Pernah bermaksud sesuatu perbuatan ('verb') atau bukan perbuatan ('non-verb') itu ada berlaku atau terjadi sekurang-kurangnya sekali sebelum ini.
Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan/frasa yang bermaksud pernah iaitu :
'Ever'.
'Has ever'.
'Have ever'.
'Had ever'.
'Has ever been'.
'Have ever been'.
'Had ever been'.
'Has'.
'Have'.
'Had'.
'Has been'.
'Have been'.
'Had been'.
Perkataan-perkataan/frasa-frasa tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Ever'
2. (Objek) + 'ever' + ('past participle').
3. (Objek) + 'has ever had' + ('non-verb').
4. (Objek) + 'have ever had' + ('non-verb').
5. (Objek) + 'had ever had' + ('non-verb').
6. (Objek) + 'has ever been' + ('non-verb').
7. (Objek) + 'have ever been' + ('non-verb').
8. (Objek) + 'had ever been' + ('non-verb').
9. (Objek) + 'has ever' + ('past participle').
10.(Objek) + 'have ever' + ('past participle').
11.(Objek) + 'had ever' + ('past participle').
12.(Objek) + 'has ever been' + ('past participle').
13.(Objek) + 'have ever been' + ('past participle').
14.(Objek) + 'had ever been' + ('past participle').
15.(Objek) + 'has' + ('past participle').
16.(Objek) + 'have' + ('past participle').
17.(Objek) + 'had' + ('past participle').
18.(Objek) + 'has been' + ('past participle').
19.(Objek) + 'have been' + ('past participle').
20.(Objek) + 'had been' + ('past participle').
21.(Objek) + 'had' + ('non-verb').
1. 'Ever'
'Ever' bermakna pernah.
Ia boleh digunakan secara tunggal, tidak bergantung kepada objek tertentu, dan tidak bergantung kepada masa.
English | Melayu |
Nothing interesting ever happens here | Tiada yang menarik pernah berlaku di sini |
Do you ever say 'no' ? | Adakah awak pernah berkata 'tidak' ? |
They wonder whether they will ever catch the last train home | Mereka ragu samada mereka akan pernah dapat keretapi terakhir untuk balik ke rumah |
Was he ever in the army ? | Adakah dia pernah berada dalam tentera ? |
If you ever need any help, just let me know | Jika awak pernah mahukan apa-apa pertolongan, beritahu saja saya |
The method rarely, if ever, fails | Cara itu jarang-jarang, kalau pernah, gagal |
It is the largest ever trade fair | Ia adalah pameran perdagangan yang terbesar pernah diadakan |
None of us will ever forget this wonderful time | Tiada siapa antara kita akan pernah lupa saat indah ini |
If you ever change your mind, let me know | Jika awak pernah pada bila-bila masa bertukar fikiran, sila beritahu saya |
2. Struktur : (Objek) + 'ever' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'ever' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular,plural').
2. Masa : 'Past tense' - Dahulu (Hal pernah itu berlaku pada masa yang telah lalu).
English | Melayu | English | Melayu |
Create | Cipta | The longest word ever created is ... | Perkataan paling panjang pernah dicipta ialah ... |
Make | Buat | The worst mistake you ever made | Kesalahan paling teruk yang pernah awak buat |
Happen | Berlaku | The worst accident ever happened | Kemalangan paling buruk pernah berlaku |
Write | Tulis | The best thing ever written | Hal terbaik pernah ditulis |
Build | Bina | No security ever built | Tiada langkah keselamatan pernah dibina |
3. Struktur : (Objek) + 'has ever had' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has ever had' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Dahulu hingga sekarang (Hal pernah itu ujud dari dulu hingga sekarang).
English | Melayu |
Ali is the best friend Abu has ever had | Ali merupakan kawan terbaik yang Abu pernah punyai |
No one has ever had the slightest idea of what it looked like | Tiada siapa pernah ada idea macamana rupanya |
The most hygenic friend your child has ever had | Kawan yang paling bersih anak awak pernah ada |
That is the only job that he has ever had | Itulah sahaja kerja yang dia pernah ada |
One of the greatest football brains Manchester United has ever had | Seorang daripada pemain bolasepak terunggul yang Manchester United pernah ada |
4. Struktur : (Objek) + 'have ever had' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (objek) tertentu diikuti perkataan 'have ever had' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they' dan lain-lain 'Plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Dahulu hingga sekarang (Hal pernah itu ujud dari dulu hingga sekarang).
