'Future Perfect tense - for the past' bagi 'non-verb' adalah tempoh masa bagi 'non-verb (bukan perbuatan) yang akan ujud pada masa akan datang - bagi masa dahulu.
Berikut adalah beberapa bentuk bagi 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'non-verb' :
1. Bentuk aktif.
2. Bentuk negatif.
3. Bentuk pasif.
4. Bentuk negatif dan pasif.
Bagi tiap-tiap bentuk, ada struktur tertentu yang perlu diikuti jika mahu menggunakannya.
1. 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'non-verb' bentuk aktif
Berikut ialah struktur yang digunakan untuk menunjukkan 'Future Perfect tense - for the past' dalam bentuk 'aktif' bagi 'non-verb' :
(Objek) + 'would' + 'have' + 'been' + ('non-verb').
Struktur ini digunakan jika 'bukan perbuatan' akan ujud pada masa akan datang dan tamat pada satu masa yang tertentu pada masa hadapan.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Future II Simple'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future Perfecf tense - will have been | Melayu |
In prison | Di penjara | He would have been in prison from next year for 3 years | Dia akan sudah berada di penjara dari tahun depan selama 3 tahun |
Very angry | Sangat marah | He would have been very angry if he have seen you | Dia akan sudah jadi sangat marah jika dia melihat awak |
A display of strength | Satu tayangan kekuatan | The exercise from January to March last year would have been a show of strength | Latihan pada bulan Januari hingga Mac yang lepas akan sudah merupakan satu tayangan kekuatan |
Press release | Hebahan berita | There would have been a press release event from 2 p.m. to 3 p.m. | Akan sudah ada hebahan berita dari jam 2 petang hingga 3 petang |
A reality check | Pemeriksaan kenyataan | The next game would have been a 'reality check' for the team | Perlawanan akan datang akan sudah jadi pemeriksaan kenyataan bagi pasukan itu |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future Perfect tense' menggunakan perkataan 'will have been + (non-verb)' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan ujud pada masa depan dan tamat pada masa depan.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'would' + 'have' + 'been' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' dan 'plural').
- 5. Perkataan 'would' bermakna 'akan'.
- 6. Perkataan 'would' digunakan bagi masa depan bagi masa dahulu.
- 7. Perkataan 'would' adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 8. Apabila digandingkan dengan 'been + ('non-verb')', perkataan 'have' bermaksud 'sudah'.
- 9. Apabila digandingkan dengan 'non-verb', perkataan 'been' bermaksud 'berada' atau 'menjadi'.
- 10. Dalam struktur ini, perkataan 'been' digunakan bagi menunjukkan 'perfect tense' bagi 'non-verb'.
- 11. Tiada frasa 'will has been' dan 'will had been'.
2. 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'non-verb' bentuk negatif
Berikut ialah struktur yang boleh digunakan yang menunjukkan 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'non-verb' bentuk negatif.
(Objek) + 'would' + 'not' + 'have' + 'been' + ('non-verb').
Dalam bahasa Melayu, struktur ini mungkin membawa makna tidak akan sudah.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Future II Simple'.
English (non-verb) | Melayu (bukan perbuatan) | Future Perfect tense - for the past | Melayu |
In vain | Sia-sia | The effort would not have been in vain | Usaha itu tidak akan sudah jadi sia-sia |
A lasting peace | Keamanan yang berterusan | It would not have been a lasting peace | Ia tidak akan sudah menjadi keamanan yang berterusan |
The full episode | Episod penuh | After the 50th, it would not have been the full episode | Selepas episod ke 50, ia tidak akan sudah jadi episod penuh |
Around | Ada | It would not have been around long enough | Ia tidak akan sudah ada di sini cukup lama |
Catitan :
- 1. Apabila struktur ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan ujud pada masa satu tempoh pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif') : (Objek) + 'would' + 'not' + 'have' + 'been' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek (samada 'I, you, singular' atau 'plural').
- 5. Perkataan 'would' bermakna 'akan' (bagi masa lepas).
- 6. Perkataan 'would' melambangkan hal masa depan bagi masa dahulu.
- 7. Perkataan 'would' adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 8. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bererti 'tidak'.
- 9. Kombinasi 'would not' bermaksud 'tidak akan', bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur terbalik ini.
- 10. Apabila digandingkan dengan 'been + ('non-verb')', perkataan 'have' bermaksud 'sudah'.
- 11. Apabila digandingkan dengan 'non-verb', perkataan 'been' bermaksud 'berada' atau 'dalam keadaan' atau 'menjadi'.
- 12. Dalam struktur ini, perkataan 'been' digunakan bagi menunjukkan 'perfect tense' bagi 'non-verb'.
- 13. Dalam bahasa Melayu, frasa 'tidak akan sudah' boleh dikatakan tidak biasa digunakan.
3. 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'non-verb' bentuk pasif.
Secara logiknya, 'Future Perfect tense - for the past' bentuk 'pasif' tidak ujud bagi 'non-verb' kerana 'non-verb' tidak boleh dipasifkan.
4. 'Future Perfect tense - for the past' bagi 'non-verb' bentuk negatif dan pasif
'Future Perfect tense - for the past' bentuk 'pasif' dan 'negatif' tidak ujud bagi 'non-verb' kerana 'non-verb' tidak boleh dipasifkan.
Ringkasan :
Tense | Jenis 'verb' | Bentuk | Struktur |
Future Perfect tense - for the past | Non-verb | Aktif | (objek) + would + have + been + ('non-verb') |
Future Perfect tense - for the past | Non-verb | Negatif | (objek) + would not + have + been + ('non- verb') |
Future Perfect tense - for the past | Non-verb | Pasif | Tidak ujud |
Future Perfect tense - for the past | Non-verb | Negatif pasif | Tidak ujud |
No comments:
Post a Comment