Tidak pernah bermaksud sesuatu 'verb' (perbuatan) atau 'non-verb' (bukan perbuatan) itu tidak pernah berlaku atau terjadi walaupun sekali dan tidak ada jangkaan atau kemungkinan untuk berlaku atau terjadi.
Bezanya tidak pernah dengan belum pernah ialah dalam belum pernah ada jangkaan untuk sesuatu hal itu berlaku atau terjadi tetapi bagi tidak pernah, tiada jangkaan untuk berlaku atau terjadi.
Contohnya : Saya tidak pernah pergi ke England. Saya belum pernah pergi ke England.
Dalam bahasa Inggeris, ada beberapa perkataan/frasa yang boleh digunakan bagi menyatakan tidak pernah :
'Never'.
'Has never'.
'Have never'.
'Had never'.
'Has never been'.
'Have never been'.
'Had never been'.
Perkataan-perkataan itu digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. 'Never'
2. (Objek) + 'has never' + ('past participle').
3. (Objek) + 'have never' + ('past participle').
4. (Objek) + 'had never' + ('past participle').
5. (Objek) + 'has never been' + ('non-verb').
6. (Objek) + 'have never been' + ('non-verb').
7. (Objek) + 'had never been' + ('non-verb').
8. (Objek) + 'has never been' + ('past participle').
9. (Objek) + 'have never been' + ('past participle').
10.(Objek) + 'had never been' + ('past participle').
1. 'Never'
'Never' digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, singular, I, we, you, they, these, those, plural'.
2. Masa : Kelaziman (Hal tidak pernah itu adalah kelaziman atau kebiasaan samada pada masa dulu atau masa sekarang).
English | Melayu |
Q: Have you been in jail ? A : Never | S : Adakah awak pernah berada dalam penjara ? J : Tidak pernah |
I never love her | Saya tidak pernah cintakan dia |
He never like biology | Dia tidak pernah suka ilmu biologi |
She never late | Dia tidak pernah lambat |
Ali is never on time | Ali tidak pernah tepat pada masanya |
Siti never saw Ali in sarong | Siti tidak pernah nampak Ali memakai kain pelekat |
It is never too late to learn | Ianya tidak pernah terlalu lewat untuk belajar |
I never imagined myself going home this late | Saya tidak pernah bayangkan saya pulang ke rumah begini lewat |
I never thought he was capable of doing something so cruel | Saya tidak pernah terfikir dia mampu buat hal sekejam itu |
Catitan :
- 'Never' juga boleh bermakna tidak sekali-kali!.
2. Struktur : (Objek) + 'has never' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'has never' diikuti ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Dahulu hingga sekarang (Hal tidak pernah itu telah bermula pada masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
See | Nampak | Ali has never seen him | Ali tidak pernah nampak dia |
Receive | Terima | Ali has never received money from him | Ali tidak pernah terima wang dari dia |
Give | Beri | Ali has never given loan to him | Ali tidak pernah beri pinjam kepada dia |
Kick | Sepak | Ali has never kicked him | Ali tidak pernah menyepak dia |
Drop | Jatuh | The vase has never dropped | Pasu bunga itu tidak pernah jatuh |
Repeat | Ulang | The feeling has never repeated itself | Perasaan itu tidak pernah berulang |
3. Struktur : (Objek) + 'have never' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'have never' diikuti ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Dahulu hingga sekarang (Hal tidak pernah itu telah bermula pada masa lepas dan berlanjutan hingga sekarang).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu |
See | Nampak | I have never seen him | Saya tidak pernah nampak dia |
Receive | Terima | I have never received money from him | Saya tidak pernah terima wang dari dia |
Give | Beri | I have never given loan to him | Saya tidak pernah beri pinjam kepada dia |
Kick | Sepak | I have never kicked him even once | Saya tidak pernah menyepak dia walau sekali |
Fail | Gagal | You have never failed the math test previously | Awak tidak pernah gagal ujian matematik sebelum ini |
4. Struktur : (Objek) + 'had never' + ('past participle')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'had never' diikuti ('past participle') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those, singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' - Dahulu (Hal tidak pernah itu telah berlaku dalam satu tempoh pada masa lepas dan telah selesai).
3. 'Verb' (perbuatan).
English | Melayu | English | Melayu | Catitan |
See | Nampak | I had never seen him before he came here | Saya tidak pernah nampak dia sebelum dia datang ke sini | (saya tak akan nampak dia lagi sebab dia sudah meninggal) |
Beat | Tewaskan | I had never beaten him in 2011 | Saya tidak pernah mengalahkan dia pada tahun 2011 | (tapi saya pernah kalahkan dia selepas itu) |
Lose | Kalah | I had never lost to him last year | Saya tidak pernah kalah dengan dia tahun lepas | (tapi saya kalah pada tahun ini) |
Talk | Bercakap | I had never talked with him before he died | Saya tidak pernah bercakap dengan dia sebelum dia meninggal | |
Shake hand | Jabat tangan | I had never shook hand with the first PM | Saya tidak pernah berjabat tangan dengan PM yang pertama |
Catitan
- Hal tidak pernah itu tidak mungkin menjadi pernah pada masa hadapan.
5. Struktur : (Objek) + 'has never been' + ('non-verb')
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Dahulu hingga sekarang (Hal yang tidak pernah itu bermula pada masa lepas dan berterusan hingga sekarang).
3. Bukan perbuatan ('non-verb') iaitu keadaan, situasi, status, ciri, sifat dsb.
English | Melayu |
She has never been to my house | Dia tidak pernah ke rumah saya |
He has never been in love | Dia tidak pernah bercinta |
Ali has never been to India | Ali tidak pernah ke India |
She has never been successful in her attempts | Dia tidak pernah berjaya dalam percubaan-percubaannya |
He has never been kind to Abu | Dia tidak pernah baik dengan Abu |
6. Struktur : (Objek) + 'have never been' + ('non-verb')
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present Perfect tense' - Dahulu hingga sekarang (Hal yang tidak pernah itu bermula pada masa lepas dan berterusan hingga sekarang).
3. Bukan perbuatan ('non-verb') iaitu keadaan, situasi, status, ciri, sifat dsb.
English | Melayu |
You have never been to my house | Awak tidak pernah ke rumah saya |
I have never been in love | Saya tidak pernah bercinta |
We have never been to India | Kami tidak pernah ke India |
We have never been able to locate him | Kami tidak pernah dapat menjejaknya |
They have never been on our side | Mereka tidak pernah berada dipihak kita |
7. Struktur : (Objek) + 'had never been' + ('non-verb')
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : Semua iaitu 'I, he, she, it, this, that, you, we, they, these, those, singular, plural'.
2. Masa : 'Past Perfect tense' - Dahulu hingga dahulu (Hal tidak pernah itu telah berlaku dalam satu tempoh pada masa lepas dan telah selesai).
3. Bagi bukan perbuatan ('non-verb') iaitu keadaan, situasi, status, ciri, sifat dsb.
4. Hal tidak pernah itu tidak mungkin menjadi pernah pada masa sekarang dan masa hadapan.
English | Melayu | Catitan |
The atomic bomb had never been used in india during WW2 | Bom atom tidak pernah digunakan di India semasa perang dunia kedua | |
The first prime minister had never been to my house | Perdana menteri yang pertama tidak pernah datang ke rumah saya | (tapi tiada lagi kemungkinan untuk dia datang kerana dia sudah meninggal dunia) |
He had never been in jail | Dia tidak pernah masuk penjara | |
We had never been on their side | Kami tidak pernah berada di pihak mereka | |
She had never been unfaithful | Dia tidak pernah tidak setia |
Ringkasan :
Bil. | Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
1 | Never | Never | Semua | dulu atau sekarang | Negatif |
2 | Has never + ('past participle') | (Objek) + has never + ('past participle') | Singular | Present Perfect tense | Negatif |
3 | Have never + ('past participle') | (Objek) + have never + ('past participle') | I, you, plural | Present Perfect tense | Negatif |
4 | Had never + ('past participle') | (Objek) + had never + ('past participle') | Semua | Past Perfect tense | Negatif |
5 | Has never been + ('non-verb') | (Objek) + has never been + ('non-verb') | Singular | Present Perfect tense | Negatif |
6 | Have never been + ('non-verb') | (Objek) + have never been + ('non-verb') | I, you, plural | Present Perfect tense | Negatif |
7 | Had never been + ('non-verb') | (Objek) + had never been + ('non-verb') | Semua | Past Perfect tense | Negatif |
8 | Has never been + ('past participle') | (Objek) + has never been + ('past participle') | Singular | Present Perfect tense | Negatif |
9 | Have never been + ('past participle') | (Objek) + have never been + ('past participle') | I, you, plural | Present Perfect tense | Negatif |
10 | Had never been + ('past participle') | (Objek) + had never been + ('past participle') | Semua | Past Perfect tense | Negatif |
No comments:
Post a Comment