Saturday, December 31, 2011

224. Berkata 'sudah'

Berkata 'sudah'

Dalam bahasa Inggeris ada beberapa perkataan yang boleh kita gunakan yang memberi makna sudah melakukan sesuatu perbuatan atau sesuatu hal sudah berlaku :

'Has'.
'Have'.
'Had'.
'Has been'.
'Have been'.
'Had been'.

Perkataan/frasa tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'has' + ('past participle').
2. (Objek) + 'have' + ('past participle').
3. (Objek) + 'had' + ('past participle').
4. (Objek) + 'has been' + ('present participle').
5. (Objek) + 'have been' + ('present participle').
6. (Objek) + 'had been' + ('present participle').



1. Struktur : (Objek) + 'has' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (perbuatan itu telah berlaku dalam masa yang belum begitu lama (sudah atau baru saja sudah)).
3. Ada jangkaan bagi perbuatan itu untuk dilakukan sebelum ia berlaku.
4. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
BecomeMenjadiHe has become the new playerDia sudah menjadi pemain baru
SpeakCakapHe has spoken to headmasterDia sudah bercakap dengan guru besar
WriteTulisShe has written two lettersDia sudah menulis dua surat
BuildBinaShe has built the sand castleDia sudah membina istana pasir itu
BroadcastSiarThe radio has broadcasted the news about the tsunamiRadio sudah menyiarkan berita tentang tsunami
DoBuatAli has done his homeworkAli sudah menyiapkan kerja sekolahnya
DoBuatHe has done itDia sudah melaksanakannya

2. Struktur : (Objek) + 'have' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (perbuatan itu telah berlaku dalam masa yang belum begitu lama (sudah atau baru saja sudah)).
3. Ada jangkaan bagi perbuatan itu untuk dilakukan sebelum ia berlaku.
4. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
KnowTahuI have known about himSaya sudah tahu tentang dia
EatMakanI have eatenSaya sudah makan
DoBuatYou have done itAwak sudah melakukannya
SubmitSerahWe have submitted the reportKami sudah menyerahkan laporan itu
StartMulaThey have started the meetingMereka sudah memulakan mesyuarat
DoLaksanaI have done itSaya sudah melaksanakannya
DoLaksanaYou have done itAwak sudah melaksanakannya

3. Struktur : (Objek) + had + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, singular, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh masa dahulu - perbuatan itu telah berlaku dalam tempoh yang lepas).
3. Ada jangkaan bagi perbuatan itu untuk berlaku sebelum ia terjadi tapi hal itu tak akan berlaku pada masa depan.
4. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
KnowTahuI had known about him in 2010Saya sudah tahu tentang dia pada tahun 2010
SpeakCakapBefore I came here, I had spoken to JackSebelum saya datang ke sini, saya susah bercakap dengan Jack
SeeLihatWhen Siti had seen the elephants, she wanted to see the giraffesApabila Siti sudah melihat gajah, dia mahu melihat pula zirafah
ReadBacaSiti had read a lot about elephants before she went to the zooSiti sudah membaca banyak tentang gajah sebelum dia pegi ke zoo
CollectPungutThe wind blew away the leaves that we had collectedAngin telah menerbangkan daun-daun yang kami sudah kutip

4. Struktur : (Objek) + 'has been' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has been' diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect Continuous tense' (perbuatan itu telah berlaku pada masa lepas (tapi belum begitu lama) dan berlanjutan hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
SpeakCakapHe has been speaking to the headmaster since 10 minutes agoDia sudah bercakap dengan guru besar sejak 10 minit lalu
WriteTulisShe has been writing two letters until nowDia sudah menulis dua surat hingga sekarang
BuildBinaShe has been building the sand castle since yesterdayDia sudah membina istana pasir itu sejak semalam
BroadcastSiarThe radio has been broadcasting the news about the tsunami since it beganRadio sudah menyiarkan berita tentang tsunami sejak ia bermula
DoBuatAli has been doing his homework after came back from schoolAli sudah membuat kerja sekolahnya selepas balik dari sekolah

5. Struktur : (Objek) + 'have been' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have been' diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect Progressive (Continuous) Tense' (perbuatan itu telah berlaku pada masa lepas (tapi belum begitu lama) dan bersambung hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
SpeakCakapThey have been speaking to the headmaster since 10 minutes agoMereka sudah bercakap dengan guru besar sejak 10 minit lalu
WriteTulisI have been writing two letters until nowSaya sudah menulis dua surat hingga sekarang
BuildBinaYou have been building the sand castle since yesterdayAwak sudah membina istana pasir itu sejak semalam
BroadcastSiarAll radio stations have been broadcasting the news about the tsunami since it beganSemua stesen radio sudah menyiarkan berita tentang tsunami sejak ia bermula
DoBuatWe have been doing our homework after came back from schoolKami sudah membuat kerja sekolah selepas balik dari sekolah

6. Struktur : (Objek) + 'had been' + ('present participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had been' diikuti dengan ('present participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek iaitu 'he, she, it, this, that, singular, I, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect Progressive (Continuous) Tense' (perbuatan itu telah berlaku dan selesai pada masa lepas (tempoh berlakunya hal berkenaan tidaklah lama sangat).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
SpeakCakapThey had been speaking to the headmaster for 10 minutes yesterdayMereka sudah bercakap dengan guru besar selama 10 minit semalam
WriteTulisI had been writing two letters for 2 hours this morningSaya sudah menulis dua surat dalamasa 2 jam pada pagi ini
BuildBinaYou had been building the sand castle yesterday afternoonAwak sudah membina istana pasir itu tengahari semalam
BroadcastSiarAll radio stations had been broadcasting the news about the tsunami since it began till it endedSemua stesen radio sudah menyiarkan berita tentang tsunami sejak ia bermula hingga ia berakhir
DoBuatWe had been doing our homework after came back from school till midnightKami sudah membuat kerja sekolah selepas balik dari sekolah hingga tengah malam

Ringkasan :

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Has + ('past participle')(Objek) + has + ('past participle')singularsekarangAktif
Have + ('past participle')(Objek) + have + ('past participle')I, you, pluralSekarangAktif
Had + ('past participle')(Objek) + had + ('past participle')SemuadahuluAktif
Did + ('verb')(Objek) + did + ('verb')SemuadahuluAktif
has been + ('present participle')(Objek) + has been + ('present participle')SingularsekarangAktif
Have been + ('present participle')(Objek) + have been + ('present participle')I, you, pluralsekarangAktif
Had been + ('present participle')(Objek) + had been + ('present participle')SemuadahuluAktif

Catitan :

- Beza antara 'sudah' dan 'telah' : Sudah digunakan bagi satu 'tempoh masa', tapi 'telah' digunakan bagi satu ketika. Jadi, sudah sesuai dengan 'perfect tense', tapi telah sesuai dengan 'past tense'.

225. Berkata 'sudah di(pasif)'

Berkata 'sudah di(pasif)'

Kadang-kadang kita berkata 'kereta itu sudah dibaiki'. Disini ada perkataan sudah di(pasif) iaitu sudah dalam bentuk pasif (kena buat).

Dalam buku ini, perkataan 'sudah' (dalam bahasa Melayu) dipadankan dengan 'Perfect Tense' (samada 'Present Perfect tense' atau 'Past Perfect tense' atau 'Future Perfect tense') (dalam bahasa Inggeris).

Dalam bahasa Inggeris, ada perkataan-perkataan yang khusus bagi menyatakan perbuatan dalam bentuk 'pasif' seperti sudah di(pasif), iaitu :

'Has been'.
'Have been'.
'Had been'.

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'has been' + ('past participle').
2. (Objek) + 'have been' + ('past participle').
3. (Objek) + 'had been' + ('past participle').



Struktut-struktur itu boleh, dalam konteks tertentu, bermakna telah di(pasif). Perkataan telah di... sesuai digunakan bagi keadaan yang tempoh berlangsungnya sekejap sahaja, seperti tendang, tulis dan sebagainya. Perkataan sudah di... sesuai digunakan bagi keadaan yang tempoh berlangsungnya agak lama, seperti siap, keliru dan sebagainya.

1. Struktur : (Objek) + 'has been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - hal yang 'sudah di...' itu bermula pada masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja selesai).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
CompleteSiapThe project has been completedProjek itu sudah disiapkan
RefundPulangkanThe excess money has been refundedWang lebihan itu sudah dipulangkan
FixBetulkanThe broken wiring has been fixedPendawaian yang rosak itu sudah dibetulkan
FindJumpaThe missing cat has been foundKucing yang hilang itu sudah ditemui
AuctionLelongThe car has been auctionedKereta itu sudah dilelong
AbandonTinggalkanThe house has been abandonedRumah itu sudah ditinggalkan
IncludeTermasukThe item has been included in the topicsPerkara itu sudah dimasukkan dalam tajuk-tajuk

2. Struktur : (Objek) + 'have been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - hal yang sudah itu bermula pada masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja selesai).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
CorrectBetulThe errors have been correctedKesilapan-kesilapan itu sudah dibetulkan
ArresttangkapThe robbers have been arrestedPerompak-perompak itu sudah ditangkap
TranslateTerjemahThe works of Mr Ali have been translated into many languageskerja-kerja En Ali sudah diterjemahkan ke banyak bahasa
SueSamanThey have been sued for the trespassingMereka sudah disaman atas kesalahan menceroboh itu
TellBeritahuWe have been told about the next meetingKami sudah diberitahu mengenai mesyuarat akan datang
AbbreviateRingkasSome of the words have been abbreviatedSebahagian dari perkataan-perkataan sudah diringkaskan

3. Struktur : (Objek) + 'had been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, singular, I, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh dahulu - hal yang sudah itu berlaku dan selesai dalam satu ketika yang telah lalu).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
CompleteSiapThe project had been completed 5 years agoProjek itu sudah disiapkan 5 tahun lalu
RefundPulangkanThe excess money had been refundedWang lebihan itu sudah dipulangkan
FixBetulkanThe broken wiring had been fixedPendawaian yang rosak itu sudah dibetulkan
FindJumpaThe missing cat had been foundKucing yang hilang itu sudah ditemui
AuctionLelongThe car had been auctionedKereta itu sudah dilelong
AbandonTinggalkanThe house had been abandonedRumah itu sudah ditinggalkan
CorrectBetulThe errors had been correctedKesilapan-kesilapan itu sudah dibetulkan
ArrestTangkapThe robbers had been arrestedPerompak-perompak itu sudah ditangkap

Ringkasan :

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Has been + ('past participle')(Objek) + has been + ('past participle')singularPresent Perfect tensePasif
Have been + ('past participle')(Objek) + have been + ('past participle')I, you, pluralPresent Perfect tensePasif
Had been + ('past participle')(Objek) + had been + ('past participle')SemuaPast Perfect tensePasif

226. Berkata 'sudah tidak'

Berkata 'sudah tidak'

Kadang-kadang kita mahu berkata 'saya sudah tidak makan selama dua hari'.

Sudah tidak adalah sudah bentuk negatif.

Sudah tidak dimaksudkan sebagai keadaan pada mulanya biasa berlaku atau ujud tapi kemudian tidak berlaku atau tidak ujud yang bermula dari satu masa yang lepas berlanjutan hingga sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan yang digunakan untuk menyatakan sudah tidak :

'Has not had'.
'Have not had'.
'Had not had'.

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'has not had' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'have not had' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'had not had' + ('non-verb').



1. Struktur : (Objek) + 'has not had' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has not had' diikuti ('non-verb') tertentu.

'Has not' sering diringkaskan menjadi 'hasn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
She hasn't had a period for 10 monthsDia sudah tidak datang bulan selama 10 bulan
He hasn't had a dream for long timeDia sudah tidak bermimpi sejak sekian lama
This hotel has not had any work done since last 4 yearsHotel ini sudah tidak dibaiki sejak 4 tahun lepas
The volcano has not had an eruption for more than 3,000 yearsGunung berapi itu sudah tidak meletup sejak 3000 tahun
The school has not had a headmaster since thenSekolah itu sudah tidak ada guru besar sejak itu

2. Struktur : (Objek) + 'have not had' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have not had' diikuti ('non-verb') tertentu.

'Have not' sering diringkaskan menjadi 'haven't'

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
We have not had time for thatKami sudah tidak ada masa untuk itu
You have not had electricity bill for a year nowAwak sudah tidak menerima bil letrik selama setahun sekarang
I haven't had a real meal in a year because of stomach problemSaya sudah tidak dapat makan dengan sempurna selama setahun kerana masalah perut
We haven't had good holiday for agesKita sudah tidak mendapat percutian yang bagus selama bertahun-tahun
They have not had a fight for 19 yearsMereka sudah tidak bergaduh selama 19 tahun

3. Struktur : (Objek) + 'had not had' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had not had' diikuti ('non-verb') tertentu.

'Had not' sering diringkaskan menjadi 'hadn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, 'singular', 'plural'').
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Dahulu).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
I would not be unemployed if I had not had a disagreement with my bossSaya tidak akan tiada perkerjaan kalaulah saya tidak ada ketidakpersetujuan dengan majikan saya
He had not had a pocket-handkerchief for agesDia tidak mempunyai saputangan kocek untuk beberapa lama
They had not had any food for a weekMereka sudah tidak ada makanan selama seminggu
She had not had an affair with anyone in quite a long timeDia sudah tidak ada hubungan dengan sesiapa dalam tempoh yang agak lama
I had a great visit in a hotel I had not had the experience to try beforeSaya mengalami lawatan menyeronokkan ke satu hotel yang saya tidak ada pengalaman mencubanya sebelum ini

Ringkasan :

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Has not had + ('non-verb')(Objek) + has not had + ('non-verb')SingularPresent Perfect tenseNegatif
Have not had + ('non-verb')(Objek) + have not had + ('non-verb')I, you, pluralPresent Perfect tenseNegatif
Had not had + ('non-verb')(Objek) + had not had + ('non-verb')SemuaPast Perfect tenseNegatif