya berbeza kerana he (dia) itu 'singular' tapi they (mereka) itu 'plural'. Bagi objek 'Singular', ejaan bagi perbuatan lazim sekarang bagi objek itu ditambah dengan huruf s tetapi ejaan bagi perbuatan lazim bagi objek 'Plural' tidak ditambah dengan huruf s.

2. Ejaan bagi objek berkenaan

EnglishMelayu
One carSebuah kereta
Two carsDua buah kereta
One studentSeorang pelajar
Three studentsTiga pelajar
A catSeekor kucing
Two catsDua ekor kucing
One treeSebatang pokok
Many treesBanyak pokok
One studentSeorang pelajar
Ten studentsSepuluh pelajar

Dalam contoh diatas, ejaan objek yang bilangannya lebih dari satu ('Plural') ditambah dengan huruf s tetapi ejaan objek yang bilangannya satu atau kurang ('Singular') tidak ditambah dengan huruf s .

3. Kesan kepada penggunaan perkataan 'has', 'have', 'had'.

Ketiga-tiga perkataan Inggeris 'has, have, had' boleh bermakna yang sama iaitu ada, mempunyai bergantung kepada jenis (samada 'singular' atau 'plural') dan 'masa' ('tense').

Perkataan 'has' digunakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' (jika hal 'ada/mempunyai' itu ujud pada masa sekarang)('Present tense').
Perkataan 'have' digunakan bagi objek 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' (jika hal 'ada/mempunyai' itu ujud pada masa sekarang)('Present tense').
Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek samada 'singular' atau 'plural' (jika hal 'ada/mempunyai' itu ujud pada masa yang lepas)('Past tense').

EnglishMelayuMasa ('tense')
He has a catDia ada seekor kucingPresent tense
I have a catSaya ada seekor kucingPresent tense
He had a catDia ada seekor kucingPast tense
I had a catSaya ada seekor kucingPast tense
They have catsMereka mempunyai kucing-kucingPresent tense
They had catsMereka mempunyai kucing-kucingPast tense

4. Kesan kepada penggunaan perkataan 'am, is, are, was, were'.

'Am, is, are, was, were' boleh bermakna ialah, adalah, merupakan, iaitu perkataan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu fakta statik bagi sesuatu objek.

Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I' sahaja dan jika fakta tentang objek itu ujud pada masa sekarang ('Present tense').
Perkataan 'is' digunakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan jika fakta tentang objek itu ujud pada masa sekarang ('Present tense').

Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan jika fakta tentang objek itu ujud pada masa yang telah lepas ('Past tense').

Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan jika fakta tentang objek itu ujud pada masa yang telah lepas ('Past tense').

EnglishMelayuObjekMasa ('tense')
I am happy nowSaya gembira sekarangIPresent tense
He is happy nowDia gembira sekarangHePresent tense
She is happy nowDia gembira sekarangShePresent tense
They are happy nowMereka gembira sekarangTheyPresent tense
We are happy nowKami gembira sekarangWePresent tense
Ali was happy yesterdayAli gembira semalamAliPast tense
He was happy yesterdayDia gembira semalamHePast tense
We were happy yesterdayKami gembira semalamWePast tense
They were happy yesterdayMereka gembira semalamTheyPast tense

Berikut ialah contoh biasa bagi 'singular' :

EnglishMelayu
HeDia (lelaki)
SheDia (perempuan)
ItIa
ThisIni
This catKucing ini
ThatItu
That catKucing itu
OneSatu
One exampleSatu contoh
ASebuah. Sebiji. Sebatang. dsb
A carSebuah kereta
AnSebuah. Sebiji. Sebatang. dsb
An owlSeekor burung hantu
TheItu
The carKereta itu

Contoh objek biasa bagi 'plural' antaranya ialah :

EnglishMelayu
WeKami. Kita
TheyMereka
TheseIni
ThoseItu
Two carsDua buah kereta
Many antsBanyak semut

Kekecualian bagi objek 'I', 'you'

'I' (saya) dan 'you' (awak) walaupun bilangannya ialah satu ('singular') tapi ia dianggap 'plural'. Ini satu kekecualian. Ini dapat diketahui dengan lebih jelas bila kita belajar tentang 'tense'.

EnglishMelayuCatitan
I am a studentSaya ialah seorang pelajarBetul, penggunaan 'am' adalah bagi 'I' sahaja
I is a student(Salah)Salah 'am' tidak digunakan sebaliknya 'is' digunakan
You are a studentAwak ialah seorang pelajarPenggunaan 'are' adalah bagi 'Plural'. 'You' dianggap 'plural'
You is a student(Salah)Salah kerana 'you' dianggap 'plural'
I have a catSaya mempunyai seekor kucingBetul, penggunaan 'have' adalah bagi 'Plural'. 'I' dianggap 'plural'
I has a cat(Salah)Salah, sebab I' dianggap 'plural', jadi sepatutnya gunakan 'have'
You have a catAwak mempunyai seekor kucingBetul, sebab 'you' dianggap 'plural', jadi betul bila gunakan 'have'
You has a cat(Salah)Salah, sebab 'you' dianggap 'plural', jadi sepatutnya gunakan 'have'

Senarai tambahan - ejaan bagi benda 'singular' dan 'plural'

SingularMelayuPlural
DressBajuDresses
TeacherGuruTeachers
DishPingganDishes
MonkeyMonyetMonkeys
ShirtBajuShirts
StoryCeritaStories
WatchJamWatches
LadyWanitaLadies
UnclePak cikUncles
TableMejaTables
ThisIniThese
ThatItuThose
FlySeranggaFlies
InsectSeranggaInsects
DogAanjingDogs
BirdBurungBirds
TreePokokTrees
GlassGelasGlasses
PianoPianoPianos
BicycleBasikalBicycles
WifeIsteriWives
ClassKelasClasses
MatchMancisMatches
BushSemak samunBushes
TomatoTomatoTomatoes
HeroHeroHeroes
MangoManggaMangoes
BambooBuluhBamboos
ArmyTenteraArmies
WayCaraWays
KeyKunciKeys
ValleyLembahValleys
LoafBatangLoaves
ThiefPencuriThieves
RoofBumbungRoofs
OxBurung hantuOxen


5. Cara mengubah ejaan dari 'singular' kepada 'plural'

Cara mengubah ejaan dari 'Singular' kepada 'Plural'

Terdapat beberapa cara untuk mengubah ejaan sesuatu benda dari 'singular' kepada 'plural' berdasarkan amalan oleh penutur bahasa Inggeris.

1. Menambah huruf 's'.
2. Menambah huruf 'es' bagi objek 'singular' yang ejaannya berakhir dengan ss, sh, ch, x, o.
3. Menggantikan huruf y dengan ies bagi 'singular' yang berakhir dengan huruf y.
4. Menggantikan dengan ves jika ejaan 'singular' berakhir dengan huruf f, fe.
5. Menggantikan huruf abjad dalam perkataan : a dengan e, oo dengan ee, ous dengan ic.
6. Menambah 'en'.
7. Menambah 'ren'.
8. Ada objek yang sama ejaannya samada 'singular' atau 'plural'.
9. Ada yang sentiasa 'Plural'.
10.Sesetengah objek sentiasa 'Singular'.



1. Menambah huruf 's'.

English - SingularMelayuEnglish - PluralMelayu
A GirlSeorang budak perempuanGirlsBudak-budak perempuan
A bookSebuah bukuBooksBuku-buku
A dogSeekor anjingDogsAnjing-anjing
An appleSebiji epalApplesEpal-epal
An uncleSeorang pakcikUnclesPak cik-pak cik
A deskSebuah mejaDesksMeja-meja
A chairSebuah kerusiChairsKerusi-kerusi
A birdSeekor burungBirdsBurung-burung
A radioSebuah radioRadiosRadio-radio
A bambooSebatang buluhBamboosBuluh-buluh
A boySeorang budak (laki-laki)BoysBudak-budak
A toySebuah mainanToysMainan-mainan
A waySatu caraWaysCara-cara
A keySebiji kunciKeysKunci-kunci
A donkeySeekor keldaiDonkeysKeldai-keldai
A valleySebuah lembahValleysLembah-lembah
A roofSebiji bumbungRoofsBumbung-bumbung
A chiefSeorang ketuaChiefsKetua-ketua
A dwarfSebuah jetiDwarfsJeti-jeti
A cliffSatu puncakCliffsPuncak-puncak
One girlSeorang budak perempuanThree girlsTiga orang budak perempuan
One bookSebuah bukuTwo booksDua buah buku

2. Menambah huruf 'es' bagi objek 'singular' yang ejaannya berakhir dengan ss, sh, ch, x, o.

SingularMelayuPluralMelayu
ClassKelasClassesKelas-kelas
GlassGelasGlassesGelas-gelas
BrushBerusBrushesBerus-berus
BushSemakBushesSemak-samun
BranchCabangBranchesCabang-cabang
ChurchGerejaChurchesGereja-gereja
WatchJamWatchesJam-jam
MatchMancisMatchesMancis-mancis
BoxKotakBoxesKotak-kotak
FoxAnjingFoxesAnjing-anjing
BuffaloKerbauThree buffaloesTiga ekor kerbau
TomatoTomatoTwo tomatoesDua biji tomato
HeroHeroHeroesHero-hero
MangoManggaMangoesMangga-mangga

3. Menggantikan huruf y dengan ies bagi 'singular' yang berakhir dengan huruf y.

English - SingularMelayuEnglish - PluralMelayu
A babySeorang bayiBabiesBayi-bayi
A lilySekuntum bunga liliLiliesBunga-bunga lili
A citySebuah bandarayaCitiesBandaraya-bandaraya
One lorrySebuah loriLorriesLori-lori
A flySeekor seranggaMany fliesBanyak serangga
An armySeorang askarEight armiesLapan orang askar

4. Menggantikan dengan ves jika ejaan 'singular' berakhir dengan huruf f, fe.

SingularMelayuPluralMelayu
A leafSepucuk daunThree leavesTiga helai daun
A thiefSeorang pencuriThievesPara pencuri
A calfSeekor anak anjingCalvesAnak-anak anjing
A loafSebatang rotiLoaves of breadBerbatang-batang roti
A wolfSeekor serigalaFive wolvesLima ekor serigala
A lifeSatu kehidupanMany lifesBanyak kehidupan
A wifeSeorang isteriWivesPara isteri
A knifeSebuah pisauTwo knivesDua buah pisau

5. Menggantikan huruf abjad dalam perkataan : a dengan e, oo dengan ee, ous dengan ic.

SingularMelayuPluralMelayu
A manSeorang laki-lakiMenPara lelaki
A womanSeorang perempuanWomenPara wanita
A gooseSeekor burungGeeseBurung-burung
A mouseSeekor tikusMiceTikus-tikus
A toothSebatang gigiTeethGigi-gigi
One footSatu kakiTwo feetDua kaki

6. Menambah 'en'.

SingularMelayuPluralMelayu
An OxBurung hantuOxenBurung-burung hantu

7. Menambah 'ren'.

SingularMelayuPluralMelayu
A childSeorang budakChildrenBudak-budak. Kanak-kanak

8. Ada objek yang sama ejaannya samada 'singular' atau 'plural'.

SingularMelayuPluralMelayu
A sheepSeekor biri-biriTwo sheepDua ekor biri-biri
A deerSeekor rusaThree deerTiga ekor rusa

9. Ada yang sentiasa 'Plural'.

SingularMelayuPluralMelayu
- GuntingScissorsGunting
- SeluarTrousersSeluar
- KacamataSpectaclesKacamata
- Seluar pendekShortsSeluar pendek
- Baju. PakaianClothesBaju. Pakaian
- Kami. KitaWeKami. Kita
- MerekaTheyMereka
- SayaIISaya
- AwakYouYouAwak

10. Sesetengah objek sentiasa 'Singular'.

SingularMelayuPlural
SheepBiri-biriSheep
DeerRusaDeer
HeDiaHe
SheDiaShe
ItIaIt
AliAliAli



Catitan :

Oleh kerana terdapat banyak cara bagaimana ejaan sesuatu 'singular' berubah kepada 'plural', maka rajin-rajinlah membaca media berbahasa Inggeris.

Ringkasan

1. Menambah huruf s.
2. Menambah huruf es bagi objek singular yang ejaannya berakhir dengan ss, sh, ch, x, o.
3. Menggantikan huruf y bagi singular yang berakhir dengan huruf y dengan ies.
4. Menggantikan huruf f, fe bagi singular jika ejaannya berakhir dengannya dengan ves.
5. Menggantikan huruf abjad dalam perkataan : a dengan e, oo dengan ee, ous dengan ic.
6. Menambah en.
7. Menambah ren.
8. Ada yang sama ejaannya samada singular atau plural.
9. Ada yang sentiasa 'Plural'.
10.Sesetengah objek sentiasa 'Singular'.

*6. Mengenali 'Common Noun' (Nama Am)

Mengenali 'common noun' (nama am)

Nama Am ialah nama yang diberi kepada sekumpulan objek yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Contohnya sekumpulan manusia, sekumpulan binatang, sekumpulan bangunan, sekumpulan negara dsb. Ia tidak merujuk kepada satu unit/objek tertentu tetapi kepada sekumpulan unit/objek tertentu.

Kadang-kadang kita menggunakan Nama Am dalam ayat.

Dalam bahasa Inggeris, nama am dipanggil 'common noun'.

Satu kumpulan objek (Bahasa Inggeris : 'Group') mungkin mengandungi kumpulan-kumpulan kecil didalamnya (Bahasa Inggeris : 'Sub-group'), contohnya kumpulan manusia ada kumpulan kecil lelaki dan perempuan. Dalam kumpulan kecil lelaki ada pula kumpulan lebih kecil ayah, abang dsb.

Contoh Nama Am :

Nama am manusia

Perkataan manusia itu sendiri adalah nama am.

MelayuEnglish
ManusiaMan
JiranNeighbour
AnakChild
EmakMother
AyahFather
AdikYounger brother
KakakSister

Catitan :

- Beza antara 'man' dan 'men' : 'Man' merujuk kepada seorang 'manusia' dan 'lelaki' ('singular'). 'Men' merujuk kepada semua manusia ('lelaki' dan 'perempuan') ('plural').

Nama am binatang

Perkataan binatang itu sendiri adalah nama am.

MelayuEnglish
BinatangAnimal
AyamChicken
KucingCat
SingaLion
HarimauTiger
LembuCow
KatakFrog

Nama am benda

Perkataan benda itu sendiri adalah nama am.

MelayuEnglish
BendaThing
MejaDesk
KerusiChair
BukuBook
PensilPencil

Nama am tempat

Perkataan tempat itu sendiri adalah nama am.

MelayuEnglish
TempatPlace
KampungVillage
BandarTown
NegeriState
NegaraCountry
BenuaContinent
KedaiShop
TamanGarden
ZooZoo
RestoranRestaurant
PerkuburanCemetary

Nama am peristiwa, kejadian

Perkataan peristiwa, kejadian itu sendiri adalah nama am.

MelayuEnglish
Kejadian
Peristiwa
Event
PerlawananGame
Match
KemalanganAccident
PerhimpunanAssembly
PeperanganWar
PersidanganConference
PertengkaranArgument
PerbualanTalk
KecurianTheft
RompakanRobbery
PembunuhanMurder
Killing
PembinaanConstruction
PenanamanPlantation
PercaturanEffort
PeraduanContest
BanjirFlood
Ribut taufanTyphoon
PertandinganGame
MesyuaratMeeting
PerjalananJourney
PertemuanEncounter
KebakaranFire
PenguburanBurial. Funeral

'Common noun' (Nama am) boleh jadi 'singular' atau 'plural'

(Ingat kembali : 'Singular' (0 dan 1). 'Plural' (satu atau lebih).

(Dalam bahasa Inggeris, bilangan sesuatu 'common noun' mempengaruhi ejaannya).

English Common noun (Singular)MelayuEnglish Common noun (Plural)Melayu
A warSatu peperanganWarsPeperangan-peperangan
One treeSebuah pokokTreesPokok-pokok
A carSebuah keretaThree carsTiga buah kereta
A lorrySebuah loriTen lorriesSepuluh buah lori
A matchSatu perlawananMatchesPerlawanan-perlawanan
A gameSatu pertandinganSome gamesBeberapa pertandingan
One accidentSatu kemalanganThree accidentsTiga kemalangan
A meetingSatu mesyuaratSome meetingsBeberapa mesyuarat
A conferenceSatu persidanganSome conferenceBeberapa persidangan
A murderSatu pembunuhanPembunuhan-pembunuhanMurders. Killings
One journeySatu perjalananTwo journeysDua perjalanan
One encounterSatu pertemuanTwo encountersDua pertemuan
One fireSatu kebakaranMany firesBanyak kebakaran

Bilangan 'common noun' samada 'singular' atau 'plural' mempengaruhi penggunaan perkataan Inggeris 'is, are, was, were, has, have'.

English Common nounMelayuEnglishMelayuCatitan
WarPerangThere is a war in AfricaAda satu peperangan di Africa'Is' digunakan sebab bilangan peperangan adalah satu ('singular')
WarsPeperangan-peperanganThere are many wars all over the worldTerdapat banyak peperangan di dunia ini'Are' digunakan sebab bilangan peperangan lebih dari satu ('plural')
CarKeretaThree carsTiga buah keretaHuruf s ditambah kepada 'car' kerana bilangan kereta lebih dari satu ('plural')
CarKeretaA carSebuah keretaHuruf s tidak ditambah kepada 'car' kerana bilangan kereta hanya satu ('singular')
MurderPembunuhanThere have been 3 murders since last weekSudah terdapat 3 pembunuhan sejak minggu lepas'Have' digunakan apabila bilangan 'common noun' ('murders' = pembunuhan-pembunuhan) adalah 'plural' (lebih dari satu)

7. Mengenali 'Proper Noun' (Nama Khas)

Mengenali 'proper noun' (nama khas)

Nama khas ialah nama yang diberi kepada satu unit objek terkecil yang tertentu dalam satu 'nama am' (Common Noun) tertentu. Contoh nama khas ialah 'Ali' (nama amnya 'manusia').

Dalam bahasa Inggeris, nama khas disebut 'Proper Noun'.

Contoh 'proper noun' dalam nama am 'manusia' :

Melayu - Nama khasEnglish - Proper noun
AliAli
JohnJohn
KumarKumar
RazakRazak
Lee Kim ChoonLee Kim Choon

Contoh 'proper noun' dalam nama am 'negara' :

Melayu - Nama khasEnglish - Proper noun
MalaysiaMalaysia
IndonesiaIndonesia
BruneiBrunei
JepunJapan
KoreaKorea

Ada kalanya, ejaan 'proper noun' dalam bahasa Melayu tidak berubah bila dinyatakan dalam bahasa Inggeris.

Contoh 'proper noun' yang sama ejaannya dalam kedua-dua bahasa :

MelayuEnglish
AliAli
Proton SagaProton Saga
MalaysiaMalaysia
Galaxy NoteGalaxy Note
Oppo 7Oppo 7

Tetapi seringkali juga 'proper noun' bagi objek yang sama dieja berlainan dalam bahasa Inggeris.

Contoh 'proper noun' yang berbeza ejaannya :

MelayuEnglish
Amerika SyarikatUnited States of America
SingapuraSingapore
Gunung KinabaluMountain of Kinabalu
Kinabalu mountain
Selat MelakaStraits of Malacca
Malacca Straits
JepunJapan

Contoh ayat yang menggunakan 'Proper Noun' :

English (Proper Noun)Melayu (Nama Khas)EnglishMelayu
AsiaAsiaAsia is a big continentAsia adalah satu benua yang besar
AliAliAli is my brotherAli adalah abang saya
EnglandEnglandEngland is very far from MalaysiaEngland sangat jauh dari Malaysia
MondayIsninMonday is my favourite dayIsnin adalah hari kesukaan saya
MicrosoftMicrosoftMicrosoft is a computer companyMicrosoft ialah sebuah syarikat komputer

Catitan :

Semua 'proper noun' adalah 'singular' (Bilangan : 0 atau 1).

Untuk mengetahui kepentingan 'singular', sila rujuk bab berkaitan 'singular'.