Sunday, January 31, 2016

4. Mengenali 'Singular' dan 'Plural'

Mengenali 'singular' dan 'plural'

Dalam bahasa Inggeris, adalah penting menentukan bilangan sesuatu objek samada 'satu dan kurang' ('Singular') atau 'lebih dari satu' ('Plural').

Jadi, 'Singular' adalah perkataan Inggeris yang bererti 'satu dan kurang dalam bilangan', dan 'Plural' adalah perkataan Inggeris yang bererti 'lebih dari satu dalam bilangan' (termasuk 1.05 dsbnya).

Dalam bahasa Inggeris, bilangan objek menentukan ejaan yang akan digunakan bagi objek itu dalam 4 situasi :

1. Ejaan perbuatan lazim sekarang ('Present tense')

Contohnya :

EnglishMelayu
He walks to school every dayDia berjalan kaki ke sekolah setiap hari
They walk to school every dayMereka berjalan kaki ke sekolah setiap hari
He eats rice every dayDia makan nasi setiap hari
We eat rice every dayKami makan nasi setiap hari
He greets teacher every morningDia memberi hormat pada guru setiap pagi
We greet teacher every morningKami memberi hormat pada guru setiap pagi

Dalam contoh diatas, 'walk' dan 'walks' mempunyai makna yang sama iaitu perbuatan berjalan, tapi ejaannya berbeza kerana he (dia) itu 'singular' tapi they (mereka) itu 'plural'. Bagi objek 'Singular', ejaan bagi perbuatan lazim sekarang bagi objek itu ditambah dengan huruf s tetapi ejaan bagi perbuatan lazim bagi objek 'Plural' tidak ditambah dengan huruf s.

2. Ejaan bagi objek berkenaan

EnglishMelayu
One carSebuah kereta
Two carsDua buah kereta
One studentSeorang pelajar
Three studentsTiga pelajar
A catSeekor kucing
Two catsDua ekor kucing
One treeSebatang pokok
Many treesBanyak pokok
One studentSeorang pelajar
Ten studentsSepuluh pelajar

Dalam contoh diatas, ejaan objek yang bilangannya lebih dari satu ('Plural') ditambah dengan huruf s tetapi ejaan objek yang bilangannya satu atau kurang ('Singular') tidak ditambah dengan huruf s .

3. Kesan kepada penggunaan perkataan 'has', 'have', 'had'.

Ketiga-tiga perkataan Inggeris 'has, have, had' boleh bermakna yang sama iaitu ada, mempunyai bergantung kepada jenis (samada 'singular' atau 'plural') dan 'masa' ('tense').

Perkataan 'has' digunakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' (jika hal 'ada/mempunyai' itu ujud pada masa sekarang)('Present tense').
Perkataan 'have' digunakan bagi objek 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' (jika hal 'ada/mempunyai' itu ujud pada masa sekarang)('Present tense').
Perkataan 'had' digunakan bagi semua objek samada 'singular' atau 'plural' (jika hal 'ada/mempunyai' itu ujud pada masa yang lepas)('Past tense').

EnglishMelayuMasa ('tense')
He has a catDia ada seekor kucingPresent tense
I have a catSaya ada seekor kucingPresent tense
He had a catDia ada seekor kucingPast tense
I had a catSaya ada seekor kucingPast tense
They have catsMereka mempunyai kucing-kucingPresent tense
They had catsMereka mempunyai kucing-kucingPast tense

4. Kesan kepada penggunaan perkataan 'am, is, are, was, were'.

'Am, is, are, was, were' boleh bermakna ialah, adalah, merupakan, iaitu perkataan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu fakta statik bagi sesuatu objek.

Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I' sahaja dan jika fakta tentang objek itu ujud pada masa sekarang ('Present tense').
Perkataan 'is' digunakan bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan jika fakta tentang objek itu ujud pada masa sekarang ('Present tense').

Perkataan 'was' digunakan bagi objek 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular' dan jika fakta tentang objek itu ujud pada masa yang telah lepas ('Past tense').

Perkataan 'were' digunakan bagi objek 'you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' dan jika fakta tentang objek itu ujud pada masa yang telah lepas ('Past tense').

EnglishMelayuObjekMasa ('tense')
I am happy nowSaya gembira sekarangIPresent tense
He is happy nowDia gembira sekarangHePresent tense
She is happy nowDia gembira sekarangShePresent tense
They are happy nowMereka gembira sekarangTheyPresent tense
We are happy nowKami gembira sekarangWePresent tense
Ali was happy yesterdayAli gembira semalamAliPast tense
He was happy yesterdayDia gembira semalamHePast tense
We were happy yesterdayKami gembira semalamWePast tense
They were happy yesterdayMereka gembira semalamTheyPast tense

Berikut ialah contoh biasa bagi 'singular' :

EnglishMelayu
HeDia (lelaki)
SheDia (perempuan)
ItIa
ThisIni
This catKucing ini
ThatItu
That catKucing itu
OneSatu
One exampleSatu contoh
ASebuah. Sebiji. Sebatang. dsb
A carSebuah kereta
AnSebuah. Sebiji. Sebatang. dsb
An owlSeekor burung hantu
TheItu
The carKereta itu

Contoh objek biasa bagi 'plural' antaranya ialah :

EnglishMelayu
WeKami. Kita
TheyMereka
TheseIni
ThoseItu
Two carsDua buah kereta
Many antsBanyak semut

Kekecualian bagi objek 'I', 'you'

'I' (saya) dan 'you' (awak) walaupun bilangannya ialah satu ('singular') tapi ia dianggap 'plural'. Ini satu kekecualian. Ini dapat diketahui dengan lebih jelas bila kita belajar tentang 'tense'.

EnglishMelayuCatitan
I am a studentSaya ialah seorang pelajarBetul, penggunaan 'am' adalah bagi 'I' sahaja
I is a student(Salah)Salah 'am' tidak digunakan sebaliknya 'is' digunakan
You are a studentAwak ialah seorang pelajarPenggunaan 'are' adalah bagi 'Plural'. 'You' dianggap 'plural'
You is a student(Salah)Salah kerana 'you' dianggap 'plural'
I have a catSaya mempunyai seekor kucingBetul, penggunaan 'have' adalah bagi 'Plural'. 'I' dianggap 'plural'
I has a cat(Salah)Salah, sebab I' dianggap 'plural', jadi sepatutnya gunakan 'have'
You have a catAwak mempunyai seekor kucingBetul, sebab 'you' dianggap 'plural', jadi betul bila gunakan 'have'
You has a cat(Salah)Salah, sebab 'you' dianggap 'plural', jadi sepatutnya gunakan 'have'

Senarai tambahan - ejaan bagi benda 'singular' dan 'plural'

SingularMelayuPlural
DressBajuDresses
TeacherGuruTeachers
DishPingganDishes
MonkeyMonyetMonkeys
ShirtBajuShirts
StoryCeritaStories
WatchJamWatches
LadyWanitaLadies
UnclePak cikUncles
TableMejaTables
ThisIniThese
ThatItuThose
FlySeranggaFlies
InsectSeranggaInsects
DogAanjingDogs
BirdBurungBirds
TreePokokTrees
GlassGelasGlasses
PianoPianoPianos
BicycleBasikalBicycles
WifeIsteriWives
ClassKelasClasses
MatchMancisMatches
BushSemak samunBushes
TomatoTomatoTomatoes
HeroHeroHeroes
MangoManggaMangoes
BambooBuluhBamboos
ArmyTenteraArmies
WayCaraWays
KeyKunciKeys
ValleyLembahValleys
LoafBatangLoaves
ThiefPencuriThieves
RoofBumbungRoofs
OxBurung hantuOxen


4 comments: