Dalam bahasa Inggeris ada beberapa perkataan yang boleh kita gunakan yang memberi makna sudah melakukan sesuatu perbuatan atau sesuatu hal sudah berlaku :
'Has'.
'Have'.
'Had'.
'Has been'.
'Have been'.
'Had been'.
Perkataan/frasa tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'has' + ('past participle').
2. (Objek) + 'have' + ('past participle').
3. (Objek) + 'had' + ('past participle').
4. (Objek) + 'has been' + ('present participle').
5. (Objek) + 'have been' + ('present participle').
6. (Objek) + 'had been' + ('present participle').
1. Struktur : (Objek) + 'has' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (perbuatan itu telah berlaku dalam masa yang belum begitu lama (sudah atau baru saja sudah)).
3. Ada jangkaan bagi perbuatan itu untuk dilakukan sebelum ia berlaku.
4. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Become | Menjadi | He has become the new player | Dia sudah menjadi pemain baru |
Speak | Cakap | He has spoken to headmaster | Dia sudah bercakap dengan guru besar |
Write | Tulis | She has written two letters | Dia sudah menulis dua surat |
Build | Bina | She has built the sand castle | Dia sudah membina istana pasir itu |
Broadcast | Siar | The radio has broadcasted the news about the tsunami | Radio sudah menyiarkan berita tentang tsunami |
Do | Buat | Ali has done his homework | Ali sudah menyiapkan kerja sekolahnya |
Do | Buat | He has done it | Dia sudah melaksanakannya |
2. Struktur : (Objek) + 'have' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (perbuatan itu telah berlaku dalam masa yang belum begitu lama (sudah atau baru saja sudah)).
3. Ada jangkaan bagi perbuatan itu untuk dilakukan sebelum ia berlaku.
4. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Know | Tahu | I have known about him | Saya sudah tahu tentang dia |
Eat | Makan | I have eaten | Saya sudah makan |
Do | Buat | You have done it | Awak sudah melakukannya |
Submit | Serah | We have submitted the report | Kami sudah menyerahkan laporan itu |
Start | Mula | They have started the meeting | Mereka sudah memulakan mesyuarat |
Do | Laksana | I have done it | Saya sudah melaksanakannya |
Do | Laksana | You have done it | Awak sudah melaksanakannya |
3. Struktur : (Objek) + had + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, singular, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh masa dahulu - perbuatan itu telah berlaku dalam tempoh yang lepas).
3. Ada jangkaan bagi perbuatan itu untuk berlaku sebelum ia terjadi tapi hal itu tak akan berlaku pada masa depan.
4. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Know | Tahu | I had known about him in 2010 | Saya sudah tahu tentang dia pada tahun 2010 |
Speak | Cakap | Before I came here, I had spoken to Jack | Sebelum saya datang ke sini, saya susah bercakap dengan Jack |
See | Lihat | When Siti had seen the elephants, she wanted to see the giraffes | Apabila Siti sudah melihat gajah, dia mahu melihat pula zirafah |
Read | Baca | Siti had read a lot about elephants before she went to the zoo | Siti sudah membaca banyak tentang gajah sebelum dia pegi ke zoo |
Collect | Pungut | The wind blew away the leaves that we had collected | Angin telah menerbangkan daun-daun yang kami sudah kutip |
4. Struktur : (Objek) + 'has been' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has been' diikuti dengan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect Continuous tense' (perbuatan itu telah berlaku pada masa lepas (tapi belum begitu lama) dan berlanjutan hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Speak | Cakap | He has been speaking to the headmaster since 10 minutes ago | Dia sudah bercakap dengan guru besar sejak 10 minit lalu |
Write | Tulis | She has been writing two letters until now | Dia sudah menulis dua surat hingga sekarang |
Build | Bina | She has been building the sand castle since yesterday | Dia sudah membina istana pasir itu sejak semalam |
Broadcast | Siar | The radio has been broadcasting the news about the tsunami since it began | Radio sudah menyiarkan berita tentang tsunami sejak ia bermula |
Do | Buat | Ali has been doing his homework after came back from school | Ali sudah membuat kerja sekolahnya selepas balik dari sekolah |
5. Struktur : (Objek) + 'have been' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have been' diikuti dengan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect Progressive (Continuous) Tense' (perbuatan itu telah berlaku pada masa lepas (tapi belum begitu lama) dan bersambung hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Speak | Cakap | They have been speaking to the headmaster since 10 minutes ago | Mereka sudah bercakap dengan guru besar sejak 10 minit lalu |
Write | Tulis | I have been writing two letters until now | Saya sudah menulis dua surat hingga sekarang |
Build | Bina | You have been building the sand castle since yesterday | Awak sudah membina istana pasir itu sejak semalam |
Broadcast | Siar | All radio stations have been broadcasting the news about the tsunami since it began | Semua stesen radio sudah menyiarkan berita tentang tsunami sejak ia bermula |
Do | Buat | We have been doing our homework after came back from school | Kami sudah membuat kerja sekolah selepas balik dari sekolah |
6. Struktur : (Objek) + 'had been' + ('present participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had been' diikuti dengan ('present participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua objek iaitu 'he, she, it, this, that, singular, I, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect Progressive (Continuous) Tense' (perbuatan itu telah berlaku dan selesai pada masa lepas (tempoh berlakunya hal berkenaan tidaklah lama sangat).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Speak | Cakap | They had been speaking to the headmaster for 10 minutes yesterday | Mereka sudah bercakap dengan guru besar selama 10 minit semalam |
Write | Tulis | I had been writing two letters for 2 hours this morning | Saya sudah menulis dua surat dalamasa 2 jam pada pagi ini |
Build | Bina | You had been building the sand castle yesterday afternoon | Awak sudah membina istana pasir itu tengahari semalam |
Broadcast | Siar | All radio stations had been broadcasting the news about the tsunami since it began till it ended | Semua stesen radio sudah menyiarkan berita tentang tsunami sejak ia bermula hingga ia berakhir |
Do | Buat | We had been doing our homework after came back from school till midnight | Kami sudah membuat kerja sekolah selepas balik dari sekolah hingga tengah malam |
Ringkasan :
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Has + ('past participle') | (Objek) + has + ('past participle') | singular | sekarang | Aktif |
Have + ('past participle') | (Objek) + have + ('past participle') | I, you, plural | Sekarang | Aktif |
Had + ('past participle') | (Objek) + had + ('past participle') | Semua | dahulu | Aktif |
Did + ('verb') | (Objek) + did + ('verb') | Semua | dahulu | Aktif |
has been + ('present participle') | (Objek) + has been + ('present participle') | Singular | sekarang | Aktif |
Have been + ('present participle') | (Objek) + have been + ('present participle') | I, you, plural | sekarang | Aktif |
Had been + ('present participle') | (Objek) + had been + ('present participle') | Semua | dahulu | Aktif |
Catitan :
- Beza antara 'sudah' dan 'telah' : Sudah digunakan bagi satu 'tempoh masa', tapi 'telah' digunakan bagi satu ketika. Jadi, sudah sesuai dengan 'perfect tense', tapi telah sesuai dengan 'past tense'.
No comments:
Post a Comment