Monday, October 24, 2011

365. Menyatakan kepunyaan ('possessive adjectives')

Menyatakan 'kepunyaan' ('possesive adjectives')

Berikut adalah perkataan-perkataan Inggeris yang biasa digunakan dalam menyatakan kepunyaan atau pemilikan.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan ini dipanggil 'Possessive Adjectives'.

1. 'My'.
2. 'Mine'.
3. 'His'.
4. 'Her'.
5. 'Hers'.
6. 'Her's'.
7. 'Their'.
8. 'Theirs'.
9. 'Their's'.
10.'Theirs''.
11.'Your'.
12.'Yours'.
13.'You's, Your's, Yours''.
14.'Our'.
15.'Ours'.
16.'Our's, ours'.
17.'Its'.
18.'It's'.
19.'
20.'s.
21.'Of'.
22.'Of the, of a'.
23.'Whose'.
24.'Has.
25.'Have'.
26.'Had'.
27.'Has had'.
28.'Have had'.
29.'Had had'.
30.'Has no'.
31.'Have no'.
32.'Had no'.
33.'Do not have'.
34.'Does not has'.
35.'Did not have'.
36.'Did not has'.
37.'Am not having'.
38.'Is not having'.
39.'Are not having'.
40.'Was not having'.
41.'Were not having'.
42.'Has had no'.
43.'Have had no'.
44.'Had had no'.



1. 'My'

Dari segi 'kepunyaan' atau 'pemilikan', 'my' bermakna saya.

EnglishMelayu
My bookBuku saya
Not my bookBukan buku saya
This is my pencilIni pensil saya
This is not my pencilIni bukan pensil saya
Where is my book ?Dimanakah buku saya ?

Catitan :

- Perhatikan bahawa kedudukan perkataan 'my' dalam bahasa Inggeris adalah terbalik berbanding dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris, 'my' disebut dahulu.

2. 'Mine'

'Mine' bermakna saya punya.

EnglishMelayu
MineSaya punya
Not mineBukan saya punya
This book is mineBuku ini saya punya
This book is not mineBuku ini bukan saya punya
Your book is double the size of mineBuku awak tebalnya dua kali ganda saya punya
Your idea is different from mineIdea awak berbeza daripada saya punya

3. 'His'

Dari segi 'kepunyaan' atau 'pemilikan', 'his' mempunyai 3 makna :

1. Dia (jika 'dia' ialah lelaki).
2. Dia punya (jika 'dia' ialah lelaki).
3. Nya (bagi lelaki).

EnglishMelayu
HisDia punya
Nya
Not hisBukan dia punya
His bookBuku dia
Bukunya
This is his pencilIni pensil dia
Ini pensilnya
This not is his pencilIni bukan pensil dia
Ini bukan pensilnya
This pencil is hisPensil ini dia punya
This pencil is not hisPensil ini bukan dia punya

4. 'Her'

Dari segi 'kepunyaan' atau 'pemilikan', 'her' mempunyai 2 makna :

1. Dia (jika 'dia' ialah perempuan).
2. Nya (bagi perempuan).

EnglishMelayu
Her bookBuku dia
Bukunya
Not her bookBukan buku dia
Bukan bukunya
This is her bookIni buku dia
Ini bukunya
This is not her bookIni bukan buku dia
Ini bukan bukunya
Her book is not hereBuku dia tidak ada di sini
Bukunya tidak ada di sini

5. 'Hers'

Dari segi 'kepunyaan' atau 'pemilikan', 'hers' bermakna dia punya (jika dia itu perempuan).

EnglishMelayu
This book is hersBuku ini dia punya
This book is not hersBuku ini bukan dia punya
Is this his or hers ?Adakah ini dia punya atau dia punya ?
Hers is a better ideaDia punya idea lebih baik
Ideanya lebih baik
I found this book - is it hers?Saya jumpa buku ini, dia punya kah ?

6. Her's

Dalam bahasa Inggeris, tiada perkataan her's.

7. 'Their'

Dari segi 'kepunyaan' atau 'pemilikan', 'their' bermakna mereka.

EnglishMelayu
Their booksBuku-buku mereka
These are their booksIni ialah buku-buku mereka
These are not their booksIni bukan buku-buku mereka
Judge men on their own meritsAdili manusia berasaskan kebolehan mereka
They talked about their travelsMereka bercakap-cakap tentang perjalanan mereka

8. 'Theirs'

Dari segi 'kepunyaan' atau 'pemilikan', 'theirs' bermakna mereka punya.

EnglishMelayu
These book are theirsBuku-buku ini mereka punya
These book are not theirsBuku-buku ini bukan mereka punya
Is this yours or theirs?Adakah ini awak punya atau mereka punya?
Theirs is a better ideaMereka punya idea lebih baik
Idea mereka lebih baik
Theirs is over hereMereka punya ada di sini

9. Their's

Dalam bahasa Inggeris, tiada perkataan their's.

10. Theirs'

Dalam bahasa Inggeris, tiada perkataan theirs'.

11. 'Your'

Dari segi 'kepunyaan' atau 'pemilikan', 'your' bermakna awak.

EnglishMelayu
Your booksBuku-buku awak
These are your booksIni ialah buku-buku awak
These are not your booksIni bukan buku-buku awak
Your book is not hereBuku awak tiada di sini
What happened to your cat ?Apa telah terjadi pada kucing awak ?

12. 'Yours'

Dari segi 'kepunyaan' atau 'pemilikan', 'yours' bermakna awak punya.

EnglishMelayu
YoursAwak punya
Not yoursBukan awak punya
These book are yoursBuku-buku ini awak punya
These book are not yoursBuku-buku ini bukan awak punya
Yours is a better ideaIdea awak lebih bagus

13. You's dan Your's dan Yours'

Dalam bahasa Inggeris, tiada perkataan you's atau your's atau Yours'.

14. 'Our'

Dari segi 'kepunyaan' atau 'pemilikan', 'our' bermakna kami atau kita.

EnglishMelayu
Our booksBuku-buku kita
Not our booksBukan buku-buku kita
These are our booksIni ialah buku-buku kami
These are not our booksIni bukan buku-buku kami
This is our chanceIni peluang kita
Ini peluang kami

15. 'Ours'

Dari segi 'kepunyaan' atau 'pemilikan', 'ours' bermakna kami punya atau kita punya.

EnglishMelayu
OursKami punya
Kita punya
Not oursBukan kami punya
Bukan kita punya
These book are oursBuku-buku ini kami punya
These book are not oursBuku-buku ini bukan kami punya
Is these yours or ours ?Ini kamu punya atau kami punya ?

16. Our's dan ours'

Dalam bahasa Inggeris, tiada perkataan our's atau ours'.

17. Its

Dari segi 'kepunyaan' atau 'pemilikan', its bermakna ia punya atau nya. Ia digunakan bagi selain dari manusia, contohnya benda dan binatang.

EnglishMelayu
Its tailEkornya
The cat is licking its pawKucing itu sedang menjilat bulunya
Application of force to an object can change its directionPengenaan tenaga keatas sesuatu objek boleh mengubah arahnya
The proposal has its good pointsCadangan itu mempunyai kebaikannya
This place is famous for its kebabTempat ini terkenal dengan kebabnya

18. It's

Dalam bahasa Inggeris, perkataan it's tidak berkaitan dengan kepunyaan tapi ia ringkasan bagi it is atau it has atau it was.

19. Apostrophe (')

Apostrophe ialah tanda '.

Apostrophe (') kadang-kadang digunakan bagi menunjukkan kepunyaan bagi objek 'plural'.

EnglishMelayu
These are babies' toysIni ialah barang-barang mainan bayi-bayi
These toys are babies'Barang-barang mainan ini adalah untuk bayi-bayi
Those are the girls' shoesItu adalah kasut-kasut perempuan
Those shoes are girls'Kasut-kasut itu wanita punya

20. Apostrophe s ('s)

's dipanggil 'apostrophe s'.

's digunakan bagi menunjukkan kepunyaan objek selain dari 'I, you, he, she, we, they'.

EnglishMelayu
Abu's bookBuku Abu
Not Abu's bookBukan buku Abu
Abu's book is hereBuku Abu ada di sini
This book is Abu'sBuku ini Abu punya
This book is not Abu'sBuku ini bukan Abu punya
The men's shirtsBaju-baju lelaki
These shirts are men'sBaju-baju ini adalah untuk para lelaki
The children's toysBarang-barang mainan kanak-kanak
The toys are children'sMainan-mainan itu adalah budak-budak punya
The snail's shellCengkerang siput
The shell is snail'sCengkerang ini siput punya
This is a baby's toyIni mainan bayi
This is a girl's bagIni beg seorang wanita
This bag is a girl'sBag ini kepunyaan seorang wanita

21. 'Of'

Tidak ada perkataan yang sepadan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi 'of'. Dari segi 'kepunyaan' atau 'pemilikan', perkataan Melayu yang agak hampir ialah kepada atau bagi.

EnglishMelayu
The shirt of a prisonerBaju seorang banduan
The cover of a bookMuka depan sebuah buku
The trunk of the elephantBelalai gajah itu
The third of October3 Oktober
The tip of the mountainPuncak gunung

22. 'Of the' atau 'of a' boleh menggantikan 's :

EnglishEnglish
The shirt of a prisonerThe prisoner's shirt
The cover of a bookThe book's cover
The trunk of the elephantThe elephant's trunk
The tip of the mountainThe mountain's tip
The son of AliAli's son

23. 'Whose'

'Whose' bermakna siapa punya (satu pertanyaan).

EnglishEnglish
Whose pencil is this ?Pensil siapakah ini ?
Siapa punya pensil ini ?
Pensil ini siapa punya ?
Whose turn is it ?Siapa punya giliran ?
Giliran siapa sekarang ?
Whose fathers are teachers ?Siapa punya ayah sebagai guru ?
Siapa ada ayah seorang guru ?
Whose drinks you will make first ?Minuman siapa awak akan buat dulu ?
Whose fault ?Siapa punya salah ?
Salah siapa ?

24. 'Has'

Struktur penggunaan : (Objek) + 'has' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - keadaan ada, mempunyai itu ujud dari dulu hingga sekarang).

EnglishMelayu
She has a ringDia ada sebentuk cincin
He has the mapDia ada peta itu
Ali has the knowledge to make a machineAli ada pengetahuan untuk membuat sebuah mesin
My cat has a nice tailKucing saya mempunyai ekor yang cantik
The school has a huge football fieldSekolah itu mempunyai sebuah padang bola yang besar

25. 'Have'

Struktur penggunaan : (Objek) + 'have' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - keadaan ada, mempunyai, mengalami itu dimaksudkan ujud pada masa dulu hingga sekarang).

EnglishMelayu
I have a penSaya ada sebatang pen
I have a bath every morningSaya (ada) mandi setiap pagi
I just have my hair cutSaya baru saja potong rambut
You have a penAwak ada sebatang pen
You have the answersAwak ada jawapannya
You have a bath every morningAwak mandi setiap pagi
We have their secretsKita ada rahsia mereka
They have the schedulesMereka ada jadualnya
They have the keyMereka ada kuncinya

26. 'Had'

Struktur penggunaan : (Objek) + 'had' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua - 'I, he, she, it, this, that, singular, you, we, they, these, those, plural' .
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - keadaan ada, mempunyai, mengalami itu telah ujud pada satu ketika pada masa yang lepas dan berlanjutan hingga ke satu masa dahulu juga).

EnglishMelayu
I had a bad news last weekSaya ada satu berita buruk minggu lepas
The bird that died last year had a yellow featherBurung yang mati pada tahun lepas itu mempunyai bulu berwarna kuning
We had a meeting with him last yearKita ada bermesyuarat dengan dia tahun lepas
I had a good time while studying thereSaya mempunyai masa yang bagus semasa belajar di sana
We had a little waterKami mempunyai air yang sedikit
He had a strange dreamDia mengalami mimpi yang aneh

27. 'Has had'

Struktur penggunaan : (Objek) + 'has had' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has had' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan 'singular'.
2. Masa : 'Present perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - keadaan ada, mempunyai atau mengalami itu bermula pada masa lepas dan masih lagi berterusan hingga masa sekarang, atau baru saja berakhir).

EnglishMelayuCatitan
She has had many years of experience in teachingDia mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam mengajar(Sekarang pun dia masih mengajar)
The child benefits scheme has had its daySkim bantuan untuk kanak-kanak itu sudah sampai ke penghujungnya
The law has had positive effects on the peopleUndang-undang baru itu mempunyai kesan positif terhadap orang ramai
She has had a baby girlDia baru saja mempunyai seorang bayi perempuan

28. 'Have had'

Struktur penggunaan : (Objek) + 'have had' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have had' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural' .
2. Masa : 'Present perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - keadaan ada, mempunyai atau mengalami itu bermula pada masa lepas dan masih lagi berterusan hingga masa sekarang, atau baru saja berakhir).

EnglishMelayu
They have had many combined years of experience in teachingMereka mempunyai pengalaman bersama bertahun-tahun dalam mengajar
I have had many years of experience in computingSaya mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang komputer
The opponents might have had inside knowledge about his weaknesses before the gameLawan-lawannya mungkin mempunyai pengetahuan tentang kelemahan-kelemahannya sebelum perlawanan itu
Mars could have had lifeBintang Marikh boleh jadi mempunyai kehidupan
I have had so much to do during the weekendSaya mempunyai banyak sangat kerja dihujung minggu ini
He is the best trainer I have hadDia adalah jurulatih yang terbaik yang saya ada

29. 'Had had'

Struktur penggunaan : (Objek) + 'had had' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had had' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, singular, you, we, they, these, those, plural' .
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Dahulu hingga dahulu - keadaan ada, mempunyai, mengalami itu merujuk kepada satu tempoh masa pada masa yang lepas dan keadaan ada, mempunyai, mengalami itu berlanjutan hingga ke satu masa lepas juga).

EnglishMelayu
Ali had had that car for ten years before it broke downAli memiliki kereta itu selama 10 tahun sebelum ia rosak
She had had a meeting with her boss for 2 hoursDia ada bermesyuarat dengan ketuanya selama 2 jam

30. 'Has no'

Struktur penggunaan : (Objek) + 'has no' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has no' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present perfect tense' (Tempoh masa sekarang - keadaan tidak ada, tidak mempunyai, tidak mengalami itu ujud pada masa dahulu hingga sekarang).

EnglishMelayu
Ali has no penAli tak ada pen
Siti has no regretSiti tak menyesal
He has no timeDia tak ada masa
She has no ideaSaya tak ada idea
That man has no mannersOrang itu tak ada adab sopan

31. 'Have no'

Struktur penggunaan : (Objek) + 'have no' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have no' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present perfect tense' (Tempoh masa sekarang - keadaan tidak ada, tidak mempunyai, tidak mengalami itu ujud pada masa dahulu hingga sekarang).

EnglishMelayu
I have no penSaya tak ada pen
You have no regretAwak tak menyesal
We have no timeKami tak ada masa
They have no ideaMereka tak ada idea
We have no regretKami tak menyesal
They have no mannersMereka tak ada adab sopan
Mereka tidak beradab

32. 'Had no'

Struktur penggunaan : (Objek) + 'had no' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had no' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, singular, I, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past perfect tense' (Tempoh masa dahulu - hal tidak ada, tidak mempunyai, tidak mengalami itu ujud pada tempoh masa yang lepas).

EnglishMelayu
Ali had no pen at that timeAli tak ada pen pada masa itu
Siti had no regret for breaking the relationshipSiti tak menyesal memutuskan perhubungan itu
He had no time to elaborate during the short meetingDia tak ada masa untuk memberi keterangan pada mesyuarat singkat itu
She had no idea how to beat the opponent during the gameDia tak ada idea bagaimana untuk mengalahkan lawannya semasa perlawanan itu
That man had no manners for scolding the old man like thatOrang itu tak ada adab sopan memarahi orang tua itu seperti itu

33. 'Do not have'

'Do not have' bermaksud 'tidak mempunyai'.

'Do not have' sering diringkaskan ejaannya menjadi 'don't have'.

Struktur penggunaan : (Objek) + 'do not have' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'do not have' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - keadaan tidak ada, tidak mempunyai, tidak mengalami itu ujud pada masa sekarang).

EnglishMelayu
I do not have a penSaya tak ada pen
You do not have a pencilAwak tak ada pensil
We do not have carKami tak ada kereta
We do not have luxuryKami tak ada kemewahan
They do not have shoesMereka tak ada kasut
Ali and Abu do not have enemyAli dan Abu tidak ada musuh

34. 'Does not has'

'Does not has' tidak digunakan dalam bahasa Inggeris.

35.'Did not have'

'Did not have' sering diringkaskan ejaannya menjadi 'didn't have'.

Struktur penggunaan : (Objek) + 'did not have' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'did not have' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, singular, I, you, we, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (Dahulu - keadaan tidak ada, tidak mempunyai, tidak mengalami itu ujud pada masa yang lepas).

EnglishMelayu
Ali did not have a pen at that timeAli tak ada pen pada masa itu
Abu did not have a pencil during the testAbu tak ada pensil semasa ujian itu
He did not have a car when he was 20 years oldDia tak ada kereta semasa berumur 20 tahun
She did not have a pet for a month in 2010Dia tak ada haiwan belaan dalam sebulan pada tahun 2010
Ali did not have courage to fight the robbersAli tidak ada keberanian untuk melawan perompak-perompak itu
Ali did not have enemy when he studied at that schoolAli tidak ada musuh semasa nelajar di sekolah itu

36. 'Did not has'

'Did not has' tidak digunakan dalam bahasa Inggeris.

37. 'Am not having'.

Struktur penggunaan : (Objek) + 'am not having' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'am not having' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : I sahaja.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sedang berlaku sekarang - keadaan tidak ada, tidak mempunyai, tidak mengalami itu ujud pada masa ia disebut).

EnglishMelayu
I am not having an Account in facebookSaya tidak mempunyai akaun di Facebook
I am not having my exercise book nowSaya tidak ada buku latihan sekarang ini
I am not having good time hereSaya tidak merasa seronok di sini
I am not having discussion right nowSaya tidak ada perbincangan pada masa ini
I am not having problem with the new machineSaya tidak ada masalah dengan mesin baru itu
I am not having a tuition todaySaya tidak ada tusyen hari ini

38. 'Is not having'

'Is not having' sering diringkaskan menjadi 'isn't having'.

Struktur penggunaan : (Objek) + 'is not having' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'is not having' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sedang berlaku sekarang - keadaan tidak ada, tidak mempunyai, tidak mengalami itu ujud pada masa ia disebut).

EnglishMelayu
Ali is not having an Account in facebookAli tidak mempunyai akaun di Facebook
He is not having it easy this timeDia tidak merasa mudah pada kali ini
She is not having good time thereDia tidak merasa seronok di sana
Siti is not having discussion right nowSiti tidak ada perbincangan pada masa ini
The new worker is not having problem with the new machinePekerja baru itu tidak ada masalah dengan mesin baru itu
Ali is not having a baby yetAli belum dapat bayi lagi
Ali is not having a tuition todayAli tidak ada tusyen hari ini

39. 'Are not having'

'Are not having' boleh diringkaskan ejaannya menjadi 'aren't having'.

