Perkataan-perkataan Inggeris 'has to', 'have to', 'had to' mempunyai makna yang sama iaitu 'mesti, terpaksa'.
Struktur penggunaannya adalah begini : (Objek) + 'has/have/had' + 'to'.
1. 'Has to' bermakna 'mesti' atau 'terpaksa' (bagi masa 'present tense' (kelaziman sekarang)) bagi objek 'singular'.
2. 'Have to' bermakna 'mesti' atau 'terpaksa' (bagi masa 'present tense' (kelaziman sekarang)) bagi objek 'I, you, plural'.
3. 'Had to' bermakna 'mesti' atau 'terpaksa' (bagi masa 'past tense' (kelaziman masa lepas)) bagi semua objek.
1. 'Has to' bermakna mesti atau terpaksa (bagi masa 'present tense' (kelaziman sekarang), bagi objek 'singular')
Struktur penggunaan : (Objek) + 'has to'.
English | Melayu |
He has to go now | Dia terpaksa pergi sekarang |
She has to go to bed | Dia mesti masuk tidur |
Ali has to go to work | Ali mesti pergi berkerja |
Siti has to swim | Siti terpaksa berenang |
Abu has to study | Abu mesti mentelaah |
2. 'Have to' bermakna mesti atau terpaksa (bagi masa 'present tense' (kelaziman sekarang), bagi objek 'I, you, plural')
Struktur penggunaan : (Objek) + 'have to'.
English | Melayu |
I have to go now | Saya terpaksa pergi sekarang |
I have to go to bed | Saya terpaksa masuk tidur |
I have to go to work | Saya mesti pergi berkerja |
I have to swim | Saya mesti berenang |
I have to study | Saya mesti mentelaah |
3. 'Had to' bermakna mesti atau terpaksa (bagi masa 'past tense' (kelaziman masa lepas), bagi semua objek)
Struktur penggunaan : (Objek) + 'had to'.
English | Melayu |
I had to walk home | Saya terpaksa berjalan balik ke rumah |
She had to take over his duties | Dia terpaksa mengambilalih tugas-tugasnya |
He had to finish reading the book | Dia mesti habis membaca buku itu |
What he had to do to stop the terrorists ? | Apa yang dia mesti buat untuk menghentikan penggabas-pengganas itu ? |
They had to ask for visas to enter the country | Mereka mesti minta visa untuk masuk ke negara itu |
I had to use the air conditioners | Saya terpaksa menggunakan penghawa dingin |
Ringkasan
English | Melayu | Tense | Objek |
Has to | terpaksa | Present tense | Singular |
Have to | terpaksa | Present tense | I, you, plural |
Had to | terpaksa | Past tense | Semua |
No comments:
Post a Comment