Monday, December 31, 2012

61. Mengenali 'Future tense - for the present' bagi 'non-verb'

'Future tense - for the present' bagi 'non-verb'

'Future tense - for the present' dikenali juga sebagai 'Simple Future tense - for the present'.

Ia adalah 'non-verb' (bukan perbuatan) yang akan ujud pada masa akan datang (bagi masa sekarang).

Ingat : Dalam bahasa Inggeris, akan datang terbahagi 2 iaitu :

1. Akan datang bagi masa kini ('Future tense for the present').
2. Akan datang bagi masa lepas ('Future tense for the past').


Ada 3 struktur yang boleh digunakan bagi 'Future tense - for the present' bentuk aktif bagi 'non-verb' :

1. (Objek) + 'will be' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'am/is/are' + going to be + ('non-verb').
3. (Objek) + 'will always be' + ('non-verb').

1. 'Future tense - for the present' bentuk aktif bagi 'non-verb'

Beberapa struktur bagi 'Future tense - for the present' bentuk aktif bagi 'non-verb' :

1.1. (Objek) + 'will' + 'be' + ('non-verb').
1.2. (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + 'be' + ('non-verb').
1.3. (Objek) + 'will always' + 'be' + ('non-verb').



1.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'will' + 'be' + ('non-verb').

Dalam struktur ini, perkataan 'will' digunakan.

Perkataan 'will' digunakan bagi masa depan bagi masa sekarang.

English (non-verb)Melayu (bukan perbuatan)Future tense - willMelayu
TightSengitThe match will be tightPerlawanan itu akan sengit
GreatMegahThe event will be greatPeristiwa itu akan menjadi kemegahan
LowRendahThe price will be lowHarganya akan menjadi rendah
AboutTentangThe show will be about this placePertunjukan itu akan mengenai tempat ini
HereDi siniThe match will be herePerlawanan itu akan dimainkan di sini

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'will' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan ujud pada masa depan.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'non-verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini (semua 'action verb' dan semua 'non-action verb').
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will' + 'be' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will' diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
- 5. 'Will' bermaksud 'akan' (bagi masa sekarang).
- 6. Perkataan 'be' bererti 'jadi' atau 'menjadi' walaupun sering disenyapkan.
- 7. 'Be' biasanya digandingkan dengan 'non-verb'.

1.2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + 'be' + ('non-verb').

Dalam struktur ini, perkataan 'going to' (bermakna 'akan') digunakan untuk menggantikan 'will' iaitu masa depan bagi masa sekarang.

English (non-verb)Melayu (bukan perbuatan)Future tense - going to beMelayu
TightSengitThe match is going to be tightPerlawanan itu akan sengit
GreatMegahThe event is going to be greatAcara itu akan menjadi menarik
LowRendahThe prices are going to be lowHarga-harga akan menjadi rendah
About this placeTentang tempat iniThe show is going to be about this placePertunjukan itu akan mengenai tempat ini
HereDi siniThe match is going to be herePerlawanan itu akan diadakan di sini

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'going to' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'non-verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense'/struktur ini (semua 'action verb' dan semua 'non-action verb').
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + 'be' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'am' atau 'is' atau 'are' diikuti perkataan 'going to' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'am' digunakan jika objek adalah 'I'. Perkataan 'is' digunakan jika objek adalah 'singular'. Perkataan 'are' digunakan jika objek adalag 'plural'. Ketiga-tiga perkataan itu juga menandakan masa depan bagi masa sekarang.
- 5. Perkataan 'am/is/are' bererti 'ialah, adalah, merupakan' (tapi dalam bahasa Melayu, boleh disenyapkan).
- 6. Perkataan 'be' sesuai untuk digandingkan dengan 'non-verb'.
- 7. Perkataan 'be' bermakna 'menjadi' atau 'jadi'.

1.3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'will always' + 'be' + ('non-verb').

Dalam struktur ini, perkataan 'will always' digunakan. Ia digunakan bagi masa depan bagi masa sekarang.

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Future tense - will alwaysMelayu
HappyGembiraI will always be happysaya akan sentiasa gembira
ShyPemaluShe will always be shyDia akan sentiasa pemalu
The cookTukang masakHe will always be the cook when his family ate outdoorsDia akan sentiasa jadi tukang masak apabila keluarganya makan angin
The springMusim bungaBut you knew there will always be the spring, as you knew the river would flow again after it was frozenAnda tahu akan sentiasa ada musim bunga, sebagaimana anda tahu sungai akan mengalir semula selepas dari beku
FriendsBersahabatI knew we will always be friendsSaya tahu bahawa kita akan sentiasa bersahabat

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'Future tense' menggunakan perkataan 'will always' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan bagi masa kini.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'non-verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini (semua 'action verb' dan semua 'non-action verb').
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will always' + 'be' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will always' diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'will always' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
- 5. Perkataan 'will always' bermakna 'akan sentiasa'.
- 6. Perkataan 'be' sesuai untuk digandingkan dengan 'non-verb'.
- 7. Perkataan 'be' bermakna 'menjadi' atau 'dalam keadaan'.



2. 'Future tense - for the present' bagi 'non-verb' bentuk pasif

Bagi 'non-verb' (bukan perbuatan), bentuk 'pasif' biasanya tidak ujud kerana 'non-verb' tidak boleh dipasifkan.



3. 'Future tense - for the present' bagi 'non-verb' bentuk negatif

Beberapa struktur bagi 'future tense - for the future' bagi 'non-verb' bentuk negatif :

3.1. (Objek) + 'will not' + 'be' + ('non-verb').
3.2. (objek) + 'am/is/are' + 'not' + 'going to' + 'be' + ('non-verb').

3.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'will not' + 'be' + ('non-verb').

Struktur ini menggunakan perkataan 'will not' (tidak akan). Ia digunakan bagi masa depan (bagi masa sekarang).

English (non-verb)Melayu (bukan perbuatan)Future tense - will notMelayu
AvailableAdaI will not be available this weekendSaya tidak akan ada pada hujung minggu ini
AnotherSatu lagiAli will not be another AbuAli tidak akan jadi satu lagi Abu
GreenHijauThis bridge will not be greenJambatan ini tidak akan berwarna hijau
The lastYang terakhirThe 10th season of the show will not be the lastMusim kesepuluh pertunjukan itu bukan yang terakhir
PeaceAmanThere will not be peaceDi sana tidak akan ujud keamanan

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'future tense' menggunakan 'will not' (ini bentuk 'negatif') digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal akan ujud pada masa depan bagi masa sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'non-verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini (semua 'action verb' dan semua 'non-action verb').
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif') : (Objek) + 'will' + 'not' + 'be' + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua 'objek' (samada 'I, you, singular', 'plural').
- 5. Perkataan 'will' juga melambangkan masa hadapan bagi masa sekarang.
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Dalam struktur ini, ia bermakna 'tidak'.
- 7. Kombinasi 'will not' bererti 'tidak akan' bukan 'akan tidak. Perhatikan struktur terbalik ini. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'tidak akan' boleh dikatakan biasa digunakan. 'Will not' biasa ditulis sebagai 'won't'.
- 8. Perkataan 'be' sesuai untuk digandingkan dengan 'non-verb'.
- 9. Dalam struktur ini, perkataan 'be' bermakna 'menjadi' atau 'menjadi dalam keadaan' (tapi sering disenyapkan dalam bahasa Melayu).

3.2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'not' + 'going to' + 'be' + ('non-verb').

Struktur ini menggunakan perkataan 'not going to' (tidak akan). Ia digunakan bagi masa depan (bagi masa sekarang).

English (non-verb)Melayu (bukan perbuatan)Future tense - not going toMelayu
HitlerHitlerTrump is not going to be HitlerTrump tidak akan jadi Hitler
SilentBerdiam diriI am not going to be silentSaya tidak akan berdiam diri
AfraidTakutI am not going to be afraidSaya tidak akan takut
TogetherBersamaWe are not going to be togetherKami tidak akan bersama
Last gamePermainan terakhirLast night is not going to be my last gameMalam tadi tidak akan jadi permainan terakhir saya

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'future tense' menggunakan 'not going to' (ini bentuk 'negatif') digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan ujud pada masa depan bagi masa sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'non-verb'). Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini ((semua 'action-verb' dan semua 'non-action verb').
- 3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'not' + 'going to' + 'be' + ('non verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'am/is/are' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'going to' diikuti dengan perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'am' digunakan jika objek ialah 'I'. Perkataan 'is' digunakan jika objek ialah 'singular'. Perkataan 'are' digunakan jika objek ialah 'you, plural'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bererti 'tidak'.
- 6. Perkataan 'going to' juga melambangkan masa hadapan, bermaksud 'akan'. Ia boleh menggantikan 'will'.
- 7. Perkataan 'be' bermaksud 'menjadi' (tapi dalam bahasa Melayu ia sering disenyapkan).
- 8. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'tidak akan' boleh dikatakan biasa digunakan.



4. 'Future tense - for the present' bagi 'non-verb' bentuk negatif dan pasif

Bagi 'non-verb' (bukan perbuatan), bentuk 'negatif' dan 'pasif' biasanya tidak ujud.




No comments: