'Future Perfect tense' adalah masa atau tempoh masa yang bermula dari satu masa sekarang atau dahulu ke masa atau tempoh depan dan statusnya berlanjutan hingga ke satu masa depan juga.
'Future Perfect tense - for the present' 'non-action verb' adalah masa atau tempoh masa bagi 'non-action verb' (perbuatan bukan beraksi) yang bermula dari satu masa sekarang dan statusnya berlanjutan hingga ke satu masa depan.
'Future Perfect tense - for the present' (bagi 'non-action verb') boleh ujud dalam beberapa bentuk :
1. Bentuk aktif.
2. Bentuk negatif.
3. Bentuk pasif.
4. Bentuk pasif dan negatif.
5. Bentuk Soalan bagi bentuk aktif.
6. Bentuk Soalan bagi bentuk negatif.
7. Bentuk Soalan bagi bentuk pasif.
8. Bentuk Soalan bagi bentuk pasif dan negatif.
Tiap-tiap bentuk mempunyai struktur yang perlu diikuti dalam penggunaannya.
Dalam bab ini hanya 4 tajuk pertama yang diliputi, dan 4 tajuk terakhir akan diliputi dalam bab berikutnya.
1. 'Future Perfect tense - for the present' bagi 'non-action verb' dalam bentuk aktif
Struktur penggunaan : (Objek) + 'will' + 'have' + ('past participle').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English - Present perfect tense | Melayu | Catitan |
Want | Mahu | He will have wanted the toy | Dia akan mahukan barang permainan itu | (Status 'mahu' itu bermula dari satu masa depan dan kekal hingga satu masa depan juga) |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future perfect tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan dan statusnya berterusan hingga satu masa depan juga.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will' + 'have' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will' diikuti perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek iaitu 'I, you, singular, plural'.
- 5. Perkataan 'will' bermakna 'akan'.
- 6. Dalam struktur ini, perkataan 'have' bermakna 'sudah'.
- 7. Perkataan 'past participle' tertentu menandakan 'perfect tense'.
- 8. Frasa 'will' boleh digantikan dengan 'am/is/are going to'.
- 9. Perhatikan, struktur ini sama seperti 'action verb'.
2. 'Future Perfect tense - for the present' bagi 'non-action verb' dalam bentuk negatif
Struktur penggunaan : (Objek) + 'will' + 'not' + 'have' + ('past participle').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English Present perfect tense | Melayu | Catitan |
Like | Suka | He will not have liked Ali | Dia tidak akan sudah suka Ali | (Status tidak akan suka itu bermula dari satu masa depan hingga ke satu masa depan juga) |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future perfect tense' (dalam bentuk 'negatif') ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu tidak akan berlaku bermula pada masa sekarang hingga ke satu masa akan datang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will not' + 'have' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will' diikuti perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua 'objek' iaitu 'I, you, singular, plural'. Ia bererti 'akan'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bererti 'tidak'.
- 6. Kombinasi 'will not' bermaksud 'tidak akan' atau 'belum', bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur terbalik ini.
- 7. Apabila digandingkan dengan 'past participle', perkataan 'have' bermakna 'sudah'.
- 8. Perkataan 'past participle' menandakan perkara itu 'perfect tense'.
- 9. Dalam bahasa Melayu, frasa 'tidak akan sudah' boleh dikatakan tidak biasa digunakan dalam bahasa Melayu.
- 10. Tidak ada 'will not has' dan 'will not had'.
- 11. Perhatikan, struktur ini sama seperti 'action verb'.
3. 'Past Perfect tense - for the present' bagi 'non-action verb' dalam bentuk pasif
Struktur penggunaan : (Objek) + 'will' + 'have' + 'been' + ('past participle').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English Present perfect tense | Melayu | Catitan |
Envy | Cemburu | She will have been envied by many | Dia akan (sudah) dicemburui oleh ramai orang | (Penutur bermaksud status akan dicemburui itu akan bermula dari satu masa depan hingga ke satu masa masa depan juga) |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future perfect tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku di masa akan datang dan statusnya berlanjutan hingga satu masa depan juga.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will' + 'have' + 'been' + ('past participle'). Iaitu (objek) tertentu diikuti perkataan 'will' diikuti perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek iaitu I, you, singular, plural. Ia bererti 'akan'. Ia digunakan bagi masa depan bagi masa sekarang.
- 5. Dalam struktur ini, perkataan 'have' bermakna 'sudah'.
- 6. Dalam struktur ini, perkataan 'been' bermakna 'di'.
- 7. Dalam struktur ini, perkataan ('past participle') tertentu menunjukkan bentuk 'pasif'.
- 8. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'will' + 'have' + ('past participle').
- 9. Tiada 'will has been' dan 'will had been'.
- 10. Perhatikan, struktur ini sama seperti 'action verb'.
4. 'Future Perfect tense - for the present' bagi 'non-action verb' dalam bentuk pasif dan negatif
Struktur penggunaan : (Objek) + 'will' + 'not' + 'have' + 'been' + ('past participle').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | English - Present perfect tense | Melayu | Catitan |
Fear | Takut | He will not have been feared by his opponent | Dia tidak akan sudah ditakuti oleh lawannya | (Status tidak ditakuti itu bermula dari satu masa depan hingga ke satu masa depan juga) |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future perfect tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan mula berlaku pada masa depan hingga ke satu masa depan juga (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will' + 'not' + 'have' + 'been' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'have' diikuti perkataan 'been' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua 'objek' iaitu 'I, you, singular, plural'. Ia bererti 'akan'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bererti 'tidak'.
- 6. Kombinasi 'will not' bermakna 'tidak akan' bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur terbalik ini.
- 7. Dalam struktur ini, perkataan 'have' bermakna 'sudah'.
- 8. Dalam struktur ini, perkataan 'been' bermakna 'di'.
- 9. Perkataan ('past participle') tertentu digunakan bagi melambangkan 'pasif' (kena buat).
- 10. Kombinasi 'have been + ('past participle')' bermakna 'sudah di(pasif).
- 11. Perhatikan, struktur ini sama seperti 'action verb'.
No comments:
Post a Comment