Saturday, December 31, 2011

226. Berkata 'sudah tidak'

Berkata 'sudah tidak'

Kadang-kadang kita mahu berkata 'saya sudah tidak makan selama dua hari'.

Sudah tidak adalah sudah bentuk negatif.

Sudah tidak dimaksudkan sebagai keadaan pada mulanya biasa berlaku atau ujud tapi kemudian tidak berlaku atau tidak ujud yang bermula dari satu masa yang lepas berlanjutan hingga sekarang.

Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan yang digunakan untuk menyatakan sudah tidak :

'Has not had'.
'Have not had'.
'Had not had'.

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'has not had' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'have not had' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'had not had' + ('non-verb').



1. Struktur : (Objek) + 'has not had' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has not had' diikuti ('non-verb') tertentu.

'Has not' sering diringkaskan menjadi 'hasn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
She hasn't had a period for 10 monthsDia sudah tidak datang bulan selama 10 bulan
He hasn't had a dream for long timeDia sudah tidak bermimpi sejak sekian lama
This hotel has not had any work done since last 4 yearsHotel ini sudah tidak dibaiki sejak 4 tahun lepas
The volcano has not had an eruption for more than 3,000 yearsGunung berapi itu sudah tidak meletup sejak 3000 tahun
The school has not had a headmaster since thenSekolah itu sudah tidak ada guru besar sejak itu

2. Struktur : (Objek) + 'have not had' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have not had' diikuti ('non-verb') tertentu.

'Have not' sering diringkaskan menjadi 'haven't'

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
We have not had time for thatKami sudah tidak ada masa untuk itu
You have not had electricity bill for a year nowAwak sudah tidak menerima bil letrik selama setahun sekarang
I haven't had a real meal in a year because of stomach problemSaya sudah tidak dapat makan dengan sempurna selama setahun kerana masalah perut
We haven't had good holiday for agesKita sudah tidak mendapat percutian yang bagus selama bertahun-tahun
They have not had a fight for 19 yearsMereka sudah tidak bergaduh selama 19 tahun

3. Struktur : (Objek) + 'had not had' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had not had' diikuti ('non-verb') tertentu.

'Had not' sering diringkaskan menjadi 'hadn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, 'singular', 'plural'').
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Dahulu).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
I would not be unemployed if I had not had a disagreement with my bossSaya tidak akan tiada perkerjaan kalaulah saya tidak ada ketidakpersetujuan dengan majikan saya
He had not had a pocket-handkerchief for agesDia tidak mempunyai saputangan kocek untuk beberapa lama
They had not had any food for a weekMereka sudah tidak ada makanan selama seminggu
She had not had an affair with anyone in quite a long timeDia sudah tidak ada hubungan dengan sesiapa dalam tempoh yang agak lama
I had a great visit in a hotel I had not had the experience to try beforeSaya mengalami lawatan menyeronokkan ke satu hotel yang saya tidak ada pengalaman mencubanya sebelum ini

Ringkasan :

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Has not had + ('non-verb')(Objek) + has not had + ('non-verb')SingularPresent Perfect tenseNegatif
Have not had + ('non-verb')(Objek) + have not had + ('non-verb')I, you, pluralPresent Perfect tenseNegatif
Had not had + ('non-verb')(Objek) + had not had + ('non-verb')SemuaPast Perfect tenseNegatif

No comments: