Saturday, December 31, 2011

225. Berkata 'sudah di(pasif)'

Berkata 'sudah di(pasif)'

Kadang-kadang kita berkata 'kereta itu sudah dibaiki'. Disini ada perkataan sudah di(pasif) iaitu sudah dalam bentuk pasif (kena buat).

Dalam buku ini, perkataan 'sudah' (dalam bahasa Melayu) dipadankan dengan 'Perfect Tense' (samada 'Present Perfect tense' atau 'Past Perfect tense' atau 'Future Perfect tense') (dalam bahasa Inggeris).

Dalam bahasa Inggeris, ada perkataan-perkataan yang khusus bagi menyatakan perbuatan dalam bentuk 'pasif' seperti sudah di(pasif), iaitu :

'Has been'.
'Have been'.
'Had been'.

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'has been' + ('past participle').
2. (Objek) + 'have been' + ('past participle').
3. (Objek) + 'had been' + ('past participle').



Struktut-struktur itu boleh, dalam konteks tertentu, bermakna telah di(pasif). Perkataan telah di... sesuai digunakan bagi keadaan yang tempoh berlangsungnya sekejap sahaja, seperti tendang, tulis dan sebagainya. Perkataan sudah di... sesuai digunakan bagi keadaan yang tempoh berlangsungnya agak lama, seperti siap, keliru dan sebagainya.

1. Struktur : (Objek) + 'has been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - hal yang 'sudah di...' itu bermula pada masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja selesai).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
CompleteSiapThe project has been completedProjek itu sudah disiapkan
RefundPulangkanThe excess money has been refundedWang lebihan itu sudah dipulangkan
FixBetulkanThe broken wiring has been fixedPendawaian yang rosak itu sudah dibetulkan
FindJumpaThe missing cat has been foundKucing yang hilang itu sudah ditemui
AuctionLelongThe car has been auctionedKereta itu sudah dilelong
AbandonTinggalkanThe house has been abandonedRumah itu sudah ditinggalkan
IncludeTermasukThe item has been included in the topicsPerkara itu sudah dimasukkan dalam tajuk-tajuk

2. Struktur : (Objek) + 'have been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - hal yang sudah itu bermula pada masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja selesai).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
CorrectBetulThe errors have been correctedKesilapan-kesilapan itu sudah dibetulkan
ArresttangkapThe robbers have been arrestedPerompak-perompak itu sudah ditangkap
TranslateTerjemahThe works of Mr Ali have been translated into many languageskerja-kerja En Ali sudah diterjemahkan ke banyak bahasa
SueSamanThey have been sued for the trespassingMereka sudah disaman atas kesalahan menceroboh itu
TellBeritahuWe have been told about the next meetingKami sudah diberitahu mengenai mesyuarat akan datang
AbbreviateRingkasSome of the words have been abbreviatedSebahagian dari perkataan-perkataan sudah diringkaskan

3. Struktur : (Objek) + 'had been' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, singular, I, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh dahulu - hal yang sudah itu berlaku dan selesai dalam satu ketika yang telah lalu).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
CompleteSiapThe project had been completed 5 years agoProjek itu sudah disiapkan 5 tahun lalu
RefundPulangkanThe excess money had been refundedWang lebihan itu sudah dipulangkan
FixBetulkanThe broken wiring had been fixedPendawaian yang rosak itu sudah dibetulkan
FindJumpaThe missing cat had been foundKucing yang hilang itu sudah ditemui
AuctionLelongThe car had been auctionedKereta itu sudah dilelong
AbandonTinggalkanThe house had been abandonedRumah itu sudah ditinggalkan
CorrectBetulThe errors had been correctedKesilapan-kesilapan itu sudah dibetulkan
ArrestTangkapThe robbers had been arrestedPerompak-perompak itu sudah ditangkap

Ringkasan :

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Has been + ('past participle')(Objek) + has been + ('past participle')singularPresent Perfect tensePasif
Have been + ('past participle')(Objek) + have been + ('past participle')I, you, pluralPresent Perfect tensePasif
Had been + ('past participle')(Objek) + had been + ('past participle')SemuaPast Perfect tensePasif

No comments: