Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa perkataan yang boleh digunakan untuk menyatakan bukan, yang tidak bergantung kepada objek ('I, You, Singular, Plural') dan masa ('tense'), iaitu :
1. 'No'
2. 'Not' + (objek)
Catitan : Dalam konteks tertentu, perkataan-perkataan Inggeris diatas boleh bermakna tidak, iaitu perkataan atau frasa yang sama boleh bermakna tidak dan boleh bermakna bukan.
1. 'No'
'No' boleh bermakna bukan.
Ia perkataan paling ringkas untuk menyatakan bukan.
Ia digunakan bagi semua objek dan tidak terikat kepada masa. (Ejaannya tetap sama bagi semua 'tense').
Ia boleh digunakan bersendirian.
English | Melayu |
Q: Are you his brother ? A: No | S: Adakah awak adiknya ? J: Bukan |
Q: Do you take something from here ? A: No, not me | S: Adakah awak mengambil sesuatu dari sini ? J: Tidak, bukan saya |
Ahmad is Ahmad, he is no Ali | Ahmad adalah Ahmad, dia bukan Ali |
Q: Is this your number ? A: No | S: Adakah ini nombor awak ? J: Bukan |
I am no hero | Saya bukan hero |
It's big, no, it's gigantic | Ia besar, eh bukan, ia sangat besar |
2. 'Not' + (objek)
'Not' boleh bermakna 'bukan'.
Struktur ini diguna bagi :
1. Objek : Semua objek, iaitu 'I, he,she, it, this, that, singular, we, you, they, these, those, plural'.
2. Masa : Dahulu atau sekarang (hal bukan itu ujud pada masa dahulu atau sekarang. Struktur ini tidak ada kena mengena dengan faktor masa).
English | Melayu |
Not me | Bukan saya |
Not I | (Salah) |
Not him | Bukan dia |
Not he | (Salah) |
Not her | Bukan dia |
Not she | (Salah) |
Not us | Bukan kami |
Not we | (Salah) |
Not them | Bukan mereka |
Not they | (Salah) |
Not Ali | Bukan Ali |
Not Ali and Abu | Bukan Ali dan Abu |
Not for sale | Bukan untuk jualan |
They make money not art | Mereka buat duit bukan seni |
It is not money that matter | Bukan duit yang penting |
Not just a label | Bukan hanya suatu jenama |
Eat this, not that | Makan yang ini, bukan yang itu |
Ringkasan
English | Struktur | Objek | Masa |
No | No | (Tidak berkenaan) | (Tidak berkenaan) |
Not | Not + (objek) | (Tidak berkenaan) | (Tidak berkenaan) |
No comments:
Post a Comment