Thursday, January 31, 2013

12. Mengenali 'action verb'

Mengenali 'action verb'

Dalam bahasa Inggeris, 'action verb' adalah 'infinitive' (perkataan dasar) bagi perbuatan sebenar yang dilakukan oleh anggota fizikal, seperti tangan, mulut, kaki, mata : contohnya 'eat' (makan), 'sleep' (tidur), 'read' (baca) dan sebagainya.

'Action verb' dipanggil juga 'verb' sahaja.

Ciri dan Penggunaan 'action verb'

1. 'Action verb' boleh digunakan dalam memberi arahan/tegahan. Apabila 'action verb' digunakan dalam memberi arahan/tegahan, ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Tiada pergantungan pada objek dan masa. Contohnya : 'Please sit at your place'.

2. 'Action verb' boleh ujud dalam masa 'present tense'. Apabila 'action verb' digunakan untuk menyatakan perbuatan berbentuk 'present tense' (kebiasaan atau kelaziman sekarang) oleh objek 'plural', ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Contohnya : 'They play football in the evening'.

3. 'Action verb' boleh digunakan dalam bentuk soalan/pertanyaan. Apabila 'action verb' digunakan dalam bentuk soalan/pertanyaan bagi 'simple tense' iaitu 'simple present tense', 'simple past tense', 'simple future tense', ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Tiada pergantungan pada objek dan masa. Contohnya : 'Does he eat durian ?'.

4. 'Action verb' boleh ujud dalam bentuk negatif. Apabila 'action verb' digunakan dalam bentuk negatif, jika hal yang dinyatakan itu berbentuk 'simple tense' ('simple present tense', 'simple past tense', 'simple future tense'), (kebiasaan atau kelaziman), ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Contohnya : 'She did not watch the movie'.

5. Jika perbuatan 'action verb' berciri 'simple present tense' (kebiasaan atau kelaziman) itu dilakukan oleh objek 'singular', ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH sedikit, biasanya ditambah dengan 's'. Contohnya : 'She scores in every game'.

6. 'Action verb' boleh menjadi 'present continuous tense' tapi perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH ejaan. Contohnya : 'He is talking'.

7. 'Action verb' boleh menjadi 'present perfect tense' tapi perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH ejaan. Contohnya : 'He has done the homework'.

8. 'Action verb' boleh menjadi 'past tense' tapi perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH ejaan. Contohnya : 'He jumped'.

9.'Action verb' boleh menjadi 'past continuous tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH. Contohnya : 'He was repairing his car'.

10.'Action verb' boleh menjadi 'past perfect tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH. Contohnya : 'He had done it'.

11. Apabila 'action verb' berlaku dalam 'future tense' (masa depan), ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Samada objek 'I, you, singular' atau 'plural'. Contohnya : 'We will do it'.



1. Apabila perkataan 'action verb' digunakan dalam memberi arahan/tegahan, ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Tiada pergantungan pada objek dan masa dalam memberi arahan/tegahan.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
TalkCakapTalk to me!Bercakaplah dengan saya
TakeAmbilPlease takeSila ambil
GoPergiGo to sleepPergi tidur
WalkJalanWalk fasterJalan cepat lagi
DrinkMinumDrink slowlyMinum dengan perlahan

2. Apabila perkataan 'action verb' digunakan dalam masa 'present tense' (kebiasaan atau kelaziman sekarang) bentuk aktif oleh objek 'I, you, plural', ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
SleepTidurI sleep at 10 pm every daySaya tidur pada jam 10 malam setiap hari
PlayMainThey play football at that fieldMereka main bola di padang itu
GoPergiWe go to school togetherKami pergi ke sekolah bersama-sama
TalkCakapYou talk loudAwak bercakap kuat
SmellBauThese fruits smell goodBuah-buahan ini berbau sedap

3. Apabila perkataan 'action verb' digunakan dalam bentuk soalan/pertanyaan bagi simple tense' iaitu 'simple present tense', 'simple past tense', 'simple future tense', ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah. Tiada pergantungan pada objek dan masa.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
EatMakanDid you eat fish ?Adakah awak makan ikan ?
WalkJalanDoes she walk to school ?Adakah dia berjalan kaki ke sekolah ?
PlayMainDo they play piano ?Adakah mereka main piano ?
SwimBerenangDoes he swim well ?Adakah dia berenang dengan baik ?
DrivePanduDoes Ali drive cautiously ?Adakah Ali memandu berhati-hati ?

4. Apabila perkataan 'action verb' digunakan dalam bentuk negatif, jika hal yang dinyatakan itu berlaku pada masa 'simple tense' ('simple present tense', 'simple past tense', 'simple future tense'), (kebiasaan atau kelaziman), ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
EatMakanI don't eat fishSaya tidak makan ikan
WalkJalanShe doesn't walk to schoolDia tidak berjalan kaki ke sekolah
PlayMainThey don't play pianoMereka tidak bermain piano
CheatTipuHe doesn't cheatDia tidak menipu
TalkCakapAli and Abu don't talk to each otherAli dan Abu tidak bercakap antara satu sama lain

5. Jika perbuatan 'action verb' berciri 'simple present tense' (kebiasaan atau kelaziman) itu dilakukan oleh objek 'singular', ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH sedikit, biasanya ditambah dengan 's'.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
SleepTidurHe sleeps at 10 pm every dayDia tidur pada jam 10 malam setiap hari
PlayMainHe plays football at that field every afternoonDia main bola di padang itu setiap petang
GoPergiAli goes to school aloneAli pergi ke sekolah seorang diri
TalkCakapAbu talks loudAbu bercakap kuat
SmellBauThis fruit smells goodBuah ini berbau sedap

6. 'Action verb' boleh digunakan dalam 'Present Continuous tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.

'Present Continuous tense' adalah satu struktur masa bagi perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb' sedang berlaku atau sedang dilakukan pada masa sekarang. Contohnya perkataan dasar 'talk' (cakap) (satu perkataan 'action verb'), menjadi 'am talking' atau 'is talking' dsb yang bermakna 'sedang bercakap' jika perbuatan bercakap itu sedang dilakukan. Biasanya, perkataan dasar itu ditambah dengan 'ing' dihujungnya.

Struktur 'present Continuous tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
WatchTontonI am watching TVSaya sedang menonton TV
DetermineMenentukanShe is determining the allocationDia sedang menentukan peruntukan
EditEditHe is editing the storyDia sedang mengedit kisah itu
IncreaseMeningkatkanThey are increasing the wall heightMereka sedang meningkatkan ketinggian dinding
TrainLatihWe are trainingKami sedang berlatih

7. 'Action verb' boleh menjadi 'present perfect tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.

'Present perfect tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb' mula berlaku dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang. Contohnya perkataan dasar 'talk' (cakap) (satu perkataan 'action verb'), menjadi 'has talked' atau 'have talked' yang bermakna 'sudah bercakap sejak ....' jika perbuatan bercakap itu dimaksudkan telah bermula dari satu masa lepas hingga sekarang.

Struktur 'present perfect tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
SimplifyRingkaskanI have simplified the procedureSaya sudah meringkaskan peraturan
RetainMemegangWe have retained the depositKami sudah memegang deposit
ProtectKawalThey have protected the areaMereka sudah mengawal kawasan itu
ModifyMengubahsuaiHe has modified his carDia sudah mengubahsuai keretanya
EmployMenggajiMr A has employed 10 workersEn A sudah menggaji 10 pekerja

8. 'Action verb' boleh menjadi 'present perfect continuous tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.

'Present perfect continuous tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb' sedang berlaku dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang. Contohnya perkataan dasar 'talk' (cakap) (satu perkataan 'action verb'), menjadi 'has been talking' atau 'have been talking' yang bermakna 'sedang bercakap sejak ....' jika perbuatan bercakap itu dimaksudkan sedang berlaku bermula dari satu masa lepas hingga sekarang.

Struktur 'present perfect continuous tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
SimplifyRingkaskanI have been simplifying the procedure since yesterdaysaya sedang meringkaskan peraturan sejak semalam
RetainMemegangWe have been retaining the depositkami sedang menahan deposit
ProtectKawalThey have been protecting the area since the previous dayMereka sedang mengawal kawasan itu sejak kelmarin
ModifyMengubahsuaiHe has been modifying his car since last weekDia sedang mengubahsuai keretanya sejak minggu lepas
EmployMenggajiMr A has been employing 10 workersEn A sedang menggaji 10 pekerja

9. 'Action verb' boleh menjadi 'past tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.

