Berkata 'belum di(pasif)' bermaksud 'berkata 'belum di...' dalam bentuk 'pasif'.
Contohnya, kadang-kadang kita mahu berkata 'kereta saya belum dicuci'. Ini adalah pernyataan 'belum' tapi dalam bentuk pasif. Ia mengandungi perkataan belum di(pasif).
Dalam bahasa Inggeris, kita gunakan salah satu kombinasi perkataan/frasa berikut :
'Has not been' + ('past participle').
'Have not been' + ('past participle').
'Had not been' + ('past participle').
Perkataan-perkataan 'has not', 'have not', 'had not' bererti 'belum'. Kombinasi perkataan 'been + ('past participle')' membawa bentuk 'pasif'.
Frasa-frasa ini digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'has not been' + ('past participle').
2. (Objek) + 'have not been' + ('past participle').
3. (Objek) + 'had not been' + ('past participle').
Ingat :
- Perkataan 'has' digunakan jika 'objek' ialah 'singular', dan hal 'belum' itu ujud dari dahulu berlanjutan hingga sekarang.
- Perkataan 'have' digunakan jika 'objek' ialah 'I, you, plural', dan hal 'belum' itu ujud dari dahulu berlanjutan hingga sekarang.
- Perkataan 'had' digunakan jika 'objek' ialah semua samada 'singular, I, you, plural', dan hal 'belum' itu ujud dari dahulu berlanjutan hingga satu masa dahulu juga.
- Frasa 'has not', 'have not', 'had not', bermakna 'belum'.
- Perkataan 'been' bermakna 'di' bagi masa 'perfect tense' (samada 'present perfect tense', 'past perfect tense', 'future perfect tense').
- Perkataan 'past participle' digunakan bagi bentuk pasif.
- 'Belum' sepadan dengan masa 'Perfect tense'.
1. (Objek) + 'has not been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'has not been' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal belum di... itu ujud pada masa dahulu berlanjutan hingga sekarang).
English | Melayu | English | Melayu |
Update | Kemaskini | The website has not been updated | Laman web itu belum dikemaskini |
Test | Uji | The formula has not been tested | Formula itu belum diuji |
Resolve | Selesaikan | The problem has not been resolved | Masalah itu belum diselesaikan |
Pay | Bayar | The debt has not been paid | Hutang itu belum dibayar |
Revalue | Nilai semula | The house has not been revalued | Rumah itu belum dinilai semula |
Catitan :
- Walaupun tempoh tidak dinyatakan, tapi bila struktur ini digunakan, penutur bermaksud hal itu adalah 'Present Perfect tense'.
2. (Objek) + 'have not been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti frasa 'have not been' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' (dahulu hingga sekarang - hal belum di... itu ujud pada masa dahulu berlanjutan hingga sekarang) .
English | Melayu | English | Melayu |
Ask | Suruh | I have not been asked to participate | Saya belum disuruh untuk turut serta |
Estimate | Anggar | The expenses have not been estimated | Perbelanjaan-perbelanjaan itu belum dianggarkan |
Treat | Layan | They have not been treated fairly | Mereka belum dilayan dengan adil |
Receive | Terima | The mails have not been received | Surat-surat itu belum diterima |
Catitan :
- Walaupun tempoh tidak dinyatakan, tapi bila struktur ini digunakan, penutur bermaksud hal itu adalah 'Present Perfect tense'.
3. (Objek) + 'had not been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had not been' diikuti dengan perkataan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, singular, I, you, we, they, these, those, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' (dahulu hingga dahulu - (hal belum di... itu ujud pada masa dahulu berlanjutan hingga satu masa dahulu juga) .
English | Melayu | English | Melayu |
Update | Kemaskini | The website had not been updated in 2012 | Laman web itu belum dikemaskini pada tahun 2012 |
Test | Uji | The formula had not been tested in 2012 | Formula itu belum diuji pada tahun 2012 |
Resolve | Selesai | The problem had not been resolved in 2012 | Masalah itu belum diselesaikan pada tahun 2012 |
Pay | Bayar | The debt had not been paid in 2012 | Hutang itu belum dibayar pada tahun 2013 |
Revalue | Nilai semula | The house had not been revalued | Rumah itu belum dinilai semula |
Ask | Suruh | I had not been asked to participate | Saya belum disuruh untuk turut serta |
Estimate | Anggar | The expenses had not been estimated | Perbelanjaan-perbelanjaan itu belum dianggarkan |
Treat | Layan | They had not been treated fairly | Mereka belum dilayan dengan adil |
Receive | Terima | The mails had not been received | Surat-surat itu belum diterima |
Catitan :
- Walaupun tempoh tidak dinyatakan, tapi bila struktur ini digunakan, penutur bermaksud hal itu adalah 'Past Perfect tense'.
Ringkasan :
Struktur | Objek | Masa ('Tense') | Bentuk |
(Objek) + has not been + ('past participle') | Singular | Present Perfect tense | Pasif |
(Objek) + have not been + ('past participle') | I, you, plural | Present Perfect tense | Pasif |
(Objek) + had not been + ('past participle') | Semua | Past Perfect tense | Pasif |
No comments:
Post a Comment