Contoh :
| Melayu (Perkataan dasar) | English (Infinitive) |
| Ambil | Take |
| Cakap | Talk |
| Jalan | Walk |
| Dengar | Listen |
| Tulis | Write |
| Tendang | Kick |
| Lihat | See |
| Ajar | Teach |
| Simbah | Pour |
| Fikir | Think |
| Jatuh | Fall |
| Mula | Begin |
| Akhir | End |
Mengapa perkataan-perkataan itu dikenali sebagai perkataan asas (dasar) (bagi perbuatan dan status/kejadian/peristiwa) ?
Ini adalah kerana, dari perkataan asas itu boleh terbentuk perkataan-perkataan lain yang berkaitan langsung dengan perkataan dasar itu. Maksudnya perkataan dasar itu menjadi asas kepada ujudnya perkataan-perkataan lain. Ataupun kita katakan, ada perkataan-perkataan (lain) yang ujudnya berasaskan kepada perkataan dasar itu.
Contohnya, dari perkataan dasar 'eat', boleh terbit perkataan-perkataan lain yang berkaitan seperti 'eats', 'eating', 'ate', 'eaten'.
Dalam bahasa Inggeris, 'infinitive' (perkataan dasar) boleh berubah menjadi 'verb' disebabkan perkara berikut : Kombinasi 'bentuk' dan masa ('tense') bagi perkataan dasar tersebut.
Tidak ada peraturan khusus bagaimana untuk mengubah bentuk perkataan dasar ('infinitive') kepada bentuk-bentuk lain walaupun kebanyakan pertukaran bentuk dilakukan dengan menambah huruf/huruf-huruf 's, ed, ing' dsb kepada perkataan asas. Oleh itu cara terbaik ialah dengan banyakkan membaca bahan bacaan dalam bahasa Inggeris atau mencari senarai-senarai yang dibuat oleh mana-mana orang di buku atau di internet.
No comments:
Post a Comment