Wednesday, November 24, 2010

601. Kelemahan bahasa Inggeris

Kelemahan bahasa Inggeris

Ada beberapa hal yang membuat adanya kelemahan atau pembaziran dalam bahasa Inggeris.

1. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dia' meliputi kedua-dua lelaki dan perempuan, tetapi dalam bahasa Inggeris, tiada perkataan yang bermakna 'dia' yang meliputi kedua-dua lelaki dan perempuan. Dalam bahasa Inggeris, 'he' bermakna 'dia' tapi bagi laki-laki, manakala 'she' juga bermakna 'dia' tapi bagi perempuan.

2. Adalah tidak jelas apakah manafaat membahagikan 'verb' kepada 'action' dan 'non-action' sehingga ada peraturan dalam penggunaannya. Rasanya ini satu 'redundancy' (ada tapi tak berguna) dalam bahasa Inggeris.

3. Adalah tidak jelas apakah manafaat adanya 'tenses' sehingga ada peraturan dalam penggunaannya. Rasanya ini satu 'redundancy' (ada tapi tak berguna) dalam bahasa Inggeris.

4. Bahasa Inggeris, walapun digunakan oleh ramai manusia di dunia, tetapi merupakan bahasa yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Tiada perkataan yang merangkumi kedua-dua jantina. Yang ada ialah 'he' dan 'she'. Tiada 'dia'.

5. Bahasa Inggeris menganggap Tuhan sebagai lelaki ('he').

6. Perhatikan ayat ini : "Toll booths are manned by women". Mengapa bukan "toll booths are womenned by women" ? Ini menunjukkan bahasa Inggeris adalah bahasa rasis/apartheid. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang digunakan ialah 'dikendalikan'. Perkataan Melayu ini tidak menggunakan 'jantina'. Tiada unsur rasis dalam perkataan Melayu ini.

7. Adalah tidak jelas apakah manafaat membezakan antara 'a' dan 'an' sehingga ada peraturan dalam penggunaannya. Rasanya ini satu 'redundancy' (ada tapi tak berguna) dalam bahasa Inggeris.

8. Bahasa Inggeris digunakan dengan meluas kerana penaklukan.

9. Olehkerana bahasa Inggeris dipertuturkan oleh ramai penganut Kristian dan banyak bible ditulis atau diterjemah dari bahasa ini maka orang Inggeris menterjemah 'Allah' sebagai 'the God' kerana dalam agama Kristian tidak ada nama khusus bagi Tuhan ('god').

10. Adalah tidak jelas apakah manafaat membezakan antara 'singular' dan 'plural' sehingga ada peraturan dalam penggunaannya. Rasanya ini satu 'redundancy' (ada tapi tak berguna) dalam bahasa Inggeris.

11.Adalah tidak jelas apakah manafaat mengadakan 'past participle' sehingga ada peraturan dalam penggunaannya. Rasanya ini satu 'redundancy' (ada tapi tak berguna) dalam bahasa Inggeris.

12.Adalah tidak jelas apakah manafaat membezakan antara 'countable' dan 'uncountable' sehingga ada peraturan dalam penggunaannya. Rasanya ini satu 'redundancy' (ada tapi tak berguna) dalam bahasa Inggeris.

Catitan :

Rata-rata bahasa Inggeris mempunyai ejaan-ejaan perkataan yang lebih pendek dan mempunyai bilangan sukukata yang kurang dari bahasa Melayu. Ini dapat menjimatkan masa dalam penulisan, pertuturan dan pendengaran.

No comments: