Ingat : 'Future Perfect tense' adalah tempoh masa bagi perbuatan yang akan berlaku pada tempoh masa akan datang.
Berikut ialah beberapa bentuk bagi 'future perfect tense - for the present' bagi 'action verb':
1. Bentuk aktif.
2. Bentuk negatif.
3. Bentuk pasif.
4. Bentuk negatif dan pasif.
Tiap-tiap bentuk mempunyai struktur tertentu dalam penggunaannya.
1. 'Future perfect tense - for the present' (bagi 'action verb') bentuk aktif
Berikut ialah struktur yang digunakan untuk menunjukkan 'Future Perfect tense - for the present' (bagi 'action verb') dalam bentuk aktif :
(Objek) + 'will' + 'have' + ('past participle').
Dalam struktur ini, perkataan 'will have + ('past participle')' digunakan.
Struktur ini digunakan jika perbuatan akan berlaku pada masa akan datang dan tamat pada satu masa yang tertentu pada masa hadapan.
Dalam bahasa Melayu, struktur ini mungkin membawa makna akan sudah.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Future 2 Simple'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - will have | Melayu |
sleep | tidur | she will have fallen asleep by the time we get home | dia akan sudah tidur bila kita sampai di rumah |
Make | Buat | I will have made the dinner by 6 | Saya akan sudah sediakan makan malam pada jam 6 |
Spend | Belanjakan | I will have spent all my money by this time next year | Saya akan sudah belanjakan semua wang saya pada tahun hadapan pada waktu ini |
Run | Lari | I will have run successfully in next three marathons if I can finish this one | Saya akan sudah dapat lari dengan jayanya pada tiga marathon akan datang jika boleh habiskan yang ini |
Work | Kerja | By this time next week, I will have worked on this project for twenty days | Pada masa sebegini bulan hadapan, saya akan sudah berkerja dalam projek ini selama dua puluh hari |
Finish | Lengkap | Before he sees his publisher, Siti will have finished four chapters in his new novel | Sebelum berjumpa penerbitnya, Siti akan sudah menyiapkan empat bab dari novel barunya |
Complete | Siap | They will have completed the project before the deadline | Mereka akan sudah menyiapkan kerja itu sebelum tarikh akhir |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'will have + (past participle)' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan dan tamat pada masa depan.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will' + 'have' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will' diikuti perkataan 'have' diikuti dengan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' atau 'plural').
- 5. Perkataan 'will' bermakna 'akan'.
- 6. Perkataan 'will' digunakan bagi masa depan bagi masa sekarang.
- 7. Apabila digandingkan dengan 'past participle', perkataan 'have' bermakna 'sudah'.
- 8. Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi menunjukkan 'perfect tense'.
- 9. Tiada frasa 'will has' dan 'will had'.
2. 'Future perfect tense - for the present' (bagi 'action verb') bentuk negatif
Berikut ialah struktur yang boleh digunakan yang menunjukkan 'Future Perfect tense - for the present' (bagi 'action verb') bentuk negatif :
(Objek) + 'will not' + 'have' + ('past participle').
Struktur ini menggunakan frasa 'will not have + ('past participle')'.
Dalam bahasa Melayu, struktur ini mungkin membawa makna tidak akan sudah.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Future 2 Simple'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - will not have | Melayu |
Sleep | Tidur | She will not have fallen asleep by the time we get home | Dia tidak akan sudah tidur bila kita sampai di rumah |
Make | Buat | I will not have made the dinner by 6 | Saya tidak akan sudah sediakan makan malam pada jam 6 |
Spend | Belanjakan | I will not have spent all my money by this time next year | Saya tidak akan sudah belanjakan semua wang saya pada tahun hadapan pada waktu ini |
Run | Lari | I will not have run successfully in next three marathons if I fail this one | Saya tidak akan dapat lari dengan jayanya pada tiga marathon seterusnya jika saya gagal yang ini |
Work | Kerja | By this time next week, I will not have worked on this project for twenty days | Pada masa sebegini bulan hadapan, saya tidak akan sudah berkerja selama dua puluh hari |
Finish | Lengkap | Before he sees his publisher, Siti will not have finished four chapters in his new novel | Sebelum berjumpa penerbitnya, Siti tidak akan sudah menyiapkan empat bab dari novel barunya |
Catitan :
- 1. Apabila struktur ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan berlaku pada masa satu tempoh pada masa depan bagi masa sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'will not' + 'have' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will' diikuti perkataan 'not' diikuti perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' (bermakna 'akan') digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' atau 'plural').
- 5. Perkataan 'will' digunakan bagi masa depan bagi masa sekarang.
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bererti 'tidak'.
- 7. Perkataan 'will not' bermaksud 'tidak akan', bukan 'akan tidak'. Sedari struktur terbalik ini.
- 8. Apabila digandingkan dengan 'past participle', perkataan 'have' bermakna 'sudah'.
- 9. Apabila digandingkan dengan 'have', perkataan 'past participle' tertentu menunjukkan 'perfect tense'.
- 10. Dalam bahasa Melayu, frasa 'tidak akan sudah' boleh dikatakan kurang digunakan.
3. 'Future perfect tense - for the present' bagi 'action verb' bentuk pasif
Berikut ialah struktur yang digunakan bagi menunjukkan 'Future Perfect tense - for the present' (bagi 'action verb') dalam bentuk pasif :
(Objek) + 'will' + 'have' + 'been' + ('past participle').
Struktur ini menggunakan frasa 'will have been + ('past participle')'.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Future 2 Simple'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - will have been | Melayu |
Sleep | Tidur | The baby will have been slept by the time we get home | Bayi itu akan sudah ditidurkan bila kita sampai di rumah |
Make | Buat | The dinner will have been made by 8 | Makanan malam akan sudah disediakan pada jam 8 |
Spend | Belanjakan | All the money will have been spent by this time next year | Semua wang itu akan sudah dibelanjakan pada tahun hadapan pada waktu ini |
Run | Lari | The current marathon will have been run successfully if you want the other three | Marathon yang sekarang ini mesti dilaksanakan dengan jayanya jika awak mahu tiga yang lain |
Work | Kerja | The project will have been worked for twenty days by this time next week | Projek ini akan sudah dikerjakan selama dua puluh hari pada masa sebegini bulan hadapan |
Finish | Lengkap | Four chapters in her new novel will have been finished before she sees her publisher | Empat bab dari novel barunya akan sudah disiapkan sebelum dia berjumpa penerbitnya |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future perfect tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada satu tempoh pada masa depan dan sudah tamat.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk pasif ) : (Objek) + 'will' + 'have' + 'been' + ('past participle'). Iaitu 'objek' tertentu diikuti perkataan 'will' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek ('I, you, 'singular', 'plural').
- 5. Perkataan 'will' bermakna 'akan'.
- 6. Perkataan 'will' digunakan bagi masa depan bagi masa sekarang.
- 7. Dalam struktur ini, perkataan 'have' bermakna 'sudah'.
- 8. Dalam struktur ini, perkataan 'been' bermakna 'di'.
- 9. Perkataan 'past participle' tertentu digunakan menandakan hal 'pasif'.
- 10. Struktur ini bermaksud 'akan sudah di(pasif)'. Frasa ini biasa digunakan dalam bahasa Melayu.
- 11. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'will' + 'have' + ('present participle').
4. 'Future perfect tense - for the present' (bagi 'action verb' bentuk negatif dan pasif)
Berikut ialah struktur yang biasa digunakan bagi 'future perfect tense - for the present' (bagi 'action verb') bentuk negatif dan pasif :
(Objek) + 'will' + 'not' + 'have' + 'been' + ('past participle').
Struktur ini menggunakan frasa 'will not have been + ('past participle')'.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Future 2 Simple'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - will have | Melayu |
Execute | Laksana | By 6 p.m. tomorrow, the person will not have been executed | Menjelang jam 6 petang esok, orang itu tidak akan sudah dihukum |
Make | Buat | The dinner will not have been made by 6 p.m. tonight | Makanan malam ini tidak akan sudah disediakan pada jam 6 petang ini |
Spend | Belanjakan | All the money will not have been spent by this time next year | Semua wang itu tidak akan sudah dibelanjakan pada watu ini tahun hadapan |
Run | Lari | The next marathon will not have been run successfully if this one cannot finish | Marathon yang akan datang tidak akan dilaksanakan dengan jayanya jika yang ini tidak tamat |
Work | Kerja | By this time next week, the project will not have been worked for twenty days | Pada masa sebegini bulan hadapan, projek ini tidak akan sudah dikerjakan selama dua puluh hari |
Finish | Lengkap | Before he sees his publisher, even four chapters will not have been finished by him | Sebelum berjumpa penerbitnya, malah empat bab tidak akan sudah disiapkan olehnya |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future Perfect tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa hadapan dan berakhir pada masa hadapan juga (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will' + 'not' + 'have' + 'been' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua 'objek' iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'.
- 5. Perkataan 'will' digunakan bagi masa depan bagi masa sekarang.
- 6. Perkataan 'will' bermakna 'akan'.
- 7. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 8. Kombinasi 'will not' bermakna 'tidak akan', bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur terbalik ini.
- 9. Dalam struktur ini, perkataan 'have' bermakna 'sudah'.
- 10. Dalam struktur ini, perkataan 'been' bermakna 'di'.
- 11. Dalam struktur ini, perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi melambangkan hal 'pasif'.
- 12. Frasa 'tidak akan sudah di(pasif)' mungkin jarang digunakan dalam bahasa Melayu tetapi digunakan dalam contoh diatas untuk menunjukkan maksud dalam bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment