'Present tense' atau dikenali sebagai 'simple present tense' bagi bukan perbuatan ('non-verb').
'Non-verb' berupa fakta statik seperti ciri, keadaan, warna, kedudukan, sifatnama, sifatkata, dsbnya.
'Present tense' bagi bukan perbuatan ('non-verb') adalah masa atau tempoh masa bagi bukan perbuatan ('non-verb') yang ujud sekarang.
'Present tense' (bagi 'bukan perbuatan') boleh ujud dalam beberapa bentuk :
1. Bentuk Aktif.
2. Bentuk Negatif.
3. Bentuk Pasif - tidak ujud
4. Bentuk Negatif + pasif - tidak ujud.
5. Bentuk Soalan bagi bentuk aktif.
6. Bentuk Soalan bagi bentuk negatif.
7. Bentuk Soalan bagi bentuk pasif - tidak ujud.
8. Bentuk Soalan bagi bentuk pasif + negatif - tidak ujud.
9. Bentuk permintaan/arahan - tidak ujud.
10.Tiada bentuk - tidak ujud.
Bagi tiap-tiap bentuk, ada struktur tertentu yang digunakan.
1. 'Present tense' bentuk Aktif
1.1 Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + ('non-verb').
Dalam struktur ini, ejaan bagi 'non-verb' tidak berbeza samada 'objek' adalah 'I, you, singular, plural'.
English (non-verb) | Melayu (bukan perbuatan) | English (Present tense) | Melayu | Catitan |
A boy | Seorang budak lelaki | I am a boy | Saya (adalah) seorang budak lelaki | (Perkataan 'am' digunakan jika objek ialah 'I') |
A big box | Sebuah kotak yang besar | It is a big box | Ia (adalah) sebuah kotak yang besar | (Perkataan 'is' digunakan jika objek ialah 'singular') |
Tall | Tinggi | You are 5 feet tall | Awak tingginya (adalah) lima kaki | (Perkataan 'are' digunakan jika objek ialah 'you') |
Players | Para pemain | They are the players for the team | Mereka (adalah) para pemain bagi pasukan ini | (Perkataan 'are' digunakan jika objek ialah 'plural') |
Students | Para pelajar | We are the students of this school | Kami (adalah) para pelajar sekolah ini | (Perkataan 'are' digunakan jika objek ialah 'plural') |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'present tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu adalah kebiasaan atau kelaziman sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai bagi 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'am/is/are' + ('non-verb')'. Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'am/is/are' tertentu diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
- 4. Perkataan 'am' digunakan jika 'objek' ialah 'I'. Perkataan 'is' digunakan jika 'objek' ialah 'singular'. Perkataan 'are' digunakan jika 'objek' ialah 'you, plural'.
- 5. Dalam bentuk aktif, perkataan 'am/is/are' bererti 'ialah/adalah/merupakan'.
- 6. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'ialah/adalah/merupakan' biasa disenyapkan, tapi dalam bahasa Inggeris perkataan 'am/is/are' mesti dibunyikan.
1.2 Struktur penggunaan : (Objek) + 'do/does' + ('non-verb').
Bagi 'non-verb' (bukan perbuatan), perkataan 'do' atau 'does' tidak digunakan . Oleh itu, struktur ini tidak ujud bagi 'non-verb'.
1.3 Struktur penggunaan : (Objek) + 'has/have' + ('non-verb').
English (non-verb) | Melayu (bukan perbuatan) | English (Present tense) | Melayu | Catitan |
A cat | Seekor kucing | He has a cat | Dia mempunyai seekor kucing | (Perkataan 'has' digunakan jika objek ialah 'singular') |
A cat | Seekor kucing | You have a cat | Awak ada seekor kucing | (Perkataan 'have' digunakan jika objek ialah 'I, you, plural') |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'present tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu adalah kebiasaan atau kelaziman dari dahulu hingga sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai bagi 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'has/have' + ('non-verb')'. Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'has/have' diikuti dengan perkataan ('non-verb') tertentu.
- 4. Perkataan 'has' digunakan jika 'objek' ialah 'singular' dan masa ialah 'present tense'. Perkataan 'have' digunakan jika 'objek' ialah 'I, you, plural' dan masa ialah 'Present tense'.
- 5. Dalam struktur inu, perkataan Inggeris 'has/have' bermakna 'mempunyai' atau 'ada'.
- 6. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'ialah/adalah/merupakan' biasa digunakan.
2. 'Present tense' bentuk pasif :
Bagi 'non-verb' (bukan perbuatan), bentuk 'pasif' biasanya tidak ujud kerana 'non-verb' tidak boleh dipasifkan.
3. 'Present tense' bentuk negatif :
Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'not' + ('non-verb').
English (non-verb) | Melayu (bukan perbuatan) | English (Present tense) | Melayu | Catitan |
A boy | Seorang budak lelaki | I am not a boy | Saya bukan seorang budak lelaki | (Perkataan 'am not' digunakan jika objek ialah 'I') |
A big box | Sebuah kotak yang besar | It is not a big box | Ia bukan sebuah kotak yang besar | (Perkataan 'is' digunakan jika objek ialah 'singular') |
Tall | Tinggi | You are not tall | Awak tidak tinggi | (Perkataan 'are not' digunakan jika objek ialah 'you') |
Players | Para pemain | They are not the players for the team | Mereka bukan para pemain bagi pasukan ini | (Perkataan 'are' digunakan jika objek ialah 'plural') |
Students | Para pelajar | We are not the students of this school | Kami bukan para pelajar sekolah ini | (Perkataan 'are not' digunakan jika objek ialah 'plural') |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'present tense' (dalam bentuk 'negatif') ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu adalah kebiasaan atau kelaziman sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai bagi 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk negatif) : (Objek) + 'am/is/are' + 'not' + ('non-verb')'. Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'am/is/are' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'am' digunakan jika 'objek' ialah 'I'. Perkataan 'is' digunakan jika 'objek' ialah 'singular'. Perkataan 'are' digunakan jika 'objek' ialah 'you' dan 'plural'.
- 5. Perkataan 'am/is/are' bermakna 'ialah/adalah/merupakan' tetapi ia sering disenyapkan dalam bahasa Melayu.
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 7. Bagi 'non-verb', perkataan 'not' bermakna 'tidak' atau 'bukan'.
- 8. Perkataan 'tidak' dan 'bukan' adalah biasa digunakan dalam bahasa Melayu.
4. 'Present tense' bentuk pasif dan negatif :
Bagi 'non-verb' (bukan perbuatan), bentuk 'pasif' dan 'negatif' biasanya tidak ujud kerana 'non-verb' tidak boleh dipasifkan.
5. Bentuk soalan bagi 'Present tense' bentuk aktif bagi 'non-verb'
Struktur penggunaan : 'Am/is/are' + (objek) + ('non-verb').
English (non-verb) | Melayu (bukan perbuatan) | English (Present tense) | Melayu | Question | Soalan |
A boy | Seorang budak lelaki | I am a boy | Saya adalah seorang budak lelaki | Am I a boy ? | Adakah saya seorang budak lelaki ? |
A big box | Sebuah kotak yang besar | It is a big box | Ia adalah sebuah kotak yang besar | Is it a big box ? | Adakah ia sebuah kotak yang besar ? |
Tall | Tinggi | You are 5 feet tall | Awak tingginya lima kaki | Are you 5 feet tall ? | Adakah awak tingginya lima kaki ? |
Players | Para pemain | They are the players for the team | Mereka adalah para pemain bagi pasukan ini | Are they the players for the team ? | Adakah mereka para pemain bagi sekolah ini ? |
Students | Para pelajar | They are the students of this school | Mereka adalah para pelajar sekolah ini | Are they the students of this school ? | Adakah mereka para pelajar sekolah ini ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'present tense' bentuk pertanyaan ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu kebiasaan atau kelaziman sekarang.
- 2. Penanya hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai bagi 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Am/is/are' + (objek) + ('non-verb')'. Iaitu perkataan 'am/is/are' diikuti 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'am' digunakan jika 'objek' ialah 'I'. Perkataan 'is' digunakan jika 'objek' ialah 'singular'. Perkataan 'are' digunakan jika 'objek' ialah 'you' dan 'plural'.
- 5. Dalam bentuk soalan, perkataan 'am/is/are' bererti 'adakah' (bagi 'present tense').
6. Bentuk Soalan bagi 'Present tense' bentuk pasif :
Bagi 'non-verb' (bukan perbuatan), bentuk 'pasif' biasanya tidak ujud kerana 'non-verb' tidak boleh dipasifkan.
7. Bentuk soalan bagi 'Present tense' bentuk negatif :
Struktur penggunaan : 'Am/is/are' + 'not' + (objek) + ('non-verb').
English (non-verb) | Melayu (bukan perbuatan) | English (Present tense) | Melayu | Question | Soalan |
A boy | Seorang budak lelaki | I am not a boy | Saya bukan seorang budak lelaki | Am not I a boy ? | Adakah saya bukan seorang budak lelaki ? |
A big box | Sebuah kotak yang besar | It is not a big box | Ia bukan sebuah kotak yang besar | Is it not a big box ? | Adakah ia bukan sebuah kotak yang besar ? |
Tall | Tinggi | You are not tall enough | Awak tidak cukup tinggi | Are you not tall enough ? | Adakah awak tidak cukup tinggi ? |
Players | Para pemain | They are not the players for the team | Mereka bukan para pemain bagi pasukan itu | Are they not the players for the team ? | Adakah mereka bukan para pemain bagi pasukan itu ? |
Students | Para pelajar | We are not the students of this school | Kami bukan para pelajar sekolah ini | Are we not the students of this school ? | Adakah kami bukan para pelajar sekolah ini ? |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'present tense' (dalam bentuk soalan 'negatif') ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud hal itu adakah kebiasaan atau kelaziman dari dahulu hingga sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai bagi 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif') : am/is/are + not + (objek) + ('non-verb'). Iaitu perkataan 'am/is/are' diikuti perkataan 'not' diikuti perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'non-verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'am' digunakan jika 'objek' ialah 'I'. Perkataan 'is' digunakan jika 'objek' ialah 'singular'. Perkataan 'are' digunakan jika 'objek' ialah 'plural'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 6. Dalam struktur ini, perkataan 'not' bermakna 'tidak' atau 'bukan'.
- 7. Perkataan 'tidak' atau 'bukan' adalah biasa digunakan dalam bahasa Melayu.
8. Bentuk soalan bagi 'Present tense' bentuk pasif dan negatif :
Bagi 'non-verb' (bukan perbuatan), bentuk 'pasif' dan 'negatif' biasanya tidak ujud kerana 'non-verb' tidak boleh dipasifkan.
9. Bentuk 'arahan/permintaan/tegahan'.
Bagi 'non-verb' (bukan perbuatan), bentuk 'arahan/permintaan/tegahan' biasanya tidak ujud.
10. Tiada bentuk.
Bagi 'non-verb' (bukan perbuatan), tiada bentuk biasanya tidak ujud.
No comments:
Post a Comment