Friday, December 30, 2011

227. Berkata 'telah'

Berkata 'telah'

Dalam bahasa Melayu, perkataan telah digunakan untuk menyatakan sesuatu 'verb' (perbuatan) atau 'non-verb' (bukan-perbuatan) itu telah berlaku atau ujud pada masa yang lalu (bukan berlaku sekarang).

Perkataan-perkataan Inggeris berikut bermaksud telah berlaku atau telah terjadi bergantung kepada konteks tertentu :

1. Perkataan 'Past tense' (atau 'Simple Past Tense').
2. Did + ('verb').

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + ('Past tense').
2. (Objek) + 'did' + ('verb').



1. Struktur : (Objek) + 'Past tense' atau (Objek) + 'Simple Past Tense'.

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'Past tense' (atau 'Simple Past tense') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, 'singular', 'plural'').
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - satu ketika tertentu pada masa yang lalu (oleh itu elok jika ketika tertentu itu dinyatakan atau diketahui)).
3. 'Verb' (perbuatan).

Dalam bahasa Inggeris terdapat sistem masa ('tense') dan salah satunya dipanggil 'Past tense' (atau dipanggil juga 'Simple Past Tense'). Ia adalah perkataan-perkataan dimana penggunaannya menunjukkan sesuatu perbuatan itu berlaku pada ketika yang lepas.

Struktur ini digunakan bagi 'verb' (perbuatan), tidak digunakan pada 'non-verb' (bukan perbuatan).

Contohnya perkataan Inggeris 'eat' adalah perkataan asas ('infinitive') bagi perbuatan ('verb') yang bermakna makan tapi perkataan 'ate' menandakan perbuatan makan itu berlaku pada ketika yang lalu. Ini bererti dengan satu perkataan sahaja kita sudah tahu perbuatan itu berlaku pada masa yang lepas. Sistem ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, kita gunakan perkataan 'telah' untuk menunjukkan sesuatu perbuatan itu berlaku pada masa lepas.

Dalam struktur bahasa Inggeris ini, ejaan dan sebutan sesatu perbuatan itu menjadi berlainan bergantung kepada masa perbuatan itu berlaku samada masa sekarang atau masa yang telah lepas.

Ejaan perkataan 'Simple Past tense' itu sama saja bagi setiap objek samada 'he, she, it, this, that, singular, I, you, they, we' atau 'plural'.

English - InfinitiveMelayu - perkataan dasarEnglish - Past tenseMelayu - menggunakan 'telah'
KnowTahuI knew 3 years agoSaya telah tahu 3 tahun lepas
AwakeBangun. TerjagaYesterday I awoke at 5 a.mSemalam saya telah bangun pukul 5 pagi
BeginMulaThe game began at 8 a.m. yesterdaySukan telah bermula pada pukul 8 pagi semalam
EatMakanI ate sushi last monthSaya telah makan sushi bulan lepas
EatMakanI ate the cake yesterdaySaya telah makan kuih itu semalam
EatMakanYou ate the fruits just nowAwak telah makan buah-buahan itu sebentar tadi
EatMakanHe ate my sweets this morningDia telah makan gula-gula saya pagi tadi
EatMakanShe ate the apple last weekDia telah makan epal itu minggu lepas
EatMakanthey ate the food alreadyMereka telah pun makan makanan itu
EatMakanwe ate the chocolate last nightKami telah makan coklat itu malam tadi
EatMakanthe teachers ate together with the studentsGuru-guru itu telah makan bersama-sama dengan para pelajar
EatMakanAli ate his last food yesterdayAli telah makan makanan terakhirnya semalam

2. Menggantikan 'Past tense' dengan 'did'

InfinitiveMenggunakan 'did'Menggunakan 'Past tense'
EatDid eatAte
WalkDid walkWalked
RunDid runRan
SmileDid smileSmiled
WashDid washWashed
WatchDid watchWatched
SleepDid sleepSlept
WorkDid workWorked
CookDid cookCooked
DriveDid driveDrove
TeachDid teachTaught

Struktur : (Objek) + 'did' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) diikuti perkataan 'did' yang diikuti dengan ('verb') tertentu (perbuatan) - Apabila struktur ini digunakan, 'verb' hendaklah dieja dengan 'infinitive' (perkataan dasar bagi perbuatan)).

'Did' digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, 'singular', 'plural'').
2. Masa : 'Past tense' (Telah lalu).
3. 'Verb' (perbuatan).

EnglishMelayuEnglishMelayu
CleanCuciI did clean the toiletSaya telah mencuci tandas
CookMasakShe did cook the cakeDia telah masak kuih itu
Switch-offTutup suisHe did switch-off the lightDia telah menutup suis lampu itu
BuildBinaWe did build the sand castleKami telah buat istana pasir itu
DrawLukisThey did the mural drawingMereka telah buat lukisan tembok itu

Catitan :

Apabila struktur ini digunakan, 'verb' hendaklah dieja dengan 'infinitive' (perkataan dasar bagi perbuatan)).

'Did' juga memberi maksud yang.

EnglishMelayuEnglishMelayu
CleanCuciI did clean the toiletSaya yang mencuci tandas
CookMasakShe did cook the cakeDia yang masak kuih itu
Switch-offTutup suisHe did switch-off the lightDia yang menutup suis lampu itu
BuildBinaWe did build the sand castleKami yang buat istana pasir itu
DrawLukisThey did the mural drawingMereka yang buat lukisan tembok itu

'Did' juga memberi maksud yang telah.

EnglishMelayuEnglishMelayu
CleanCuciI did clean the toiletSaya yang telah mencuci tandas
CookMasakShe did cook the cakeDia yang telah memasak kuih itu
Switch-offTutup suisHe did switch-off the lightDia yang telah menutup suis lampu itu
BuildBinaWe did build the sand castleKami yang telah membuat istana pasir itu
DrawLukisThey did the mural drawingMereka yang telah membuat lukisan tembok itu

Ringkasan :

StrukturObjekMasa
'Past Tense'SemuaDahulu
Did + ('verb')SemuaDahulu

1 comment:

syj said...

Amat berguna sekali...