English | Melayu |
He is the best teacher I have ever had | Dia guru terbaik pernah saya ada |
It is the worst experience I have ever had in my life | Itulah pengalaman paling buruk pernah saya alami dalam hidup saya |
This is the shortest meeting I have ever had | Inilah mesyuarat paling pendek pernah saya hadhiri |
The 20 best ideas by people on the internet have ever had are ... | 20 idea terbaik oleh orang di internet pernah ada ialah ... |
We'll have what none of us have ever had before | Kita akan mempunyai apa yang tidak seorang pun antara kita pernah ada sebelum ini |
5. Struktur : (Objek) + 'had ever had' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had ever had' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past Perfect tense' - Dahulu hingga dahulu (Hal pernah itu ujud pada tempoh masa yang telah lalu).
English | Melayu |
He was the best teacher I had ever had | Dia guru terbaik pernah saya ada |
Yesterday was the best day I had ever had in all my life | Semalam adalah hari terbaik pernah saya ada dalam hidup saya |
My eighteenth birthday was the worst day I had ever had | Harijadi yang ke lapan belas merupakan hari paling teruk yang pernah saya alami |
They were the most warm people I had ever had the pleasure to meet | Mereka merupakan orang-orang yang paling mesra yang pernah saya seronok menemui |
When something was gone it made no difference whether you had ever had it in the first place or not | Jika sesuatu telah tiada ia tidak menjadikan apa-apa perbezaan samada kita dulu pernah memilikinya atau tidak |
6. Struktur : (Objek) + 'has ever been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has ever been' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Dahulu hingga sekarang (Fakta pernah itu benar dari dulu hingga sekarang).
3. 'Non-verb' (bukan perbuatan).
English | Melayu |
Two places where no woman has ever been is White House and Senate | Dua tempat dimana tiada wanita pernah berada ialah Rumah Putih dan Dewan Senat |
The moon is closer to our reach then it has ever been | Bulan adalah lebih dekat dengan kita daripada yang pernah berlaku |
At 61.79, it is the lowest the Canadian Dollar has ever been | Pada 61.79, ia merupakan ringgit Kanada yang paling rendah pernah berada |
The list is about anyone who has ever been in music | Senarai ini ialah tentang sesiapa yang pernah berada dalam dunia muzik |
Nothing has ever been this right | Tiada apa-apa pernah betul seperti ini |
7. Struktur : (Objek) + 'have ever been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have ever been' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Dahulu hingga sekarang (Fakta pernah itu benar dari dulu hingga sekarang).
3. Bukan perbuatan ('non-verb').
English | Melayu |
I don't think I have ever been to his house | Saya tidak fikir saya pernah ke rumahnya |
Tougher opponents now than have ever been | Lawan-lawan yang lebih gagah sekarang daripada yang pernah ada |
Everywhere I have ever been | Mana-mana yang saya pernah berada |
The best extended stay we have ever been in is ... | Tempat tinggal terbaik pernah kami berada ialah ... |
If you have ever been to there, please tick | Jika awak pernah ke sana, sila tanda |
Get fitter than you have ever been this year | Jadilah lebih cergas daripada anda pernah rasa sebelumnya pada tahun ini |
8. Struktur : (Objek) + 'had ever been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had ever been' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, 'singular' dan 'plural'').
2. Masa : 'Past Perfect tense' - Dahulu hingga dahulu (Fakta pernah itu benar pada tempoh masa dahulu).
3. Bukan perbuatan ('non-verb').
English | Melayu |
He asked me if I had ever been in Tokyo | Dia tanya saya samada saya pernah berada di Tokyo |
In the past, there had ever been a closed labour market at the village level | Pada masa lalu, pernah terdapat pasaran buruh tertutup di peringkat kampung |
That was the first wedding to which I had ever been | Itu adalah majlis perkahwinan yang pertama saya pernah berada |
He is now responsible for more people than he had ever been responsible for in the past | Sekarang dia bertanggungjawab kepada lebih ramai orang daripada yang pernah dia bertanggungjawab pada masa lepas |
That was the nearest I had ever been to her | Itulah jarak paling dekat pernah saya alami dengan dia |
9. Struktur : (Objek) + 'has ever' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) diikuti perkataan 'has ever' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Dahulu hingga sekarang (hal pernah itu ujud dari satu masa lepas hingga sekarang).
3. Perbuatan ('verb').
English | Melayu | English | Melayu |
See | Nampak | Nobody has ever seen her smile | Tiada sesiapa yang pernah melihat dia senyum |
Say | Kata | Nobody has ever said that to me before | Tiada sesiapa yang pernah bercakap begitu terhadap saya sebelum ini |
Happen | Berlaku | Nothing like this has ever happened to us | Tidak ada hal seperti ini pernah berlaku kepada kami |
Climb | Panjat | Nobody has ever climbed that mountain | Tiada sesiapa pernah mendaki gunung itu |
Win | Menang | No Asian team has ever won the World Cup | Tiada pasukan Asia yang pernah memenangi Piala Dunia |
See | Nampak | Who has ever seen elephant ? | Siapa pernah lihat gajah ? |
Live | Hidup | He is the fastest man that has ever lived | Dialah orang paling pantas yang pernah ada |
10. Struktur : (Objek) + 'have ever' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have ever' diikuti dengan ('past participle').
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Dahulu hingga sekarang (Hal pernah itu berlaku satu masa dulu dan keadaannya berlanjutan hingga sekarang).
3. Perbuatan ('verb').
English | Melayu | English | Melayu |
Hear | Dengar | The most memorable compliment I have ever heard | Pujian paling berkesan pernah saya dengar |
Assemble | Kumpul | The best players you have ever assembled | Pemain-pemain paling bagus pernah anda kumpulkan |
Want | Mahu | The only girl that I have ever wanted | Gadis tunggal yang pernah saya mahukan |
Take | Ambil | The most amazing photo you have ever taken | Foto paling cantik pernah awak ambil |
Read | Baca | The most touching story I have ever read | Kisah paling menyentuh perasaan pernah saya baca |
11. Struktur : (Objek) + 'had ever' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had ever' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, 'singular' dan 'plural'').
2. Masa : 'Past Perfect tense' - Dahulu hingga dahulu (Hal pernah itu berlaku dalam temooh satu masa dulu).
3. Perbuatan ('verb').
English | Melayu | English | Melayu |
Ride | Tunggang | Previously neither of us had ever ridden a horse | Dulu tiada antara kami yang pernah menunggang kuda |
Ask | Tanya | It was the only serious question he had ever asked me | Itulah soalan serius yang tunggal dia pernah tanya saya |
See | Lihat | Siti was the most beautiful child that I had ever seen | Siti adalah kanak-kanak paling comel pernah saya lihat |
Sleep | Tidur | It was as if no one had ever slept there | Ianya seolah-olah tiada siapa pernah tidur di situ |
Happen | Berlaku | Nothing so dreadful had ever happened to her before | Tiada hal yang terlalu dahsyat pernah berlaku kepadanya sebelum ini |
12. Struktur : (Objek) + 'has ever been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had ever been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Dahulu hingga sekarang (Hal pernah itu ujud dari dulu hingga sekarang).
3. Perbuatan ('verb').
English | Melayu | English | Melayu |
Write | Tulis | The greatest document that has ever been written is ... | Dokumen paling penting yang pernah dituls ialah ... |
Accomplish | Capai | Nothing great in the world has ever been accomplished without passion | Tiada apa-apa yang agong di dunia ini pernah dicapai tanpa kesungguhan |
Make | Buat | It is a myth that no one has ever been made ill by a Genetically Modified food | Adalah satu dongeng bahawa tiada seorang pun pernah jatuh sakit disebabkan makanan yang diubah secara genetik |
Sue | Saman | How do I find out if a doctor has ever been sued for malpractice | Bagaimana saya boleh tahu bahawa seseorang doktor pernah disaman atas kesalahan melakukan salah amalan |
13. Struktur : (Objek) + 'have ever been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have ever been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Dahulu hingga sekarang (Hal pernah itu ujud dari dulu hingga sekarang).
3. Perbuatan ('verb').
English | Melayu | English | Melayu |
Elect | Pilih | Only four African Americans have ever been elected to the Senate in all of American history | Hanya empat rakyat Amerika keturunan Afrika pernah dilantik ke dalam Dewan Senat sepanjang sejarah Amerika |
Accept | Terima | I don’t think comics have ever been more widely accepted | Saya tidak fikir komik pernah diterima secara lebih meluas |
Bully | Buli | If you have ever been bullied, we want to hear from you | Kalau anda pernah dibuli, kami mahu mendengar pengalaman anda |
Ask | Tanya | I don't know whether this kind of questions have ever been asked before | Saya tidak tahu samada soalan-soalan seperti ini pernah ditanya sebelum ini |
Arrest | Tangkap | If you are asked whether you have ever been arrested ... | Jika awak ditanya samada awak pernah ditangkap ... |
14. Struktur : (Objek) + 'had ever been' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had ever been' diikuti dengan ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua ('I, you, 'singular', 'plural'').
2. Masa : 'Past Perfect tense' - Dahulu hingga dahulu (Hal pernah itu ujud pada satu tempoh masa dahulu).
3. Perbuatan ('verb').
English | Melayu | English | Melayu |
Take | Ambil | No photograph like this had ever been taken before we had done this | Tiada foto seperti ini pernah diambil sebelum kita mengambil foto yang ini |
Execute | Hukum | No king had ever been executed in England before the execution of Charles | Tidak ada raja pernah di hukum di England sebelum hukuman dibuat keatas Charles |
Allow | Benarkan | Very few had ever been allowed into the camp to film the recruitment stage | Hanya sedikit yang pernah dibenarkan masuk ke dalam kem untuk memfilemkan kemasukan anggota baru |
Carry | Jalankan | No vaccination had ever been carried out there during the period | Tiada suntikan petnah dilakukan di sana dalam tempoh itu |
Make | Buat | It was the first speech that had ever been made in English in that remote area | Itulah ucapan pertama yang pernah dibuat dalam bahasa Inggeris di kawasan terpencil itu |
15. Struktur : (Objek) + 'has' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has' diikuti dengan 'past participle'.
Struktur 'has' + 'past participle' digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Hal pernah itu telah berlaku pada masa lepas dan telah selesai tapi ada kemungkinan boleh berlaku lagi di masa depan.
3. Perbuatan ('verb').
English | Melayu | English | Melayu | Catitan |
See | Nampak | Ali has seen him | Ali pernah nampak dia | Ali ada nampak dia |
Receive | Terima | Ali has received money from him | Ali pernah terima wang dari dia | - |
Give | Beri | Ali has given loan to him | Ali pernah beri pinjam kepada dia | - |
Kick | Sepak | Ali has kicked him once | Ali pernah menyepak dia sekali | - |
Drop | Jatuh | The vase has dropped last month | Pasu bunga itu pernah jatuh bulan lepas | - |
Catitan :
- Struktur diatas boleh juga bermakna sudah.
16. Struktur : (Objek) + 'have' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Hal pernah itu telah berlaku pada masa lepas dan telah selesai tapi ada kemungkinan boleh berlaku lagi di masa depan.
3. Perbuatan ('verb').
English | Melayu | English | Melayu |
See | Nampak | I have seen him | Saya pernah nampak dia |
Receive | Terima | I have received money from him | Saya pernah terima wang dari dia |
Give | Beri | I have given loan to him | Saya pernah beri pinjam kepada dia |
Kick | Sepak | I have kicked him once | Saya pernah menyepak dia sekali |
Fail | Gagal | You have failed the driving test previously | Awak pernah gagal ujian memandu sebelum ini |
Catitan :
- Struktur diatas boleh juga bermakna sudah.
17. Struktur : (Objek) + 'had' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
Srtruktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those, singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' - dahulu hingga dahulu (Hal pernah itu telah berlaku pada satu tempoh masa lepas dan telah selesai dan dipercayai tidak akan berlaku lagi di masa depan).
3. Perbuatan ('verb').
English | Melayu | English | Melayu | Catitan |
See | Nampak | I had seen him | Saya pernah nampak dia | (Saya tak akan nampak dia lagi sebab dia sudah meninggal) |
Beat | Tewaskan | I had beaten him before | Saya pernah mengalahkan dia sebelum ini | (Saya pernah mengalahkan dia dan atas sesuatu sebab perkara itu tidak akan berlaku lagi) |
Lose | Kalah | I had lost to him last year | Saya pernah kalah dengan dia tahun lepas | (Saya pernah kalah pada dia dan atas sesuatu sebab perkara itu tidak akan berlaku lagi) |
Talk | Bercakap | I had talked with him before he died | Saya pernah bercakap dengan dia sebelum dia meninggal | (Saya pernah bercakap dengan dia dan kerana dia sudah meninggal perkara itu tidak akan berlaku lagi) |
Shake hand | Jabat tangan | I had shook hand with the first PM | Saya pernah berjabat tangan dengan PM yang pertama | (Saya pernah berjabat tangan dengan PM yang pertama dan atas sesuatu sebab perkara itu tidak akan berlaku lagi) |
Catitan :
- Struktur diatas boleh juga bermakna sudah.
18. Struktur : (Objek) + 'has been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has been' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
Struktur ini menggunakan perkataan 'has been'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - (Hal pernah itu telah ujud dan tamat tapi ada kemungkinan boleh berlaku lagi di masa depan).
3. Bukan perbuatan ('non-verb').
English | Melayu | Catitan |
He has been to my house | Dia pernah datang ke rumah saya | (Ada kemungkinan dia akan datang lagi) |
She has been a nuisance | Dia pernah jadi pengacau | (Pengucap percaya dia akan jadi pengacau lagi) |
He has been failed in love | Dia pernah gagal dalam bercinta | (Pengucap rasa dia boleh gagal lagi) |
He has been a striker for the team | Dia pernah jadi penyerang bagi pasukan itu | (Pengucap rasa dia boleh jadi penyerang lagi) |
She has been my teacher | Dia pernah jadi guru saya | (Pengucap rasa dia boleh jadi gurunya lagi) |
19. Struktur : (Objek) + 'have been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have been' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
Struktur ini menggunakan perkataan 'have been'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - (Hal pernah itu telah ujud dan tamat tapi masih ada kemungkinan boleh ujud lagi di masa depan).
3. Bukan perbuatan ('non-verb').
English | Melayu | Catitan |
You have been careless once | Awak pernah cuai sekali | (Dia cuai kali ini pengucap rasa dia boleh jadi cuai lagi) |
She has been very depressed last year | Dia pernah merasa sangat tertekan tahun lepas | (Pengucap rasa dia boleh jadi rasa tertekan lagi) |
You have been here before | Awak pernah berada disini sebelum ini | (Pengucap rasa dia boleh jadi berada di sini lagi) |
You have been warned | Awak pernah diberi amaran | (Pengucap rasa dia boleh jadi diberi amaran lagi) |
The Nobel Prizes have been awarded to women 44 times | Hadiah-hadiah Nobel pernah diberi kepada wanita 44 kali | (Pengucap rasa hadiah novel boleh jadi diberi lagi kepada wanita) |
20. Struktur : (Objek) + 'had been' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had been' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
Struktur ini menggunakan perkataan 'had been'.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those, singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' - (Hal pernah itu telah ujud dan tamat dan dipercayai tidak akan ujud lagi di masa depan).
English | Melayu | Catitan |
She had been a beauty queen | Dia pernah jadi ratu cantik | (Penutur bermaksud perempuan itu pernah jadi ratu cantik dan oleh sesuatu sebab maka dia tidak akan jadi ratu lagi) |
Ali had been a top student in the school | Ali pernah jadi pelajar paling cemerlang di sekolah itu | (Penutur bermaksud Ali pernah jadi pelajar cemerlang di sekolah itu dan oleh sesuatu sebab maka dia tidak akan jadi pelajar cemerlang lagi) |
They had been in jail | Mereka pernah dipenjarakan | (Penutur bermaksud mereka pernah dipenjarakan dan oleh sesuatu sebab maka mereka tidak akan dipenjarakan lagi) |
We had been to India | Kami pernah ke India | (Penutur bermaksud mereka pernah ke India dan oleh sesuatu sebab maka mereka tidak akan ke sana lagi) |
He had been the most successful boxer | Dia pernah jadi peninju yang paling berjaya | (Penutur bermaksud orang itu pernah jadi peninju paling berjaya dan oleh sesuatu sebab maka dia tidak akan jadi lagi) |
21. Struktur : (Objek) + 'had' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
'Had' boleh bermakna 'pernah ada' atau 'pernah mempunyai'.
English | Melayu |
I had a pen like yours | Saya pernah ada pen seperti awak punya |
Malaysia had a good football team in 60s | Malaysia pernah mempunyai pasukan bolasepak yang bagus dalam tahun 60an |
He had something to do with the burglary | Dia pernah ada kena mengena dengan rompakan itu |
Ringkasan :
Bil. | Perkataan | Struktur | Objek | Tense (Masa) |
1 | (objek) + has + (past participle) | singular | present perfect | |
2 | (objek) + have + (past participle) | I, you, plural | present perfect | |
3 | (objek) + had + (past participle) | semua | past perfect | |
4 | (objek) + has been | singular | present perfect | |
5 | (objek) + have been | I, you, plural | present perfect | |
6 | (objek) + had been | semua | past perfect | |
7 | (objek) + had | semua | past perfect | |
8 | (objek) + | |||
9 | (objek) + | |||
10 | (objek) + | |||
11 | (objek) + | |||
12 | (objek) + | |||
13 | (objek) + | |||
14 | (objek) + | |||
15 | (objek) + | |||
16 | (objek) + | |||
17 | (objek) + | |||
18 | (objek) + | |||
19 | (objek) + | |||
20 | (objek) + | |||
21 | (objek) + | |||
(objek) + |
No comments:
Post a Comment