'Past tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb' telah berlaku pada satu masa lepas. Contohnya perkataan dasar 'talk' (cakap) (satu perkataan 'action verb'), menjadi 'talked' yang bermakna 'telah bercakap' jika perbuatan bercakap itu telah berlaku pada masa lepas.

Struktur 'past tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English - Action VerbMelayu
AddTambahHe already added the sugarDia telah menambah gula
GatherKumpulThe enemy gathered near the riverMusuh telah berkumpul berdekatan sungai
DevelopMembangunMicrosoft developed the computer operating systemMicrosoft telah membangunkan sistem operasi komputer
FencePagarHis neighbour fenced his landJirannya telah memagar tanahnya
LaughKetawaHe laughed very loud that woke up his fatherDia telah ketawa sangat kuat hingga mengejutkan ayahnya

10. 'Action verb' boleh menjadi 'past continuous tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.

'Past continuous tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb' sedang berlaku atau sedang dilakukan tapi pada masa lepas. Contohnya perkataan dasar 'talk' (cakap) (satu perkataan 'action verb'), menjadi 'was talking' atau 'were talking' yang bermakna 'sedang bercakap' jika perbuatan bercakap itu dimaksudkan sedang dilakukan pada satu masa yang lepas. Biasanya, perkataan dasar itu ditambah dengan 'ing' dihujungnya.

Struktur 'past continuous tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
ListenDengarI was listening to the radio so I did not hear his callSaya sedang mendengar radio jadi saya tidak terdengar panggilannya
SleepTidurWhile she was sleeping last night, her car was stolenKetika dia tidur semalam, keretanya telah dicuri
WaitTungguHe was waiting for us when we got off the busDia sedang menunggu kami ketika kami turun dari bas
EatMakanLast night at 7 pm, I was eatingMalam tadi pukul 7 saya sedang makan
SitDudukYesterday at this time, she was sitting at my chairSemalam pada waktu ini, dia sedang duduk di kerusi saya

11. 'Action verb' boleh menjadi 'past perfect tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.

'Past perfect tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb' telah mula berlaku dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga ke satu masa di masa yang telah lepas juga. Contohnya perkataan dasar 'talk' (cakap) (satu perkataan 'action verb'), menjadi 'had talked' yang bermakna 'sudah bercakap sejak ....' jika perbuatan bercakap itu telah bermula dari satu masa lepas dan berakhir ke satu masa yang lepas juga.

Struktur 'past perfect tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
StudyBelajarYou had studied English beforeAwak sudah ada belajar Inggeris sebelum ini
LostHilangI had lost my wallet so I have no money nowSaya sudah hilang dompet duit jadi saya tidak ada wang sekarang
VisitLawatShe had visited tokyo many timesDia sudah melawat tokyo banyak kali
BookTempahWe had booked the ticket for tonight performanceKami sudah menempah tiket untuk persembahan malam ini
OwnMilikThey had owned the house for 20 years before selling itMereka sudah memiliki rumah itu selama 20 tahun sebelum menjualnya

12. 'Action verb' boleh menjadi 'past perfect continuous tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.

'Past perfect continuous tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb' sedang berlaku dari satu masa lepas dan berlanjutan hingga ke satu masa di masa yang telah lepas juga. Contohnya perkataan dasar 'talk' (cakap) (satu perkataan 'action verb'), menjadi 'had been talking' yang bermakna 'sudah sedang bercakap sejak ....' jika perbuatan bercakap itu telah bermula dari satu masa lepas dan berakhir ke satu masa yang lepas juga.

Struktur 'past perfect continuous tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
StudyBelajarYou had been studying English in 2001Awak sedang belajar Inggeris pada 2001
LostHilangI had been losing my wallet at that period of timeSaya sedang hilang dompet duit pada tempoh itu
VisitLawatShe had been visiting tokyo during that summerDia sedang melawat tokyo pada musim panas itu
BookTempahWe had been booking the ticket for that performance in that period of timeKami sedang menempah tiket untuk persembahan itu pada tempoh waktu itu
WatchingMenontonThey had been watching the movieMereka sedang meninton wayang

13. Apabila 'action verb' berlaku dalam 'future tense' (masa depan), ejaan perkataan dasar ('infinitive') TIDAK berubah, samada objek 'I, you, singular' atau 'plural'.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
GoPergiI will goSaya akan pergi
ComeDatangI will comeSaya akan datang
EnterMasukYou will enterAwak akan masuk
ParticipateTurut sertaThey will participateMereka akan turut serta
EatMakanWe will eatMereka akan makan

14. 'Action verb' boleh menjadi 'future continuous tense' tapi ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH.

'Future continuous tense' adalah satu struktur perkataan yang ujud dalam bahasa Inggeris dan digunakan untuk menunjukkan sesuatu aksi/perbuatan 'action verb' sedang berlaku atau sedang dilakukan tapi pada masa akan datang. Contohnya perkataan dasar 'talk' (cakap) (satu perkataan 'action verb'), menjadi 'will be talking' yang bermakna 'akan sedang bercakap' jika perbuatan bercakap itu dimaksudkan akan sedang dilakukan pada satu masa yang akan datang. Biasanya, perkataan dasar itu ditambah dengan 'ing' dihujungnya.

Struktur 'future continuous tense' boleh dikenakan keatas semua perkataan 'action verb'.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
ListenDengarI will be listening to the news in radio at 8 pm tomorrowSaya akan sedang mendengar berita di radio pada jam 8 malam esok
SleepTidurShe will be sleeping at 8 pm tomorrowDia akan sedang tidur pada jam 8 malam esok
WaitTungguHe will be waiting for usDia akan sedang menunggu kami
EatMakanTomorrow night at 7 pm, I will be eatingMalam esok pukul 7 saya akan sedang makan
SitDudukTomorrow at this time, she will be sitting at my chairEsok pada waktu ini, dia akan sedang duduk di kerusi saya

15. Apabila 'action verb' berlaku dalam 'future perfect tense' (masa depan), ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH, samada objek itu 'I, you, singular' atau 'plural'.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
GoPergiI will have gone by 8 am tomorrowSaya akan sudah pergi pada jam 8 pagi esok
ComeDatangI will have come by 8 am tomorrowSaya akan sudah datang pada jam 8 pagi esok
EnterMasukYou will have entered the compound by this time tomorrowAwak akan sudah memasuki lapangan pada waktu ini esok
ParticipateTurut sertaThey will have participatedMereka akan sudah turut serta
EatMakanWe will have eatenMereka akan sudah makan

16. Apabila 'action verb' berlaku dalam 'future perfect continuous tense' (sedang berlaku dalam satu tempoh dimasa depan), ejaan perkataan dasar ('infinitive') BERUBAH, samada objek itu 'I, you, singular' atau 'plural'.

English (infinitive)MelayuEnglish Action VerbMelayu
WorkKerjaIn November, I will have been working at this company for three yearsMenjelang November, saya akan sudah berkerja di syarikat ini selama tiga tahun
WaitTungguAt five o’clock, I will have been waiting for thirty minutesMenjelang pukul lima, saya akan sudah menunggu selama tiga puluh minit
EnterMasukYou will have been entering the compound around this time tomorrowAwak akan sedang memasuki lapangan sekitar waktu ini esok
LiveTinggalBy 2020 I will have been living in London for sixteen yearsMenjelang 2020 saya akan sudah tinggal di London selama enam belas tahun
PlayMainWhen I turn thirty, I will have been playing football for twenty yearsApabila saya berumur tiga puluh tahun, saya akan sudah bermain bolasepak selama dua puluh tahun

Catitan :

- Strukturnya ialah : (objek) + will + have + been + (present participle).
- Tiada struktur berikut : (objek) + will + has + been + (present participle). Semua objek menggunakan struktur '(objek) + will + have + been + (present participle)', samada objek 'I, you, singular, plural'.
- Ingat bahawa 'non-action verb' tidak menggunakan 'future perfect continuous tense' (sebarang 'continuous tense'.

No comments: