'Future tense' dikenali juga sebagai 'Simple Future tense'.
'Future tense' adalah masa akan datang.
'Future tense' bagi 'action verb' adalah masa 'action verb' yang akan berlaku pada masa akan datang.
'Future' (akan datang) boleh di bahagi 2 :
1. Akan datang bagi masa sekarang ('Future tense - for the present').
2. Akan datang bagi masa lepas ('Future tense - for the past').
Berikut adalah beberapa 'bentuk' bagi 'Future tense - for the present' :
1. Bentuk aktif.
3. Bentuk negatif.
2. Bentuk pasif.
4. Bentuk negatif dan pasif.
Tiap-tiap bentuk mempunyai struktur tertentu bila digunakan.
1. 'Future tense - for the present' bagi 'action verb' bentuk aktif
Ada beberapa struktur yang digunakan bagi 'Future tense - for the present' (bagi 'action verb') dalam bentuk aktif :
1.1. Struktur : (Objek) + 'will' + ('action verb').
1.2. Struktur : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + ('action verb').
1.1 Struktur penggunaan : (Objek) + 'will' + ('action verb').
Dalam struktur ini, perkataan 'will' digunakan.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - will | Melayu |
Come | Datang | I will come to your house after this | Saya akan datang ke rumah awak selepas ini |
Go | Pergi | She will go to town later | Dia akan pergi ke bandar kemudian ini |
Try | Cuba | I will try it again | Saya akan cuba lagi |
Happen | Berlaku | Accidents will happen | Kemalangan-kemalangan akan berlaku |
Visit | Lawat | He will visit his uncle | Dia akan melawat pakciknya |
Finish | Habis | Someone will finish the work by 6:00 PM | Seseorang akan habis bekerja pada pukul 6 petang |
Pos | I will mail the gift | Saya akan poskan hadiah itu |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'will' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will' diikuti dengan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
- 5. Selepas perkataan 'will', 'action verb' mestilah menggunakan perkataan 'infinitive'.
- 6. 'Will' bermaksud 'akan'. Ia bermakna masa depan (bagi masa sekarang).
1.2 Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + ('action verb').
Dalam struktur ini, perkataan 'going to' (akan) digunakan untuk menggantikan 'will' iaitu masa depan (bagi masa sekarang).
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - going to | Melayu |
Meet | Jumpa | I am going to meet you tonight | Saya akan jumpa awak malam ini |
Tell | Beritahu | She is going to tell the teacher after this | Dia akan beritahu cikgu selepas ini |
Leave | Tinggalkan | She is going to leave the room | Dia akan meninggalkan bilik itu |
Look | Lihat | I am going to look at a house with my father | Saya akan melihat sebuah rumah dengan ayah saya |
Make | Buat | Salleh is going to make a beautiful dinner tonight | Salleh akan membuat satu makan malam yang indah malam ini |
Complete | Siap | They are going to complete the project before the deadline | Mereka akan menyiapkan projek itu sebelum tarikh akhir |
Wash | Cuci | At 9 PM tonight, Johan is going to wash the dishes | Pada pukul 9 malam ini, Johan akan mencuci pinggan mangkuk |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'going to' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'am' atau 'is' atau 'are' diikuti perkataan 'going to' diikuti dengan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I'. Perkataan 'is' digunakan bagi objek 'singular'. Perkataan 'are' digunakan bagi objek 'you, plural'. Ketiga-tiga perkataan itu juga menandakan masa depan bagi masa sekarang.
- 5. Selepas perkataan 'going to', 'action verb' mestilah menggunakan perkataan 'infinitive'.
- 6. 'Going to' bermaksud 'akan' (bagi masa sekarang) - boleh menggantikan 'will'.
2. 'Future tense - for present' bagi 'action verb' bentuk pasif
Ada beberapa struktur yang digunakan bagi 'Future tense - for the present' (bagi 'action verb') dalam bentuk pasif :
2.1. (objek) + will + be + ('past participle').
2.2. (objek) + am/is/are + going to + be + ('past participle').
2.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'will' + 'be' + ('past participle').
Dalam struktur ini, perkataan 'will' digunakan.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - will be | Melayu |
Visit | Lawat | My house will be visited by you after this | Rumah saya akan dilawati oleh awak selepas ini |
Visit | Lawat | The town will be visited by her later | Bandar itu akan dilawati olehnya kemudian |
Try | Cuba | It will be tried again | Ia akan dicuba lagi |
Visit | Lawat | His uncle will be visited by him | Pakciknya akan dilawati olehnya |
Finish | Habis | The work will be finished by 6 p.p | Kerja-kerja itu akan disiapkan pada pukul 6 petang |
Arrest | Tangkap | He will be arrested | Dia akan ditangkap |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai digunakan bagi 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk pasif ) : (Objek) + 'will' + 'be' + ('past participle'). Iaitu 'objek' tertentu diikuti perkataan 'will' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' dan 'plural').
- 5. Perkataan 'will' bermakna 'akan'.
- 6. Dalam struktur inu, perkataan 'be' bermakna 'di'.
- 7. Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi menandakan hal 'pasif'.
- 8. Kombinasi perkataan 'be' dengan 'past participle' bermakna 'di(pasif)'.
- 9. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'will' + ('action verb').
2.2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + 'be' + ('past participle').
Dalam struktur ini, frasa 'going to' (akan) digunakan untuk menggantikan 'will'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - going to be | Melayu |
Meet | Jumpa | You are going to be met by me tonight | Awak akan ditemui saya malam ini |
Tell | Beritahu | The teacher is going to be told by her after this | Cikgu itu akan diberitahu olehnya selepas ini |
Leave | Tinggalkan | The room is going to be left by her | Bilik ini akan ditinggalkan olehnya |
Change | Tukar | The water is going to be changed by Siti | Airnya akan ditukar oleh Siti |
Look | Lihat | A house is going to be looked by my father | Sebuah rumah akan dilihat oleh ayah saya |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + 'be' + ('past participle'). Iaitu 'objek' tertentu diikuti perkataan 'am/is/are' diikuti perkataan 'going to' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'am/is/are' bermaksud 'ialah/adalah/merupakan' tapi dalam bahasa Melayu boleh disenyapkan.
- 5. Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I'. Perkataan 'is' digunakan bagi objek 'singular'. Perkataan 'are' digunakan bagi objek 'you, plural'.
- 6. Perkataan 'going to' bermaksud 'akan' (bagi masa sekarang). Perkataan ini boleh menggantikan 'will'.
- 7. Dalam struktur ini, perkataan 'be' bererti 'di'.
- 8. Kombinasi perkataan 'be' dengan 'past participle' tertentu bermaksud 'akan di(pasif)'. Frasa ini biasa digunakan dalam bahasa Melayu. Perkataan 'past participle' digunakan bagi menandakan hal 'pasif'
- 9. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + ('action verb').
3. 'Future tense - for the present' bagi 'action verb' bentuk negatif
Ada beberapa struktur yang digunakan bagi 'Future tense - for the present' (bagi 'action verb') dalam bentuk 'negatif' :
3.1. (Objek) + 'will' + 'not' + ('action verb').
3.2. (object) + 'am/is/are' + 'not' + 'going to' + ('action verb').
3.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'will' + 'not' + ('action verb').
Struktur ini menggunakan perkataan 'will not' (Bererti 'tidak akan', bukan 'akan tidak').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - will not | Melayu |
Come | Datang | I will not come to your house after this | Saya tidak akan datang ke rumah awak selepas ini |
Go | Pergi | She will not go to town later | Dia tidak akan pergi ke bandar kemudian ini |
Try | Cuba | I will not try it again | Saya tidak akan mencubanya lagi |
Happen | Berlaku | Accidents will not happen | Kemalangan-kemalangan tidak akan berlaku |
Visit | Lawat | He will not visit his uncle today | Dia tidak akan melawat pakciknya hari ini |
Finish | Habis | Someone will not finish the work by 6:00 PM | Seseorang tidak akan habis bekerja pada pukul 6 petang |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' menggunakan 'will not' (dalam bentuk 'negatif') ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal akan berlaku pada masa depan bagi masa sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif') : (Objek) + 'will' + 'not' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua 'objek' samada 'I, you, singular' atau 'plural'. Perkataan 'will' juga melambangkan masa hadapan bagi masa sekarang.
5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
6. Kombinasi 'will not' bermakna 'tidak akan' bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur terbalik ini.
7. Kombinasi 'will not' biasa dipendekkan menjadi 'won't'.
8. 'Action verb' selepas perkataan 'going to' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
9. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'tidak akan' boleh dikatakan biasa digunakan.
3.2. Struktur penggunaan : (Object) + 'am/is/are' + 'not' + 'going to' + ('action verb').
Struktur ini menggunakan perkataan 'not going to' (bererti 'tidak akan' bukan 'akan tidak').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - not going to | Melayu |
Meet | Jumpa | I am not going to meet you tonight | Saya tidak akan jumpa awak malam ini |
Tell | Beritahu | She is not going to tell the teacher after this | Dia tidak akan beritahu cikgu selepas ini |
Leave | Tinggalkan | She is not going to leave the room | Dia tidak akan meninggalkan bilik itu |
Change | Tukar | I thought you are not going to change | Saya telah fikir awak tidak akan berubah |
Look | Lihat | I am not going to look at a house with my father | Saya tidak akan melihat sebuah rumah dengan ayah saya |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' menggunakan 'not going to' (dalam bentuk 'negatif') ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif') : (Objek) + 'am/is/are' + 'not going to' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'am/is/are' diikuti dengan perkataan 'not going to' diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I'. Perkataan 'is' digunakan bagi objek 'singular'. Perkataan 'are' digunakan bagi objek 'you, plural'.
- 5. Perkataan 'am/is/are' bererti 'ialah/adalah/merupakan' tapi dalam bahasa Melayu, ia biasanya disenyapkan.
- 6. Perkataan 'going to' juga melambangkan masa hadapan, bermaksud 'akan'. Ia boleh menggantikan 'will'.
- 7. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 8. Kombinasi 'not going to' bermakna 'tidak akan' bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur tidak terbalik ini.
- 9. 'Action verb' selepas perkataan 'going to' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- 10. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'tidak akan' boleh dikatakan biasa digunakan.
4. 'Future tense - for the present' bagi 'action verb' bentuk negatif dan pasif
Ada beberapa struktur yang digunakan bagi 'Future tense - for the present' (bagi 'action verb') dalam bentuk 'negatif' dan 'pasif'' :
4.1. (Objek) + 'will not' + 'be' + ('past participle').
4.2. (Objek) + 'am/is/are + 'not going to' + 'be' + ('past participle').
4.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'will not' + 'be' + ('past participle').
Struktur ini menggunakan perkataan 'will not be' (tidak akan di...).
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - will not be | Melayu |
Attend | Hadhir | Your house will not be attended by me after this | Rumah awak tidak akan dihadhiri oleh saya selepas ini |
Visit | Lawat | The town will not be visited by her later | Bandar ini tidak akan dilawati olehnya kemudian |
Try | Cuba | It will not be tried again | Ia tidak akan dicuba lagi |
Ram | Langgar | The car will not be rammed if he was careful | Kereta itu tidak akan dilanggar jika dia berhati-hati |
Visit | Lawat | His uncle will not be visited by him next month | Pakciknya tidak akan dilawati olehnya pada bulan hadapan |
Finish | Habis | The work will not be finished by 6 p.m tomorrow | Kerja itu tidak akan dihabiskan pada pukul 6 petang esok |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa hadapan (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will not' + 'be' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will not' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua 'objek' iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'. Ia juga menandakan akan datang bagi masa kini.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 6. Kombinasi 'will not' bererti 'tidak akan'.
- 7. Apabila diikuti dengan 'past participle', perkataan 'be' bererti 'di'.
- 8. Perkataan 'past participle' melambangkan 'pasif' (kena buat).
- 9. Frasa 'tidak akan di...' mungkin ada digunakan dalam bahasa Melayu.
4.2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'not going to' + 'be' + ('past participle').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - not going to | Melayu |
Meet | Jumpa | You are not going to be met by me tonight | Awak tidak akan dijumpa oleh says malam ini |
Tell | Beritahu | The teacher is not going to be told by her after this | Guru itu tidak akan diberitahu olehnya selepas ini |
Leave | Tinggalkan | The room is not going to be left by her tomorrow | Bilik itu tidak akan ditinggalkan olehnya esok |
Change | Tukar | I thought the pampers are not going to be changed | Saya telah fikir lampin itu tidak akan ditukar |
Look | Lihat | The house is not going to be looked by my father next week | Rumah itu tidak akan dilihat oleh ayah saya pada minggu hadapan |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa hadapan bagi masa kini (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini seperti perkataan 'non-verb'.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'am/is/are' + 'not going to' + 'be' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'am/is/are' diikuti dengan perkataan 'not going to' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'am' digunakan jika 'objek' ialah 'I'. Perkataan 'is' digunakan jika 'objek' ialah 'singular'. Perkataan 'are' digunakan jika 'objek' ialah 'you, plural'.
- 5. Perkataan 'am/is/are' bererti 'ialah/adalah/merupakan' tapi dalam bahasa Melayu, ia biasanya disenyapkan.
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 7. Perkataan 'not going to' bermakna 'tidak akan'.
- 8. Dalam struktur ini, perkataan 'be' bererti 'di'.
- 9. Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi melambangkan 'pasif' (kena buat).
- 10. Frasa 'tidak akan di...' mungkin ada digunakan dalam bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment