Monday, December 31, 2012

85. Mengenali 'Future Perfect tense - for the present' bagi 'non-verb'

Mengenali 'Future Perfect tense - for the present' bagi 'non-verb'

'Future Perfect tense - for the present' bagi 'non-verb' adalah tempoh masa bagi 'non-verb' (bukan perbuatan) yang akan ujud pada masa akan datang - bagi masa sekarang.

Berikut adalah beberapa bentuk bagi 'future perfect tense - for the present' bagi 'non-verb' :

1. Bentuk aktif.
2. Bentuk negatif.
3. Bentuk pasif.
4. Bentuk negatif dan pasif.

Bagi tiap-tiap bentuk, ada struktur tertentu yang perlu diikuti jika mahu menggunakannya.



1. 'Future Perfect tense - for the present' bagi 'non-verb' bentuk aktif

Berikut ialah struktur yang digunakan untuk menunjukkan 'Future Perfect tense - for the present' dalam bentuk 'aktif' bagi 'non-verb' :

(Objek) + 'will' + 'have' + 'been' + ('non-verb').

Dalam struktur ini, perkataan 'will have been' + ('non-verb')' digunakan.

Struktur ini digunakan jika 'bukan perbuatan' akan ujud pada masa akan datang dan tamat pada satu masa yang tertentu pada masa hadapan.

Dalam bahasa Melayu, struktur ini mungkin membawa makna akan sudah.

Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Future 2 Simple'.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Future Perfect tense - will have beenMelayu
In prisonDi penjaraHe will have been in prison from next year for 3 yearsDia akan berada di penjara dari tahun depan selama 3 tahun
Very angrySangat marahHe will have been very angry if he have seen youDia akan berada dalam keadaan sangat marah jika dia melihat awak
A display of strengthSatu tayangan kekuatan The exercise from next January to March will have been a show of strengthLatihan pada bulan Januari hingga Mac akan merupakan satu tayangan kekuatan
Press releaseHebahan beritaThere will have been a press release event from 2 p.m. to 3 p.m.Akan ada hebahan berita dari jam 2 petang hingga 3 petang
a reality checkPemeriksaan kenyataanThe next game will have been a 'reality check' for the teamPerlawanan akan datang akan jadi pemeriksaan kenyataan bagi pasukan itu

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'Future Perfect tense' menggunakan perkataan 'will have been + ('non-verb')' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan ujud pada masa depan dan tamat pada masa depan.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will' + 'have' + 'been' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' dan 'plural').
- 5. Perkataan 'will' bermakna 'akan'.
- 6. Perkataan 'will' digunakan bagi masa depan bagi masa sekarang.
- 7. Dalam struktur ini, perkataan 'have' bermakna 'sudah'.
- 8. Dalam struktur ini, perkataan 'been' bermakna 'menjadi' atau 'dalam keadaan' atau seumpamanya.
- 9. Tiada frasa 'will has been' dan 'will had been'.

2. 'Future Perfect tense - for the present' bagi 'non-verb' bentuk negatif

Berikut ialah struktur yang boleh digunakan yang menunjukkan 'Future Perfect tense - for the present' bagi 'non-verb' bentuk negatif.

(Objek) + 'will not' + 'have' + 'been' + ('non-verb').

Dalam bahasa Melayu, frasa 'will not have been' mungkin membawa makna tidak akan sudah.

Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Future 2 Simple'.

English (non-verb)Melayu (bukan perbuatan)Future tense - will not have beenMelayu
In vainSia-siaThe effort will not have been in vainUsaha itu tidak akan menjadi sia-sia
A lasting peaceKeamanan yang berterusanIt will not have been a lasting peaceIa tidak akan menjadi keamanan yang berterusan
The full episodeEpisod penuhAfter the 50th, it will not have been the full episodeSelepas episod ke 50, ia tidak akan jadi episod penuh
AroundAdaIt will not have been around long enoughIa tidak akan ada di sini cukup lama

Catitan :

- 1. Apabila struktur ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan ujud pada satu tempoh masa pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif') : (Objek) + 'will not' + 'have been' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will not have been' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek (samada 'I, you, singular' atau 'plural').
- 5. Perkataan 'will' bermakna 'akan' (bagi masa sekarang).
- 6. Perkataan 'will' melambangkan hal masa depan bagi masa sekarang.
- 7. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bererti 'tidak'.
- 8. Kombinasi 'will not' bermaksud 'tidak akan', bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur terbalik ini.
- 9. Dalam struktur ini, perkataan 'have' bermakna 'sudah'.
- 10. Dalam struktur ini, perkataan 'been' bermaksud 'menjadi'.
- 11. Dalam bahasa Melayu, frasa 'tidak akan sudah' boleh dikatakan tidak biasa digunakan.

3. 'Future Perfect tense - for the present' bagi 'non-verb' bentuk pasif'.

Secara logiknya, 'Future Perfect tense' bentuk pasif tidak ujud bagi 'non-verb' kerana 'non-verb' tidak boleh dipasifkan.



4. 'Future Perfect tense for the present' bagi 'non-verb' bentuk negatif dan pasif

'Future Perfect tense - for the present' bentuk 'pasif' dan 'negatif' tidak ujud bagi 'non-verb' kerana 'non-verb' tidak boleh dipasifkan.



No comments: