Mengenali 'action verb'
Dalam bahasa Inggeris,
'action verb' adalah
'infinitive' (perkataan dasar) bagi
perbuatan sebenar yang dilakukan oleh
anggota fizikal, seperti tangan, mulut, kaki, mata : contohnya
'eat' (makan),
'sleep' (tidur),
'read' (baca) dan sebagainya.
'Action verb' dipanggil juga
'verb' sahaja.
Ciri dan Penggunaan 'action verb'
1.
'Action verb' boleh digunakan dalam
memberi arahan/tegahan. Apabila
'action verb' digunakan dalam
memberi arahan/tegahan, ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Tiada pergantungan pada objek dan masa. Contohnya : 'Please sit at your place'.
2.
'Action verb' boleh ujud dalam masa
'present tense'. Apabila
'action verb' digunakan untuk menyatakan perbuatan berbentuk
'present tense' (kebiasaan atau kelaziman sekarang) oleh objek
'plural', ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Contohnya : 'They play football in the evening'.
3.
'Action verb' boleh digunakan dalam bentuk
soalan/pertanyaan. Apabila
'action verb' digunakan dalam bentuk
soalan/pertanyaan bagi
'simple tense' iaitu
'simple present tense', 'simple past tense', 'simple future tense', ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Tiada pergantungan pada objek dan masa. Contohnya : 'Does he eat durian ?'.
4.
'Action verb' boleh ujud dalam bentuk
negatif. Apabila
'action verb' digunakan dalam bentuk
negatif, jika hal yang dinyatakan itu berbentuk
'simple tense' (
'simple present tense', 'simple past tense', 'simple future tense'), (kebiasaan atau kelaziman), ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Contohnya : 'She did not watch the movie'.
5. Jika perbuatan
'action verb' berciri
'simple present tense' (kebiasaan atau kelaziman) itu dilakukan oleh objek
'singular', ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH sedikit, biasanya ditambah dengan 's'. Contohnya : 'She scores in every game'.
6.
'Action verb' boleh menjadi
'present continuous tense' tapi perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH ejaan. Contohnya : 'He is talking'.
7.
'Action verb' boleh menjadi
'present perfect tense' tapi perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH ejaan. Contohnya : 'He has done the homework'.
8.
'Action verb' boleh menjadi
'past tense' tapi perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH ejaan. Contohnya : 'He jumped'.
9.
'Action verb' boleh menjadi
'past continuous tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH. Contohnya : 'He was repairing his car'.
10.
'Action verb' boleh menjadi
'past perfect tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH. Contohnya : 'He had done it'.
11. Apabila
'action verb' berlaku dalam
'future tense' (masa depan), ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Samada objek 'I, you, singular' atau 'plural'. Contohnya : 'We will do it'.
1.
Apabila perkataan 'action verb' digunakan dalam memberi arahan/tegahan, ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Tiada pergantungan pada objek dan masa dalam memberi arahan/tegahan.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Talk | Cakap | Talk to me! | Bercakaplah dengan saya |
Take | Ambil | Please take | Sila ambil |
Go | Pergi | Go to sleep | Pergi tidur |
Walk | Jalan | Walk faster | Jalan cepat lagi |
Drink | Minum | Drink slowly | Minum dengan perlahan |
2.
Apabila perkataan 'action verb' digunakan dalam masa 'present tense' (kebiasaan atau kelaziman sekarang) bentuk aktif oleh objek 'I, you, plural', ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Sleep | Tidur | I sleep at 10 pm every day | Saya tidur pada jam 10 malam setiap hari |
Play | Main | They play football at that field | Mereka main bola di padang itu |
Go | Pergi | We go to school together | Kami pergi ke sekolah bersama-sama |
Talk | Cakap | You talk loud | Awak bercakap kuat |
Smell | Bau | These fruits smell good | Buah-buahan ini berbau sedap |
3.
Apabila perkataan 'action verb' digunakan dalam bentuk soalan/pertanyaan bagi
simple tense' iaitu 'simple present tense', 'simple past tense', 'simple future tense', ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Tiada pergantungan pada objek dan masa.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Eat | Makan | Did you eat fish ? | Adakah awak makan ikan ? |
Walk | Jalan | Does she walk to school ? | Adakah dia berjalan kaki ke sekolah ? |
Play | Main | Do they play piano ? | Adakah mereka main piano ? |
Swim | Berenang | Does he swim well ? | Adakah dia berenang dengan baik ? |
Drive | Pandu | Does Ali drive cautiously ? | Adakah Ali memandu berhati-hati ? |
4.
Apabila perkataan 'action verb' digunakan dalam bentuk negatif, jika hal yang dinyatakan itu berlaku pada masa 'simple tense' ('simple present tense', 'simple past tense', 'simple future tense'), (kebiasaan atau kelaziman), ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Eat | Makan | I don't eat fish | Saya tidak makan ikan |
Walk | Jalan | She doesn't walk to school | Dia tidak berjalan kaki ke sekolah |
Play | Main | They don't play piano | Mereka tidak bermain piano |
Cheat | Tipu | He doesn't cheat | Dia tidak menipu |
Talk | Cakap | Ali and Abu don't talk to each other | Ali dan Abu tidak bercakap antara satu sama lain |
5.
Jika perbuatan 'action verb' berciri 'simple present tense' (kebiasaan atau kelaziman) itu dilakukan oleh objek 'singular', ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH sedikit, biasanya ditambah dengan 's'.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Sleep | Tidur | He sleeps at 10 pm every day | Dia tidur pada jam 10 malam setiap hari |
Play | Main | He plays football at that field every afternoon | Dia main bola di padang itu setiap petang |
Go | Pergi | Ali goes to school alone | Ali pergi ke sekolah seorang diri |
Talk | Cakap | Abu talks loud | Abu bercakap kuat |
Smell | Bau | This fruit smells good | Buah ini berbau sedap |
6.
'Action verb' boleh digunakan dalam 'Present Continuous tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.
'Present Continuous tense' adalah satu struktur masa bagi perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb'
sedang berlaku atau sedang dilakukan pada masa sekarang. Contohnya perkataan dasar
'talk' (cakap) (satu perkataan
'action verb'), menjadi
'am talking' atau
'is talking' dsb yang bermakna 'sedang bercakap' jika perbuatan bercakap itu sedang dilakukan. Biasanya, perkataan dasar itu ditambah dengan 'ing' dihujungnya.
Struktur 'present Continuous tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Watch | Tonton | I am watching TV | Saya sedang menonton TV |
Determine | Menentukan | She is determining the allocation | Dia sedang menentukan peruntukan |
Edit | Edit | He is editing the story | Dia sedang mengedit kisah itu |
Increase | Meningkatkan | They are increasing the wall height | Mereka sedang meningkatkan ketinggian dinding |
Train | Latih | We are training | Kami sedang berlatih |
7.
'Action verb' boleh menjadi 'present perfect tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.
'Present perfect tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb' mula berlaku dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang. Contohnya perkataan dasar
'talk' (cakap) (satu perkataan
'action verb'), menjadi
'has talked' atau
'have talked' yang bermakna 'sudah bercakap sejak ....' jika perbuatan bercakap itu dimaksudkan telah bermula dari satu masa lepas hingga sekarang.
Struktur 'present perfect tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Simplify | Ringkaskan | I have simplified the procedure | Saya sudah meringkaskan peraturan |
Retain | Memegang | We have retained the deposit | Kami sudah memegang deposit |
Protect | Kawal | They have protected the area | Mereka sudah mengawal kawasan itu |
Modify | Mengubahsuai | He has modified his car | Dia sudah mengubahsuai keretanya |
Employ | Menggaji | Mr A has employed 10 workers | En A sudah menggaji 10 pekerja |
8.
'Action verb' boleh menjadi 'present perfect continuous tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.
'Present perfect continuous tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb' sedang berlaku dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang. Contohnya perkataan dasar
'talk' (cakap) (satu perkataan
'action verb'), menjadi
'has been talking' atau
'have been talking' yang bermakna 'sedang bercakap sejak ....' jika perbuatan bercakap itu dimaksudkan sedang berlaku bermula dari satu masa lepas hingga sekarang.
Struktur 'present perfect continuous tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Simplify | Ringkaskan | I have been simplifying the procedure since yesterday | saya sedang meringkaskan peraturan sejak semalam |
Retain | Memegang | We have been retaining the deposit | kami sedang menahan deposit |
Protect | Kawal | They have been protecting the area since the previous day | Mereka sedang mengawal kawasan itu sejak kelmarin |
Modify | Mengubahsuai | He has been modifying his car since last week | Dia sedang mengubahsuai keretanya sejak minggu lepas |
Employ | Menggaji | Mr A has been employing 10 workers | En A sedang menggaji 10 pekerja |
9.
'Action verb' boleh menjadi 'past tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.
'Past tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb'
telah berlaku pada
satu masa lepas. Contohnya perkataan dasar
'talk' (cakap) (satu perkataan
'action verb'), menjadi
'talked' yang bermakna 'telah bercakap' jika perbuatan bercakap itu telah berlaku pada masa lepas.
Struktur 'past tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English - Action Verb | Melayu |
Add | Tambah | He already added the sugar | Dia telah menambah gula |
Gather | Kumpul | The enemy gathered near the river | Musuh telah berkumpul berdekatan sungai |
Develop | Membangun | Microsoft developed the computer operating system | Microsoft telah membangunkan sistem operasi komputer |
Fence | Pagar | His neighbour fenced his land | Jirannya telah memagar tanahnya |
Laugh | Ketawa | He laughed very loud that woke up his father | Dia telah ketawa sangat kuat hingga mengejutkan ayahnya |
10.
'Action verb' boleh menjadi 'past continuous tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.
'Past continuous tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb'
sedang berlaku atau sedang dilakukan tapi
pada masa lepas. Contohnya perkataan dasar
'talk' (cakap) (satu perkataan
'action verb'), menjadi
'was talking' atau
'were talking' yang bermakna 'sedang bercakap' jika perbuatan bercakap itu dimaksudkan sedang dilakukan pada satu masa yang lepas. Biasanya, perkataan dasar itu ditambah dengan 'ing' dihujungnya.
Struktur 'past continuous tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Listen | Dengar | I was listening to the radio so I did not hear his call | Saya sedang mendengar radio jadi saya tidak terdengar panggilannya |
Sleep | Tidur | While she was sleeping last night, her car was stolen | Ketika dia tidur semalam, keretanya telah dicuri |
Wait | Tunggu | He was waiting for us when we got off the bus | Dia sedang menunggu kami ketika kami turun dari bas |
Eat | Makan | Last night at 7 pm, I was eating | Malam tadi pukul 7 saya sedang makan |
Sit | Duduk | Yesterday at this time, she was sitting at my chair | Semalam pada waktu ini, dia sedang duduk di kerusi saya |
11.
'Action verb' boleh menjadi 'past perfect tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.
'Past perfect tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb'
telah mula berlaku dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga ke satu masa di masa yang telah lepas juga. Contohnya perkataan dasar
'talk' (cakap) (satu perkataan
'action verb'), menjadi
'had talked' yang bermakna 'sudah bercakap sejak ....' jika perbuatan bercakap itu telah bermula dari satu masa lepas dan berakhir ke satu masa yang lepas juga.
Struktur 'past perfect tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Study | Belajar | You had studied English before | Awak sudah ada belajar Inggeris sebelum ini |
Lost | Hilang | I had lost my wallet so I have no money now | Saya sudah hilang dompet duit jadi saya tidak ada wang sekarang |
Visit | Lawat | She had visited tokyo many times | Dia sudah melawat tokyo banyak kali |
Book | Tempah | We had booked the ticket for tonight performance | Kami sudah menempah tiket untuk persembahan malam ini |
Own | Milik | They had owned the house for 20 years before selling it | Mereka sudah memiliki rumah itu selama 20 tahun sebelum menjualnya |
12.
'Action verb' boleh menjadi 'past perfect continuous tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.
'Past perfect continuous tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb'
sedang berlaku dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga ke satu masa di masa yang telah lepas juga. Contohnya perkataan dasar
'talk' (cakap) (satu perkataan
'action verb'), menjadi
'had been talking' yang bermakna 'sudah sedang bercakap sejak ....' jika perbuatan bercakap itu telah bermula dari satu masa lepas dan berakhir ke satu masa yang lepas juga.
Struktur 'past perfect continuous tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Study | Belajar | You had been studying English in 2001 | Awak sedang belajar Inggeris pada 2001 |
Lost | Hilang | I had been losing my wallet at that period of time | Saya sedang hilang dompet duit pada tempoh itu |
Visit | Lawat | She had been visiting tokyo during that summer | Dia sedang melawat tokyo pada musim panas itu |
Book | Tempah | We had been booking the ticket for that performance in that period of time | Kami sedang menempah tiket untuk persembahan itu pada tempoh waktu itu |
Watching | Menonton | They had been watching the movie | Mereka sedang meninton wayang |
13.
Apabila 'action verb' berlaku dalam 'future tense' (masa depan), ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah, samada objek 'I, you, singular' atau 'plural'.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Go | Pergi | I will go | Saya akan pergi |
Come | Datang | I will come | Saya akan datang |
Enter | Masuk | You will enter | Awak akan masuk |
Participate | Turut serta | They will participate | Mereka akan turut serta |
Eat | Makan | We will eat | Mereka akan makan |
14.
'Action verb' boleh menjadi 'future continuous tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.
'Future continuous tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb'
sedang berlaku atau sedang dilakukan tapi
pada masa akan datang. Contohnya perkataan dasar
'talk' (cakap) (satu perkataan
'action verb'), menjadi
'will be talking' yang bermakna 'akan sedang bercakap' jika perbuatan bercakap itu dimaksudkan akan sedang dilakukan pada satu masa yang akan datang. Biasanya, perkataan dasar itu ditambah dengan 'ing' dihujungnya.
Struktur 'future continuous tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Listen | Dengar | I will be listening to the news in radio at 8 pm tomorrow | Saya akan sedang mendengar berita di radio pada jam 8 malam esok |
Sleep | Tidur | She will be sleeping at 8 pm tomorrow | Dia akan sedang tidur pada jam 8 malam esok |
Wait | Tunggu | He will be waiting for us | Dia akan sedang menunggu kami |
Eat | Makan | Tomorrow night at 7 pm, I will be eating | Malam esok pukul 7 saya akan sedang makan |
Sit | Duduk | Tomorrow at this time, she will be sitting at my chair | Esok pada waktu ini, dia akan sedang duduk di kerusi saya |
15.
Apabila 'action verb' berlaku dalam 'future perfect tense' (masa depan), ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH, samada objek itu 'I, you, singular' atau 'plural'.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Go | Pergi | I will have gone by 8 am tomorrow | Saya akan sudah pergi pada jam 8 pagi esok |
Come | Datang | I will have come by 8 am tomorrow | Saya akan sudah datang pada jam 8 pagi esok |
Enter | Masuk | You will have entered the compound by this time tomorrow | Awak akan sudah memasuki lapangan pada waktu ini esok |
Participate | Turut serta | They will have participated | Mereka akan sudah turut serta |
Eat | Makan | We will have eaten | Mereka akan sudah makan |
16.
Apabila 'action verb' berlaku dalam 'future perfect continuous tense' (sedang berlaku dalam satu tempoh dimasa depan), ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH, samada objek itu 'I, you, singular' atau 'plural'.
English (infinitive) | Melayu | English Action Verb | Melayu |
Work | Kerja | In November, I will have been working at this company for three years | Menjelang November, saya akan sudah berkerja di syarikat ini selama tiga tahun |
Wait | Tunggu | At five o’clock, I will have been waiting for thirty minutes | Menjelang pukul lima, saya akan sudah menunggu selama tiga puluh minit |
Enter | Masuk | You will have been entering the compound around this time tomorrow | Awak akan sedang memasuki lapangan sekitar waktu ini esok |
Live | Tinggal | By 2020 I will have been living in London for sixteen years | Menjelang 2020 saya akan sudah tinggal di London selama enam belas tahun |
Play | Main | When I turn thirty, I will have been playing football for twenty years | Apabila saya berumur tiga puluh tahun, saya akan sudah bermain bolasepak selama dua puluh tahun |
Catitan :
- Strukturnya ialah :
(objek) + will + have + been + (present participle).
- Tiada struktur berikut : (objek) + will + has + been + (present participle). Semua objek menggunakan struktur '(objek) + will + have + been + (present participle)', samada objek 'I, you, singular, plural'.
- Ingat bahawa 'non-action verb' tidak menggunakan 'future perfect continuous tense' (sebarang 'continuous tense'.