Ingat : 'Future Perfect tense' adalah tempoh masa bagi perbuatan yang akan berlaku pada tempoh masa akan datang. Jadi, 'Future Perfect tense - for the past' adalah tempoh masa bagi perbuatan yang akan berlaku pada tempoh masa akan datang bagi masa lepas.
Berikut ialah beberapa bentuk bagi 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'action verb' :
1. Bentuk aktif.
2. Bentuk negatif.
3. Bentuk pasif.
4. Bentuk negatif dan pasif.
Tiap-tiap bentuk mempunyai struktur tertentu dalam penggunaannya.
1. 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk aktif
Berikut ialah struktur yang digunakan untuk menunjukkan 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk aktif :
(Objek) + 'would' + 'have' + ('past participle').
Jika masa depan itu bagi masa lepas, maka perkataan 'would' akan digunakan.
'Would' adalah 'past tense' bagi 'will'.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional II Simple' atau 'Conditional Perfect tense'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - would | Melayu |
Buy | Beli | I would have bought that computer if it had been cheaper | Saya akan sudah beli komputer itu kalaulah ia lebih murah |
Pass | Lulus | I would have passed the exam if I had studied | Saya akan sudah lulus peperiksaan itu kalaulah saya belajar |
Get | Sampai | I knew he would have got home by then | Saya tahu dia sudah sampai di rumah pada waktu itu |
Finish | Habis | Dad would have finished work by that time | Ayah akan sudah habis berkerja pada waktu sedemikian |
Go | Pergi | If it had been a little warmer we would have gone for a swim | Jika ia sedikit lagi suam kami akan sudah pergi berenang |
Steal | Curi | If his passport had not been stolen, Adam would have gone to Brazil | Kalau paspotnya tidak kena curi, Adam akan sudah pergi ke Brazil |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future Perfect tense' menggunakan perkataan 'would + have + (past participle)' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan pada masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'would' + 'have' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would' diikuti perkataan 'have' diikuti dengan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' atau 'plural').
- 5. Perkataan 'would' bermakna 'akan'. Ia adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 6. Perkataan 'would' digunakan bagi masa depan bagi masa lepas.
- 7. Dalam struktur ini, perkataan 'have' bermakna 'sudah'.
- 8. Perkataan ('past participle') tertentu digunakan bagi menunjukkan 'perfect tense'.
- 9. Tiada frasa 'would has' dan 'would had'.
2. 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk negatif
Berikut ialah struktur yang boleh digunakan yang menunjukkan 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk 'negatif' :
(Objek) + 'would not' + 'have' + ('past participle').
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional II Simple' atau 'Conditional Perfect tense'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future Perfect tense - would not have | Melayu |
Buy | Beli | I would not have bought that computer if it had been dearer | Saya tidak akan sudah beli komputer itu kalaulah ia lebih mahal |
Pass | Lulus | I would not have passed the exam if I had not studied | Saya tidak akan sudah lulus peperiksaan itu kalaulah saya tidak belajar |
Get | Sampai | I knew he would not have got home by 6 | Saya tahu dia tidak sudah sampai di rumah pada pukul 6 |
Finish | Habis | It was half past five. Dad would not have finished work | Waktu itu jam enam setengah petang. Ayah tidak akan sudah habis berkerja |
Go | Pergi | If it had been a little colder we would not have gone for a swim | Jika ia sedikit lagi sejuk kami tidak akan sudah pergi berenang |
Steal | Curi | If his passport had been stolen, Adam would not have gone to Brazil | Kalau paspotnya kena curi, Adam tidak akan sudah pergi ke Brazil |
Catitan :
- 1. Apabila struktur ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan berlaku pada satu tempoh masa pada masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif') : (Objek) + 'would' + 'not' + 'have' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek samada 'I, you, singular' atau 'plural'.
- 5. Perkataan 'would' digunakan bagi masa depan bagi masa lepas. Ia adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bererti 'tidak'.
- 7. Perkataan 'would not' bermaksud 'tidak akan', bukan 'akan tidak'. Sedari struktur terbalik ini.
- 8. Apabila digandingkan dengan 'past participle', perkataan 'have' bermaksud 'sudah'.
- 9. Dalam struktur ini, perkataan ('past participle') tertentu digunakan bagi melambangkan 'perfect tense'.
- 10. Dalam bahasa Melayu, frasa 'tidak akan sudah' boleh dikatakan tidak biasa digunakan tetapi digunakan dalam contoh diatas untuk menunjukkan maksud 'tense' yang berkenaan.
3. 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk pasif
Berikut ialah struktur yang digunakan bagi menunjukkan 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'action verb' dalam bentuk pasif :
(Objek) + 'would' + 'have' + 'been' + ('past participle').
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional II Simple' atau 'Conditional Perfect tense'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future Perfect tense - would have been | Melayu |
Buy | Beli | The computer would have been bought if it had been cheaper | Komputer itu akan sudah dibeli kalaulah ia lebih murah |
Phone | Fon | He would have been phoned if I knew he have got home by then | Dia akan sudah ditelefon jika saya tahu dia sudah sampai di rumah pada waktu itu |
Finish | Habis | The work would have been finished | Kerja itu akan sudah habis dikerjakan |
Steal | Curi | His passport would have been stolen | Paspotnya akan sudah dicuri |
Throw | Ketepi | The story would have been thrown out | Cerita itu akan sudah diketepikan |
Repeal | Tamat | The law would have been repealed | Undang-undang itu akan sudah ditamatkan |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada satu tempoh pada masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk pasif) : (Objek) + 'would' + 'have' + 'been' + ('past participle'). Iaitu 'objek' tertentu diikuti perkataan 'would' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' dan 'plural').
- 5. Perkataan 'would' bermakna 'akan'. Ia adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 6. Perkataan 'would' digunakan bagi masa depan bagi masa lepas.
- 7. Apabila digandingkan dengan 'been + ('past participle'), perkataan 'have' bermaksud 'sudah'.
- 8. Apabila digandingkan dengan 'past participle', perkataan 'been' bermakna 'di'.
- 9. Dalam struktur ini, perkataan ('past participle') tertentu dugunakan bagi menandakan 'perfect tense'.
- 10. Struktur ini bermaksud 'akan sudah di(pasif)'. Frasa ini biasa digunakan dalam bahasa Melayu.
- 11. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'would' + 'have' + ('past participle').
4. 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk negatif dan 'pasif'
Berikut ialah struktur yang biasa digunakan bagi 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk negatif dan pasif :
(Objek) + 'would' + 'not' + 'have' + 'been' + ('past participle').
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional II Simple' atau 'Conditional Perfect tense'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future Perfect tense - would not have been | Melayu |
Buy | Beli | The computer would not have been bought if it had not been cheaper | Komputer itu tidak akan sudah dibeli kalaulah ia tidak lebih murah |
Pass | Lulus | The exam would not have been passed if I had not studied | Peperiksaan itu tidak akan sudah lulus kalaulah saya tidak belajar |
Finish | Habis | It was half past five. The work would not have been finished by dad | Waktu itu jam enam setengah petang. Kerja itu tidak akan sudah dihabiskan oleh ayah |
Kill | Bunuh | If Tan had driven more carefully, those people would not have been killed | Kalaulah Tan telah memandu dengan lebih berhati-hati, orang-orang itu tidak akan sudah terbunuh |
Entitle | Berhak | On this principle, if En Elyas had decided to go on hunger strike, the police would not have been entitled to administer forcible feeding | Diatas prinsip ini, jika En Elias sudah mengambil keputusan untuk mogok lapar, pihak Polis tidak akan sudah ada hak untuk memaksa beliau makan |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future perfect tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa hadapan dan berakhir pada masa hadapan juga, bagi masa lepas (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'would' + 'not' + 'have' + 'been' + ('past participle')'. Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua 'objek' iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'.
- 5. Perkataan 'would' bermakna 'akan'. Ia adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 6. Perkataan 'would' digunakan bagi masa hadapan bagi masa lepas.
- 7. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 8. Perkataan 'would not' bermakna 'tidak akan', bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur terbalik ini.
- 9. Apabila digandingkan dengan 'been + ('past participle')', perkataan 'have' bermaksud 'sudah'.
- 10. Apabila digandingkan dengan 'past participle', perkataan 'been' bermaksud 'di'.
- 11. Perkataan '(past participle)' tertentu digunakan bagi melambangkan 'pasif'.
- 12. Frasa 'tidak akan sudah di(pasif)' mungkin tidak ada digunakan dalam bahasa Melayu tetapi digunakan dalam contoh diatas untuk menunjukkan maksud 'tense' dalam bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment