'Can' adalah salah satu 'modal verb'.
'Can' digunakan bagi 'present tense'. 'Past tense' bagi 'can' ialah 'could'.
'Can' biasa digunakan dalam struktur-struktur berikut :
1. (Objek) + 'can' + ('verb')
2. (Objek) + 'can not' + ('verb')
3. (Objek) + 'can be' + ('non-verb')
4. (Objek) + 'can be' + ('past participle')
5. 'Can' + (objek) + ('verb')
6. 'Can' + (objek) + 'be' + ('non-verb')
'Can' boleh bererti 'boleh', 'mampu', 'dapat', 'bolehkah', 'mampukah', 'dapatkah'.
1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'can' + ('verb')
Ini adalah satu bentuk 'aktif'.
Dalam struktur ini, perkataan 'can' digunakan.
'Can' bermakna 'boleh'.
'Can' adalah satu bentuk 'Present tense'.
Ejaan bagi 'verb' hendaklah mengikut 'infinitive'nya.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English | Melayu | Catitan |
Speak | Cakap | He can speak English | Dia boleh bercakap Inggeris | (Lazimnya dia boleh bercakap Inggeris) |
Walk | Jalan | She can walk to school | Dia boleh berjalan ke sekolah | (Biasanya dia boleh berjalan kaki ke sekolah) |
Teach | Ajar | She can teach science | Dia boleh mengajar sains | (Lazimnya dia boleh mengajar sains) |
Sleep | Tidur | She can sleep at ten p.m | Dia boleh tidur pukul 10 malam | (Biasanya dia boleh masuk tidur pada pukul 10 malam) |
Play | Main | He can play football | Dia boleh main bola | (Lazimnya dia boleh main bola) |
2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'can not' + ('verb')
Ini adalah satu bentuk 'negatif'.
Dalam struktur ini, perkataan 'can not' digunakan.
'Can not' bermakna 'tidak boleh'.
'Can not' adalah satu bentuk 'Present tense'.
Ejaan bagi 'verb' hendaklah mengikut 'infinitive'nya.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English | Melayu | Catitan |
Speak | Cakap | He can not speak English | Dia tidak boleh bercakap Inggeris | (Lazimnya dia tidak boleh bercakap Inggeris) |
Walk | Jalan | She can not walk to school | Dia tidak boleh berjalan ke sekolah | (Biasanya dia tidak boleh berjalan kaki ke sekolah) |
Teach | Ajar | She can not teach science | Dia tidak boleh mengajar sains | (Lazimnya dia tidak boleh mengajar sains) |
Sleep | Tidur | She can not sleep at ten p.m | Dia tidak boleh masuk tidur pada pukul 10 malam | (Biasanya dia tidak boleh masuk tidur pada pukul 10 malam) |
Play | Main | He can not play football | Dia tidak boleh main bola | (Lazimnya dia tidak boleh main bola) |
Catitan :
- 'Can not' sering ditulis sebagai 'can't'.
3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'can be' + ('non-verb')
Ini adalah satu bentuk 'aktif'.
Dalam struktur ini, perkataan 'can be' digunakan.
'Can be' bermakna 'boleh jadi' atau 'boleh menjadi'.
'Can be' adalah satu bentuk 'Present tense'.
Ejaan bagi 'non-verb' hendaklah mengikut 'infinitive'nya.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English | Melayu |
Dangerous | Bahaya | It can be dangerous | Ia boleh jadi merbahaya |
King | Raja | You can be a king | Awak boleh jadi seorang raja |
Top 100 | Senarai teratas 100 | It can be in top 100 | Ia boleh jadi dalam senarai seratus teratas |
Odd | Anih | The last session can be odd | Sesi yang terakhir boleh jadi anih |
Risky | Berisiko | Debt can be risky | Hutang boleh jadi berisiko |
4. Struktur penggunaan : (Objek) + 'can' + 'be' + ('past participle')
Ini adalah satu bentuk 'pasif'.
Dalam struktur ini, perkataan 'can be' digunakan.
Kombinasi 'can' + 'be' + ('past participle') bermakna 'boleh di(pasif)'.
'Can be' adalah satu bentuk 'Present tense'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English | Melayu |
Speak | Cakap | English can be spoken here | Bahasa Inggeris boleh dicakapkan di sini |
Teach | Ajar | Science can be taught by her | Sains boleh diajar olehnya |
Find | Jumpa | An answer can be found | Satu jawapan boleh ditemui |
Exploit | Perguna | The weaknesses can be exploited | Kelemahan-kelemahan itu boleh dipergunakan |
Beat | Kalah | The team can be beaten | Pasukan itu boleh di kalahkan |
Catitan :
- Kombinasi 'be + ('past participle')' membawa bentuk 'pasif'.
5. Struktur penggunaan : 'Can' + (objek) + ('verb')
Ini adalah satu bentuk 'soalan aktif'.
Dalam struktur ini, perkataan 'can' digunakan.
'Can' dalam bentuk soalan bermakna 'bolehkah' atau 'adakah (objek) boleh' atau 'dapatkah'.
'Can' adalah satu bentuk 'Present tense'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English | Melayu |
Come | Datang | Can you come ? | Bolehkah awak datang ? |
Help | Tolong | Can I help ? | Bolehkah saya tolong ? |
Eat | Makan | Can you eat this ? | Bolehkah awak makan ini ? |
Find | Jumpa | Can you find it ? | Dapatkah awak menjumpainya ? |
Handle | Kendali | Can you handle it ? | Bolehkah awak mengendalikannya ? |
Catitan :
- Dalam bentuk soalan, 'verb' hendaklah dieja seperti 'infinitive'nya.
6. Struktur penggunaan : 'Can' + (objek) + 'be' + ('non-verb')
Ini adalah satu bentuk 'soalan aktif'.
Dalam struktur ini, perkataan 'can' digunakan.
'Can' dalam bentuk soalan bermakna 'bolehkah' atau 'adakah (objek) boleh'.
'Can' adalah satu bentuk 'Present tense'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English | Melayu | Catitan |
King | Raja | Can you be king of us ? | Bolehkah awak jadi raja kami ? | |
Top 100 | Senarai seratus teratas | Can it be in top 100 ? | Bolehkah ia berada dalam senarai seratus teratas ? | |
Odd | Anih | Can the last session be odd ? | Bolekah sesi yang terakhir jadi anih ? | |
Risky | Berisiko | Can debt be risky ? | Bolehkah hutang jadi berisiko ? |
Catitan :
- 1. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai.
- 2. 'Can' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular', 'plural').
- 3. Bagi 'verb', gunakan 'can'.
- 4. Bagi 'non-verb', gunakan 'can be'.
Ringkasan
Bentuk | Perkataan | Struktur | Objek | Masa |
Aktif | Can | (Objek) + can + ('verb') | Semua | Present tense |
Negatif | Can not | (Objek) + can not + ('verb') | Semua | Present tense |
Aktif | Can be | (Objek) + can be + ('non-verb') | Semua | Present tense |
Negatif | Can not be | (Objek) + can not be + ('non-verb') | Semua | Present tense |
Pasif | Can be | (Objek) + can be + ('past participle') | Semua | Present tense |
Pasif Negatif | Can not be | (Objek) + can not be + ('past participle') | Semua | Present tense |
Soalan aktif | Can | Can + (objek) + ('verb') | Semua | Present tense |
Soalan Negatif | Can't | Can't + (objek) + ('verb') | Semua | Present tense |
Soalan aktif | Can | Can + (objek) + be + ('non-verb') | Semua | Present tense |
Soalan Negatif | Can't | Can't + (objek) + be + ('non-verb') | Semua | Present tense |
No comments:
Post a Comment