Struktur penggunaan : (Objek) + 'are not having' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'are not having' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Continuous tense' (Sedang berlaku sekarang - keadaan tidak ada, tidak mempunyai, tidak mengalami itu ujud pada masa ia disebut).

EnglishMelayu
You are not having chocolate with your sausagesAwak tidak ada coklat pada sosej awak
They are not having it easy this timeMereka tidak merasa mudah pada kali ini
We are not having good time hereKami tidak merasa seronok di sana
The students are not having problems with the new rulesPelajar-pelajar tidak ada masalah dengan peraturan baru
People are living longer, and they are not having so many childrenManusia hidup lebih lama dan mereka tidak mempunyai anak yang ramai
They are not having a heart-to-heart talkMereka tidak ada bercakap dari hati ke hati
We are not having lunch right nowKami bukan makan tengahari sekarang ini

40. 'Was not having'

'Was not having' sering diringkaskan menjadi 'wasn't having'.

Struktur penggunaan : (Objek) + 'was not having' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'was not having' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Past continuous tense' (Sedang berlaku dahulu - keadaan tidak ada, tidak mempunyai, tidak mengalami itu ujud pada satu ketika pada masa yang telah lalu).

EnglishMelayu
Ali was not having an Account in facebook at that timeAli tidak mempunyai akaun di Facebook pada masa itu
He was not having it easy during the competitionDia tidak merasa mudah semasa pertandingan itu
She was not having good time while she was thereDia tidak merasa seronok semasa berada di sana
Siti was not having discussion at 6 pm 23 Jan 2010Siti tidak ada perbincangan pada jam 6 ptg 23 Jan 2010
The new worker was not having problem with the new machine at that timePekerja baru itu tidak ada masalah dengan mesin baru itu pada masa itu
Ali was not having a tuition on Monday last weekAli tidak ada tusyen pada hari Isnin minggu lepas

41. 'Were not having'

'Were not having' boleh diringkaskan menjadi 'weren't having'.

Struktur penggunaan : (Objek) + 'were not having' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'were not having' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Past continuous tense' (sedang berlaku dahulu - keadaan tidak ada, tidak mempunyai, tidak mengalami itu ujud pada satu ketika pada masa yang lepas).

EnglishMelayu
The firefighters were not having a good time searching for the catAnggota-anggota pemadam api itu bukan sedang bergembira mencari kucing itu
They were not having coffee at that timeMereka bukan sedang munum kopi pada ketika itu
Participants' responses show that they were not having difficulties with the taskTindakbalas para peserta menunjukkan mereka bukan sedang menghadapi kesukaran dengan tugasan itu
All of the selected schools were not having Language Laboratory for teachingSemua sekolah yang terpilih tidak sedang mempunyai Makmal Bahasa untuk pengajaran
Those attacks on the army bases were not having the desired effectSerangan-serangan keatas kem tentera tidak memberi kesan yang diharapkan
We were not having much success to raising moneyKita tidak mempunyai kejayaan dalam mengutip wang
Ali and Siti were not having good relationsAli dan Siti sedang tidak mempunyai hubungan yang baik

42. 'Has had no'

Struktur penggunaan : (Objek) + 'has had no' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has had no' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - keadaan tidak ada, tidak mempunyai itu ujud dari satu tempoh dari satu masa lepas berlanjutan hingga sekarang).

EnglishMelayu
This baby has had no sleep since yesterdayBayi ini telah tidak tidur sejak semalam
A man claims to have had no food or drink for 70 yearsSeorang lelaki telah mendakwa dia sudah tak makan atau minum selama 70 tahun
For 8 years, the town's children have had no school because in 2000, the grade school was closedSelama 8 tahun kanak-kanak pekan itu sudah tidak bersekolah kerana sekolah telah ditutup pada tahun 2000
War is delightful to those who have had no experience of itPeperangan adalah menyeronokkan bagi mereka yang tidak pernah mengalaminya

43. 'Have had no'

Struktur penggunaan : (Objek) + 'have had no' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have had no' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'You, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - keadaan tidak ada, tidak mempunyai itu ujud dari satu masa lepas berlanjutan hingga sekarang).

EnglishMelayu
I have had no control over the matterSaya tidak ada kawalan keatas hal itu
They have had no sleep for one weekMereka sudah tidak tidur selama seminggu
The flood victims have had no food for 3 daysMangsa-mangsa banjir itu sudah tidak makan selama tiga hari
We have had no phone line here since last two daysKami sudah tidak ada talian telefon sejak dua hari lepas
You have had no experience for this vacancyAwak tidak ada pengalaman bagi kekosongan jawatan ini

44. 'Had had no'

Struktur penggunaan : (Objek) + 'had had no' + ('non-verb').

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had had no' diikuti perkataan 'non-verb' tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past perfect tense' (dahulu hingga dahulu - keadaan tidak ada, tidak mempunyai itu ujud dari satu masa lepas berlanjutan hingga satu masa dahulu juga).

EnglishMelayu
I had had no control over the matterSaya tidak ada kawalan keatas hal itu
They had had no sleep for one weekMereka sudah tidak tidur selama seminggu
The flood victims had had no food for 3 daysMangsa-mangsa banjir itu sudah tidak makan selama tiga hari
We had had no phone line here since last two daysKami sudah tidak ada talian telefon sejak dua hari lepas
You had had no experience for this vacancywak tidak ada pengalaman bagi kekosongan jawatan ini

366. Cara menyatakan 'kepunyaan'

Cara menyatakan 'kepunyaan'

Salah satu perkataan-perkataan berikut digunakan seiring dalam menyatakan 'kepunyaan' :

'Am'.
'Is'.
'Are'.
'Was'.
'Were'.


'Kepunyaan' (Bahasa Inggeris : 'Ownership') adalah 'non-verb', ia tidak tertakluk kepada sistem objek dan masa ('tense'). Tetapi perkataan iringannya dianggap sebagai 'verb' dan tertakluk kepada sistem objek dan masa.

Berikut ialah struktur dimana 'kepunyaan' biasa digunakan :

(Objek) + 'am/is/are/was/were' + (kepunyaan).

'Am' digunakan jika 'objek' ialah 'I' dan 'kepunyaan' ujud pada masa sekarang.
'Is' digunakan jika 'objek' ialah 'singular' dan 'kepunyaan' ujud pada masa sekarang.
'Are' digunakan jika 'objek' ialah 'you, plural' dan 'kepunyaan' ujud pada masa sekarang.
'Was' digunakan jika 'objek' ialah 'singular' dan 'kepunyaan' ujud pada masa dahulu.
'Were' digunakan jika 'objek' ialah 'you, plural' dan 'kepunyaan' ujud pada masa dahulu.

Contoh :

EnglishMelayu
I am hisSaya (sekarang) dia punya
I was hisSaya (dahulu) dia punya
It is mineIa (sekarang) saya punya
It was mineIa (dahulu) saya punya
These books are oursBuku-buku ini (sekarang) kami punya
These books were oursBuku-buku ini (dahulu) kami punya

Kadang-kadang 'kepunyaan' disatukan dengan 'objek'.

Contoh :

EnglishMelayu
My studentsPara pelajar saya
Your playersPara pemain awak
Our dancersPenari-penari kami
His teacherGurunya
Her headmasterGuru Besarnya

Catitan :

- Ada beberapa lagi jenis 'tense' yang tidak dinyatakan di sini yang mempengaruhi cara 'kepunyaan' dinyatakan.