Dalam bahasa Inggeris, adalah penting menentukan bilangan sesuatu objek samada 'satu dan kurang' ('Singular') atau 'lebih dari satu' ('Plural').
Jadi, 'Singular' adalah perkataan Inggeris yang bererti 'satu dan kurang dalam bilangan', dan 'Plural' adalah perkataan Inggeris yang bererti 'lebih dari satu dalam bilangan' (termasuk 1.05 dsbnya).
Dalam bahasa Inggeris, bilangan objek menentukan ejaan yang akan digunakan bagi objek itu dalam 4 situasi :
1. Ejaan perbuatan lazim sekarang ('Present tense')
Contohnya :
English | Melayu |
He walks to school every day | Dia berjalan kaki ke sekolah setiap hari |
They walk to school every day | Mereka berjalan kaki ke sekolah setiap hari |
He eats rice every day | Dia makan nasi setiap hari |
We eat rice every day | Kami makan nasi setiap hari |
He greets teacher every morning | Dia memberi hormat pada guru setiap pagi |
We greet teacher every morning | Kami memberi hormat pada guru setiap pagi |
Dalam contoh diatas, 'walk' dan 'walks' mempunyai makna yang sama iaitu perbuatan berjalan, tapi ejaannya berbeza kerana he (dia) itu 'singular' tapi they (mereka) itu 'plural'. Bagi objek 'Singular', ejaan bagi perbuatan lazim sekarang bagi objek itu ditambah dengan huruf s tetapi ejaan bagi perbuatan lazim bagi objek 'Plural' tidak ditambah dengan huruf s.
2. Ejaan bagi objek berkenaan
English | Melayu |
One car | Sebuah kereta |
Two cars | Dua buah kereta |
One student | Seorang pelajar |
Three students | Tiga pelajar |
A cat | Seekor kucing |
Two cats | Dua ekor kucing |
One tree | Sebatang pokok |
Many trees | Banyak pokok |
One student | Seorang pelajar |
Ten students | Sepuluh pelajar |
Dalam contoh diatas, ejaan objek yang bilangannya lebih dari satu ('Plural') ditambah dengan huruf s tetapi ejaan objek yang bilangannya satu atau kurang ('Singular') tidak ditambah dengan huruf s .
3. Kesan kepada penggunaan perkataan 'has', 'have', 'had'.
Ketiga-tiga perkataan Inggeris 'has, have, had' boleh bermakna yang sama iaitu ada, mempunyai bergantung kepada jenis (samada 'singular' atau 'plural') dan 'masa' ('tense').
Perkataan 'has' digunakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' (jika hal 'ada/mempunyai' itu ujud pada masa sekarang)('Present tense').
Perkataan 'have' digunakan bagi objek 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' (jika hal 'ada/mempunyai' itu ujud pada masa sekarang)('Present tense').
Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek samada 'singular' atau 'plural' (jika hal 'ada/mempunyai' itu ujud pada masa yang lepas)('Past tense').
English | Melayu | Masa ('tense') |
He has a cat | Dia ada seekor kucing | Present tense |
I have a cat | Saya ada seekor kucing | Present tense |
He had a cat | Dia ada seekor kucing | Past tense |
I had a cat | Saya ada seekor kucing | Past tense |
They have cats | Mereka mempunyai kucing-kucing | Present tense |
They had cats | Mereka mempunyai kucing-kucing | Past tense |
4. Kesan kepada penggunaan perkataan 'am, is, are, was, were'.
'Am, is, are, was, were' boleh bermakna ialah, adalah, merupakan, iaitu perkataan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu fakta statik bagi sesuatu objek.
Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I' sahaja dan jika fakta tentang objek itu ujud pada masa sekarang ('Present tense').
Perkataan 'is' digunakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan jika fakta tentang objek itu ujud pada masa sekarang ('Present tense').
Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan jika fakta tentang objek itu ujud pada masa yang telah lepas ('Past tense').
Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan jika fakta tentang objek itu ujud pada masa yang telah lepas ('Past tense').
English | Melayu | Objek | Masa ('tense') |
I am happy now | Saya gembira sekarang | I | Present tense |
He is happy now | Dia gembira sekarang | He | Present tense |
She is happy now | Dia gembira sekarang | She | Present tense |
They are happy now | Mereka gembira sekarang | They | Present tense |
We are happy now | Kami gembira sekarang | We | Present tense |
Ali was happy yesterday | Ali gembira semalam | Ali | Past tense |
He was happy yesterday | Dia gembira semalam | He | Past tense |
We were happy yesterday | Kami gembira semalam | We | Past tense |
They were happy yesterday | Mereka gembira semalam | They | Past tense |
Berikut ialah contoh biasa bagi 'singular' :
English | Melayu |
He | Dia (lelaki) |
She | Dia (perempuan) |
It | Ia |
This | Ini |
This cat | Kucing ini |
That | Itu |
That cat | Kucing itu |
One | Satu |
One example | Satu contoh |
A | Sebuah. Sebiji. Sebatang. dsb |
A car | Sebuah kereta |
An | Sebuah. Sebiji. Sebatang. dsb |
An owl | Seekor burung hantu |
The | Itu |
The car | Kereta itu |
Contoh objek biasa bagi 'plural' antaranya ialah :
English | Melayu |
We | Kami. Kita |
They | Mereka |
These | Ini |
Those | Itu |
Two cars | Dua buah kereta |
Many ants | Banyak semut |
Kekecualian bagi objek 'I', 'you'
'I' (saya) dan 'you' (awak) walaupun bilangannya ialah satu ('singular') tapi ia dianggap 'plural'. Ini satu kekecualian. Ini dapat diketahui dengan lebih jelas bila kita belajar tentang 'tense'.
English | Melayu | Catitan |
I am a student | Saya ialah seorang pelajar | Betul, penggunaan 'am' adalah bagi 'I' sahaja |
I is a student | (Salah) | Salah 'am' tidak digunakan sebaliknya 'is' digunakan |
You are a student | Awak ialah seorang pelajar | Penggunaan 'are' adalah bagi 'Plural'. 'You' dianggap 'plural' |
You is a student | (Salah) | Salah kerana 'you' dianggap 'plural' |
I have a cat | Saya mempunyai seekor kucing | Betul, penggunaan 'have' adalah bagi 'Plural'. 'I' dianggap 'plural' |
I has a cat | (Salah) | Salah, sebab I' dianggap 'plural', jadi sepatutnya gunakan 'have' |
You have a cat | Awak mempunyai seekor kucing | Betul, sebab 'you' dianggap 'plural', jadi betul bila gunakan 'have' |
You has a cat | (Salah) | Salah, sebab 'you' dianggap 'plural', jadi sepatutnya gunakan 'have' |
Senarai tambahan - ejaan bagi benda 'singular' dan 'plural'
Singular | Melayu | Plural |
Dress | Baju | Dresses |
Teacher | Guru | Teachers |
Dish | Pinggan | Dishes |
Monkey | Monyet | Monkeys |
Shirt | Baju | Shirts |
Story | Cerita | Stories |
Watch | Jam | Watches |
Lady | Wanita | Ladies |
Uncle | Pak cik | Uncles |
Table | Meja | Tables |
This | Ini | These |
That | Itu | Those |
Fly | Serangga | Flies |
Insect | Serangga | Insects |
Dog | Aanjing | Dogs |
Bird | Burung | Birds |
Tree | Pokok | Trees |
Glass | Gelas | Glasses |
Piano | Piano | Pianos |
Bicycle | Basikal | Bicycles |
Wife | Isteri | Wives |
Class | Kelas | Classes |
Match | Mancis | Matches |
Bush | Semak samun | Bushes |
Tomato | Tomato | Tomatoes |
Hero | Hero | Heroes |
Mango | Mangga | Mangoes |
Bamboo | Buluh | Bamboos |
Army | Tentera | Armies |
Way | Cara | Ways |
Key | Kunci | Keys |
Valley | Lembah | Valleys |
Loaf | Batang | Loaves |
Thief | Pencuri | Thieves |
Roof | Bumbung | Roofs |
Ox | Burung hantu | Oxen |
5 comments:
Tq sir.. your explain all these
Goodjob
Tq
Man
Tqvm sir
Post a Comment