Ingat : 'Future Perfect Continuous tense' adalah tempoh masa perbuatan yang akan sedang berlaku pada tempoh masa akan datang, dengan penekanan diberi terhadap aksi perbuatan.
Jadi, 'Future Perfect Continuous tense - for the past' adalah tempoh masa perbuatan yang akan sedang berlaku pada tempoh masa akan datang (bagi masa lalu), dengan penekanan diberi terhadap aksi perbuatan.
Berikut adalah beberapa bentuk 'Future Perfect Continuous tense - for the past' bagi 'action verb' :
1. Bentuk aktif.
2. Bentuk negatif.
3. Bentuk pasif.
4. Bentuk negatif dan pasif.
Tiap-tiap bentuk mempunyai struktur khusus jika mahu digunakan.
1. 'Future Perfect Continuous tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk aktif
Berikut ialah struktur yang digunakan untuk menunjukkan 'Future Perfect Continuous tense - for the past' (bentuk 'aktif') bagi 'action verb' :
(Objek) + 'would' + 'have' + 'been' + ('present participle').
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini adalah salah satu dari struktur yang dipanggil 'Conditional II Progressive'
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future Perfect Continuous tense | Melayu |
Drive | Pandu | In ten minutes last night you would have been driving non-stop for six hours | Sepuluh minit lagi malam semalam awak akan sudah memandu selama enam jam tanpa henti |
Rain | Hujan | By ten last night, it would have been raining several hours | Menjelang pukul 10 malam semalam, ia akan sudah hujan beberapa jam |
Work | Kerja | If she hadn't got a job in Johor Bahru, she would have been working in Paris | Kalaulah dia telah tidak dapat pekerjaan di Johor Bahru, dia akan sudah berkerja di Paris |
Play | Main | If I had had a ball I would have been playing football | Kalaulah saya dapat mempunyai sebiji bola saya akan sudah bermain bolasepak |
Climb | Panjat | If I had known it was not dangerous I would have been climbing that cliff | Kalaulah saya tahu ia tidak merbahaya saya akan sudah memanjat tebing itu |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future Perfect Continuous tense' menggunakan perkataan 'would have been + (present participle)' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan bagi masa lepas dengan penekanan pada perbuatan.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'would' + 'have' + 'been' + ('present participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan 'present participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' atau 'plural').
- 5. Perkataan 'would' bermakna 'akan'.
- 6. Perkataan 'would' digunakan bagi masa depan bagi masa lepas.
- 7. Perkataan 'would' adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 8. Dalam struktur ini, perkataan 'have' bermaksud 'sudah'.
- 9. Dalam struktur ini, perkataan 'been' bermaksud 'dalam keadaan'.
- 10.Perkataan ('present participle') tertentu digunakan bagi melambangkan 'continuous tense'.
- 11. Tiada 'would has been' dan 'would had been'.
2. 'Future Perfect Continuous tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk negatif
Berikut adalah struktur yang biasa digunakan yang menunjukkan 'Future Perfect Continuous tense - for the past' (bentuk 'negatif') bagi 'action verb' :
(Objek) + 'would not' + 'have' + 'been' + ('present participle').
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini adalah salah satu daripada struktur yang dipanggil 'Conditional II Progressive'
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future Perfect Continuous tense | Melayu |
Drive | Pandu | In ten minutes last night you would not have been driving non-stop for six hours | Sepuluh minit lagi malam semalam awak tidak akan sudah memandu selama enam jam tanpa henti |
Rain | Hujan | By ten last night, it would not have been raining several hours | menjelang pukul 10 malam semalam, ia tidak akan sudah hujan beberapa jam |
Work | Kerja | If she had got a job in Johor Bahru, she would not have been working in Paris | Kalaulah dia dapat pekerjaan di Johor Bahru, dia tidak akan sudah berkerja di Paris |
Play | Main | If I had had a basketball ball I would not have been playing football | Kalaulah saya dapat mempunyai sebiji bola bolekeranjang, saya tidak akan sudah bermain bolasepak |
Climb | Panjat | If I had known it was dangerous I would not have been climbing that cliff | Kalaulah saya tahu ia merbahaya saya tidak akan sudah memanjat tebing itu |
Catitan :
- 1. Apabila struktur ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan berlaku pada satu ketika dalam tempoh masa hadapan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif) : (Objek) + 'would not' + 'have' + 'been' + ('present participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan 'present participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek samada 'I, you, singular' atau 'plural'.
- 5. Perkataan 'would' bermakna 'akan'.
- 6. Perkataan 'would' digunakan bagi masa depan bagi masa lepas.
- 7. Perkataan 'would' adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 8. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 9. Kombinasi 'would not' bererti 'tidak akan', bukan 'akan tidak'. Sedari struktur terbalik ini.
- 10. Kombinasi 'would not' boleh dieja sebagai 'wouldn't'.
- 11. Dalam struktur ini, perkataan 'have' bermaksud 'sudah'.
- 12. Dalam struktur ini, perkataan 'been' bermaksud 'dalam keadaan'.
- 13. Dalam struktur ini, perkataan ('present participle') tertentu digunakan untuk melambangkan 'continuous tense' (sedang berlaku).
- 14. Dalam bahasa Melayu, frasa 'tidak akan sudah' boleh dikatakan tidak biasa digunakan tetapi digunakan dalam contoh diatas untuk menunjukkan maksud 'tense' yang berkenaan.
- 15. Tiada 'would not has been + ('present participle')' dan 'would not had been + ('present participle')'.
3. 'Future Perfect Continuous tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk pasif.
Berikut ialah struktur yang digunakan untuk menunjukkan 'Future Perfect Continuous tense - for the past' (bentuk 'pasif') bagi 'action verb' :
(Objek) + 'would' + 'have' + 'been' + 'being' + ('past participle').
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional II Progressive'
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future Perfect Continuous tense | Melayu |
Drive | Pandu | In ten minutes last night you would have been being driven non-stop for six hours | Sepuluh minit lagi malam semalam awak akan sudah sedang dipandu selama enam jam tanpa henti |
Rain | Hujan | By ten last night, this place would have been being rained for several hours | Menjelang pukul 10 malam semalam, tempat ini akan sudah sedang dihujani untuk beberapa jam |
Play | Main | If I had had a basketball ball, it would have been being played instead of football ball | Kalaulah saya dapat mempunyai sebiji bola bolakeranjang, ia akan sudah sedang dimainkan bukannya bola bolasepak |
Climb | Panjat | If I had known it was not dangerous, the cliff would have been being climbed | Kalaulah saya tahu ia tidak merbahaya, tebing itu akan sudah sedang dipanjat |
Visit | Lawat | He would have been being visited | Dia akan sudah sedang dilawat |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan sedang berlaku pada satu tempoh pada masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk pasif ) : (Objek) + 'would' + 'have' + 'been' + 'being' + ('past participle'). Iaitu 'objek' tertentu diikuti perkataan 'would' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' dan 'plural').
- 5. Perkataan 'would' bermakna 'akan'.
- 6. Perkataan 'would' digunakan bagi masa depan bagi bagi masa lepas.
- 7. Perkataan 'would' adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 8. Dalam struktur ini, perkataan 'have' bermaksud 'sudah'.
- 9. Dalam struktur ini, perkataan 'been' bermaksud 'di'.
- 10.Dalam struktur ini, perkataan 'being' bermaksud 'sedang'.
- 11. Dalam struktur ini, perkataan ('past participle') tertentu digunakan bagi menandakan hal 'pasif'.
- 12. Struktur ini bermaksud 'akan sedang sudah di(pasif)'. Frasa ini tidak biasa digunakan dalam bahasa Melayu tapi digunakan dalam contoh diatas untuk menunjukkan maksud 'tense'.
- 13. Dalam bentuk 'aktif', struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'would' + 'have' + 'been' + ('present participle').
- 14. Tiada 'would has been being + ('past participle')' dan 'would had been being + ('past participle')'.
4. 'Future Perfect Continuous tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk negatif dan pasif
Berikut ialah struktur yang digunakan yang menunjukkan 'tense' dan bentuk ini :
(Objek) + 'would' + 'not' + 'have' + 'been' + 'being' + ('past participle').
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini adalah salah satu struktur yang dipanggil 'Conditional II Progressive'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future Perfect Continuous tense | Melayu |
Drive | Pandu | In more than ten minutes last night you would not have been being driven non-stop for six hours | Dalam lebih sepuluh minit lagi malam semalam awak tidak akan sudah sedang dipandu selama enam jam tanpa henti |
Rain | Hujan | By ten last night, this place would not have been being rained for five hours | Menjelang pukul 10 malam semalam, tempat ini tidak akan sudah sedanb dihujani selama lima jam |
Work | Kerja | If she had got the tool, it would not have been being worked for more tha one hour | Kalaulah dia ada peralatan, ia tidak akan sudah sedang dikerjakan lebih dari sejam |
Play | Main | If the ball he had was a basketball ball, the football ball would not have been being played | Kalau bola yang dia ada adalah bola bola keranjang, bola bolasepak tidak akan sudah sedang dimainkan |
Climb | Panjat | If I had known it was dangerous, the cliff would not have been being climbed | Kalaulah saya tahu ia merbahaya, tebing itu tidak akan sudah sedang dipanjat |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future Perfect Continuous tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan sedang berlaku pada masa hadapan dan belanjutan hingga masa hadapan juga bagi masa dahulu (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'would' + 'not' + 'have' + 'been' + 'being' + ('past participle'). Iaitu 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'been' diikuti dengan perkataan 'being' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua 'objek' iaitu 'I, you, singular' dan 'plual'.
- 5. Perkataan 'would' melambangkan masa depan bagi masa lepas.
- 6. Perkataan 'would' adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 7. Perkataan 'would' bermakna 'akan'.
- 8. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bererti 'tidak'.
- 9. Kombinasi 'would not' bererti 'tidak akan', bukan 'akan tidak'. Sedari struktur terbalik ini.
- 10.Dalam struktur ini, perkataan 'have' bermaksud 'sudah'.
- 11.Dalam struktur ini, perkataan 'been' bermaksud 'di'.
- 12.Dalam struktur ini, perkataan 'being' digunakan untuk menunjukkan 'sedang berlaku'.
- 13. Dalam struktur ini, perkataan ('past participle') digunakan bagi melambangkan bentuk 'pasif'.
- 14. Frasa 'tidak akan sudah di(pasif)' mungkin tidak ada digunakan dalam bahasa Melayu tetapi digunakan dalam contoh diatas untuk menunjukkan maksud dalam bahasa Inggeris.
Catitan
'Future perfect continuous tense' tidak digunakan bagi 'non-verb'.
Ringkasan :
Tense | Jenis 'verb' | Bentuk | Struktur |
Future Perfect Continuous tense - for the past | Action verb | Aktif | (Objek) + would + have + been + ('present participle') |
Future Perfect Continuous tense - for the past | Action verb | Negatif | (Objek) + would + not + have + been + ('present participle') |
Future Perfect Continuous tense - for the past | Action verb | Pasif | (Objek) + would + have + been + being + ('past participle') |
Future Perfect Continuous tense - for the past | Action verb | Negatif pasif | (Objek) + would + not + have + been + being + ('past participle') |
No comments:
Post a Comment