'Tense' adalah satu sistem ejaan dalam bahasa Inggeris bagi satu ketika masa atau tempoh masa dimana sesuatu perbuatan atau hal dimaksudkan berlaku oleh penutur.
Dalam bahasa Melayu tidak ada sistem 'tense' dalam struktur ayatnya.
Dalam bahasa Inggeris, apabila kita menyebut sesuatu perbuatan atau hal, contohnya 'eat' (makan), kita hendaklah sedar bilakah 'masa' atau 'tempoh masa' perbuatan itu dimaksudkan berlaku.
'Tense' (Masa atau tempoh sesuatu perbuatan itu berlaku) mempengaruhi ejaan dan sebutan bagi perbuatan itu. Contohnya perkataan dasar 'eat' (makan), akan berubah ejaannya (dan sebutannya) menjadi 'ate' (telah makan) jika berlaku pada masa lepas, atau berubah ejaannya (dan sebutannya) menjadi 'has eaten' (sudah makan) jika berlaku pada tempoh yang lalu berlanjutan hingga sekarang, dan sebagainya.
Berikut ialah nama-nama masa atau nama tempoh-tempoh masa yang dikenalpasti bagi sesuatu perbuatan/hal dimaksudkan berlaku :
Bil. | English - Tenses | Melayu - Masa/Tempoh |
1. | Present tense atau Simple Present tense | Kelaziman/kebiasaan dari dulu hingga sekarang |
2. | Present Continuous tense atau Present Progressive tense | Sedang berlaku sekarang |
3. | Present Perfect tense | Berlaku pada tempoh masa dahulu hingga sekarang |
4. | Present Perfect Continuous tense atau Present Perfect Progressive tense | Sedang berlaku pada tempoh dahulu hingga sekarang |
5. | Past tense atau Simple Past tense | Kelaziman/kebiasaan dahulu. Berlaku pada masa dahulu |
6. | Past Continuous tense atau Past Progressive tense | Sedang berlaku tapi pada masa dahulu |
7. | Past Perfect tense | Berlaku bagi tempoh masa dahulu |
8. | Past Perfect Continuous tense atau Past Perfect Progressive tense | Sedang berlaku tapi pada tempoh dahulu |
9. | Future tense (for the present) atau Simple Future tense (for the present) | Akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang) |
10. | Future Continuous tense (for the present) atau Future Progressive tense (for the present) | Sedang berlaku tapi pada masa depan (bagi masa sekarang) |
11. | Future Perfect tense (for the present) atau Future Perfect tense (for the present) | Akan berlaku pada satu tempoh masa di masa depan (bagi masa sekarang) |
12. | Future Perfect Continuous tense (for the present) atau Future Perfect Progressive tense (for the present) | Sedang berlaku tapi bagi satu tempoh masa pada masa depan (bagi masa sekarang) |
13. | Future tense (for the past) atau Simple Future tense (for the past) | Akan berlaku pada masa depan (bagi masa lalu) |
14. | Future Continuous tense (for the past) atau future progressive tense (for the past) | Sedang berlaku tapi pada masa depan (bagi masa lalu) |
15. | Future Perfect tense (for the past) atau Future Perfect tense (for the past) | Akan berlaku pada satu tempoh masa di masa depan (bagi masa lalu) |
16. | Future Perfect Continuous tense (for the past) atau Future Perfect Progressive tense (for the past) | Sedang berlaku tapi bagi satu tempoh masa pada masa depan (bagi masa lalu) |
Terdapat pelbagai 'form'/'mode' (bentuk) bagi satu-satu 'tense' iaitu :
1. Bentuk aktif.
2. Bentuk negatif.
3. Bentuk pasif.
4. Bentuk pasif bagi negatif.
5. Bentuk soalan bagi aktif.
6. Bentuk soalan bagi negatif.
7. Bentuk soalan bagi pasif.
8. Bentuk soalan bagi pasif yang negatif.
9. Bentuk arahan.
10.Bentuk permintaan.
Bagi tiap-tiap bentuk, terdapat pelbagai struktur-struktur yang digunakan.
Selepas ini kita akan mengenal beberapa struktur berkenaan.
No comments:
Post a Comment