Belum pernah di(pasif) bermaksud sesuatu 'verb' (perbuatan) atau 'non-verb' (bukan perbuatan) itu tidak ada berlaku atau terjadi walaupun sekali tapi ada berkemungkinan atau ada sedikit diharap untuk berlaku atau terjadi dimasa depan - dalam bentuk 'pasif'.
Dalam Bahasa Inggeris, beberapa perkataan/frasa yang boleh digunakan bagi menyatakan belum pernah di(pasif) adalah :
'Has never been'.
'Have never been'.
'Had never been'.
Perkataan-perkataan/frasa-frasa itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'has never been' + ('past participle').
2. (Objek) + 'have never been' + ('past participle').
3. (Objek) + 'had never been' + ('past participle').
1. Struktur : (Objek) + 'has never been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has never been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - Hal tidak pernah itu telah berlaku dalam satu tempoh pada masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir).
3. Hal tidak pernah itu mungkin menjadi pernah pada masa akan datang.
4. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Tell | Beritahu | Until now, the history of what happened to the ship has never been told | Hingga sekarang, sejarah atas apa yang berlaku pada kapal itu tidak pernah diberitahu |
Gain | Perolehi | A victory such as never has been gained before | Kejayaan seperti ini tidak pernah diperolehi sebelum ini |
Launch | Lancar | That water park has never been launched | Taman air itu tidak pernah dilancarkan |
Use | Guna | I have purchased a new car but has never been used | Saya ada beli sebuah kereta baru tapi tidak pernah digunakan |
Enforce | Kuatkuasa | The latest law has never been enforced | Undang-undang terbaru itu tidak pernah dikuatkuasakan |
Snow | Salji | For the past 4 years it has never been snowed as it was in this year | Dalam 4 tahun lepas ia tidak pernah bersalji seperti tahun ini |
Catitan :
- Perkataan ('past participle') digunakan dalam bentuk 'pasif'.
2. (Objek) + ;have never been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have never been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present perfect tense' (Dahulu hingga sekarang - Hal tidak pernah itu telah bermula pada masa dulu dan berlanjutan hingga sekarang atau baru saja berakhir).
3. Hal tidak pernah itu mungkin menjadi pernah pada masa akan datang.
4. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Relegate | Turun | Some teams have never been relegated to lower league | Sesetengah pasukan tidak pernah diturunkan ke liga yang lebih rendah |
Summon | Saman | I have never been summoned by the RTD | Saya tidak pernah disaman oleh JPJ |
Value | Taksir | She also owns properties privately that have never been valued | Dia juga memiliki harta-harta peribadi yang tidak ditaksir |
Change | Tukar | There are many old english laws that have never been changed | Terdapat banyak undang-undang lama Inggeris yang tidak ditukar |
Conquer | Takluk | Which of the countries have never been conquered by another country ? | Negara-negara manakah yang tidak pernah ditakluk oleh negara lain ? |
Catitan :
- Perkataan ('past participle') digunakan dalam bentuk 'pasif'.
3. Struktur : (Objek) + 'had never been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had never been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those, singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (Tempoh dahulu - Hal tidak pernah itu telah berlaku dalam satu tempoh pada masa lepas dan telah selesai).
3. Hal tidak pernah itu tidak mungkin menjadi pernah pada masa akan datang.
4. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
Born | Lahir | I wish you had never been born | Saya harap awak tidak pernah dilahirkan |
Drink | Minum | I had never been drunk | Saya tidak pernah mabuk |
Reestablish | Perkenalkan semula | Slave trading had been abolished in Iceland in 1117 and had never been reestablished | Perdagangan hamba abdi telah dihapuskan di Iceland pada 1117 dan tidak pernah diperkenalkan semula |
Know | Tahu | Mat had never been known to leave home without telling anyone | Mat tidak pernah diketahui meninggalkan rumah tanpa memberitahu sesiapa |
Post | Pos | The letter had never been posted | Surat itu tidak pernah diposkan |
Catitan :
- Perkataan ('past participle') digunakan dalam bentuk 'pasif'.
Ringkasan :
Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
Has never been + ('past participle') | (Objek) + has never been + ('past participle') | Singular | Present Perfect tense | Negatif |
Have never been + ('past participle') | (Objek) + have never been + ('past participle') | I, you, plural | Present Perfect tense | Negatif |
Had never been + ('past participle') | (Objek) + had never been + ('past participle') | Semua | Past Perfect tense | Negatif |
No comments:
Post a Comment