Friday, December 30, 2011

228. Berkata 'telah sedang'

Berkata 'telah sedang'

Frasa telah sedang bermaksud sesuatu 'verb' (perbuatan) atau non-verb (bukan-perbuatan) itu telah sedang berlaku atau sedang ujud pada satu ketika pada masa yang lalu (bukan sedang berlaku sekarang).

Dalam bahasa Melayu, frasa telah sedang hampir langsung tidak digunakan. Bagaimanapun, frasa ini dinyatakan dalam buku ini untuk memadankan dengan 'Past Continuous tense' (salah satu item dalam sistem 'tense' yang ujud dalam bahasa Inggeris).

Dalam bahasa Melayu, apabila sesuatu perbuatan atau kejadian sedang berlaku pada masa lepas, biasanya masa perbuatan atau kehadian itu dinyatakan untuk menunjukkan perbuatan atau kejadian itu sedang berlaku pada masa lalu. Contohnya : 'Saya sedang membasuh pinggan pada masa itu'.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan Inggeris berikut bermaksud telah sedang berlaku atau telah sedang terjadi bergantung kepada konteks tertentu.

'Was being'.
'Were being'.

Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'was being' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'were being' + ('non-verb').

Dalam buku ini, perkataan Melayu telah atau sudah, dimaksudkan begini : 'telah' bagi satu ketika pada masa lepas, dan 'sudah' bagi satu tempoh masa dalam masa yang lepas.



1. Struktur : (Objek) + 'was being' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'was being' diikuti ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Dahulu - satu ketika tertentu pada masa yang lalu (oleh itu elok jika ketika tertentu itu dinyatakan atau diketahui)).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
I was being careful at that timeSaya telah (sedang) berhati-hati pada masa itu
He was being childish in the forumDia telah (sedang) bersifat kebudak-budakan dalam forum itu
She was being late, so she tried to hideDia telah (sedang) lambat, jadi dia telah cuba sembunyi
Ahmad was being helpful in the class that dayAhmad telah (sedang) bersikap suka menolong semasa dalam kelas pada hari itu
He was being careless during the testDia telah (sedang) bersikap cuai semasa ujian itu

2. Struktur : (Objek) + 'were being' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'were being' diikuti ('non-verb') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past Continuous tense' (Dahulu - satu ketika tertentu pada masa yang lalu (oleh itu elok jika ketika tertentu itu dinyatakan atau diketahui)).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).

EnglishMelayu
You were being timid during your childhoodAwak telah (sedang) bersifat penakut semasa zaman kanak-kanak awak
We were being very cooperative in that projectKami telah (sedang) bersifat sangat bekerjasama dalam projek itu
They were being supportive in last year gameMereka telah (sedang) bersifat menyokong dalam sukan tahun lepas
You were being slow in the raceAwak telah (sedang) lambat dalam perlumbaan itu
You were being so serious in the meetingAwak telah (sedang) bersikap sangat serius dalam mesyuarat itu

Ringkasan :

StrukturObjekMasa
(Objek) + was being + ('non-verb')I, singularPast Continuous tense
(Objek) + were being + ('non-verb')You, pluralPast Continuous tense

No comments: