'Future tense - for the present' dikenali juga sebagai 'Simple Future tense - for the present'.
'Future tense' adalah masa akan datang.
'Future tense - for the present' bagi 'non-action verb' adalah masa 'non-action verb' yang akan berlaku pada masa akan datang (bagi masa sekarang).
'Future' (akan datang) boleh di bahagi 2 :
1. Akan datang bagi masa sekarang ('Future - for the present').
2. Akan datang bagi masa lepas ('Future - for the past').
Berikut adalah beberapa bentuk bagi 'Future tense - for the present' :
1. Bentuk aktif.
3. Bentuk negatif.
2. Bentuk pasif.
4. Bentuk negatif dan pasif.
Tiap-tiap bentuk mempunyai struktur tertentu dalam penggunaannya.
1. 'Future tense - for present' bagi 'non-action verb' bentuk aktif
Ada 2 struktur yang digunakan bagi 'Future tense - for present' (bagi 'non-action verb') dalam bentuk 'aktif' :
1.1. (Objek) + 'will' + ('non-action verb').
1.2. (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + ('non-action verb').
1.1 Struktur penggunaan : (Objek) + 'will' + ('non-action verb').
Dalam struktur ini, perkataan 'will' digunakan.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - will | Melayu |
Possess | Memiliki | I will possess this | Saya akan memiliki ini |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future tense - for present' menggunakan perkataan 'will' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will' + ('non-action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will' diikuti dengan 'non-action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
- 5. 'Non-action verb' mestilah menggunakan perkataan 'infinitive'.
- 6. 'Will' bermaksud 'akan'. Ia bermakna masa depan (bagi masa sekarang).
1.2 Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + ('non-action verb')).
Dalam struktur ini, perkataan 'going to' (bermakna 'akan' (bagi masa sekaranb) digunakan untuk menggantikan 'will' iaitu masa depan (bagi masa sekarang).
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - going to | Melayu |
Agree | Setuju | I am going to agree | Saya akan setuju |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future tense - for present' menggunakan perkataan 'going to' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini (semua 'non-verb').
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + ('non-action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'am' atau 'is' atau 'are' diikuti perkataan 'going to' diikuti dengan 'non-action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I'. Perkataan 'is' digunakan bagi objek 'singular. Perkataan 'are' digunakan bagi objek 'you, plural'. Ketiga-tiga perkataan itu juga menandakan masa depan bagi masa sekarang.
- 5. Perkataan 'am/is/are' bererti 'ialah/adalah/merupakan' tapi boleh disenyapkan dalam bahasa Melayu tetapi tidak boleh disenyapkan dalam bahasa Inggeris.
- 6. Perkataan 'going to' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular, plural').
- 7. 'Non-action verb' mestilah menggunakan perkataan 'infinitive'.
- 8. 'Going to' bermaksud 'akan' (bagi masa sekarang). Ia boleh menggantikan 'will'.
2. 'Future tense - for present' bagi 'non-action verb' bentuk 'negatif'
Ada 2 struktur yang digunakan bagi 'Future tense - for future' (bagi 'non-action verb') dalam bentuk 'negatif' :
2.1. (Objek) + 'will not' + ('non-action verb').
2.2. (Object) + 'am/is/are' + 'not' + 'going to' + ('non-action verb').
2.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'will not' + ('non-action verb').
Struktur ini menggunakan perkataan 'will not' (tidak akan).
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - will not | Melayu |
Agree | Setuju | I will not agree with the proposal | Saya tidak akan setuju dengan cadangan itu |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' menggunakan 'will not' (dalam bentuk 'negatif') ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal akan berlaku pada masa depan bagi masa sekarang.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini (semua 'non-verb').
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk 'negatif') : (Objek) + 'will not' + ('non-action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will not' diikuti dengan perkataan 'non-action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua 'objek' samada 'I, you, singular' atau 'plural'. Perkataan 'will' juga melambangkan masa hadapan bagi masa sekarang.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 6. Kombinasi 'will not' bermakna 'tidak akan' bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur terbalik ini. 'Will not' juga sering dipendekkan menjadi 'won't' (bukan 'willn't').
- 7. 'Non-action verb' selepas 'not' hendaklah sentiasa dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- 8. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'tidak akan' boleh dikatakan biasa digunakan.
2.2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'not' + 'going to' + ('non-action verb').
Struktur ini menggunakan perkataan 'not going to' (tidak akan).
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - not going to | Melayu |
Agree | Setuju | I am not going to agree with the proposal | Saya tidak akan setuju dengan cadangan itu |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' menggunakan 'not going to' (dalam bentuk 'negatif') ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini (semua 'non-verb').
- 3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'not' + 'going to' + ('non-action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'am/is/are' diikuti dengan perkataan 'not going to' diikuti dengan perkataan 'non-action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'am/is/are' bererti 'ialah/adalah/merupakan' tapi ia disenyapkan dalam bahasa Melayu.
- 5. Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I'. Perkataan 'is' digunakan bagi objek 'singular'. Perkataan 'are' digunakan bagi objek 'you, plural'.
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 7. Perkataan 'going to' juga melambangkan masa hadapan, bermaksud 'akan'. Ia boleh menggantikan 'will'.
- 8. Kombinasi 'not going to' bermakna 'tidak akan' bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur tidak terbalik ini.
- 9. 'Non-action verb' selepas perkataan 'to' hendaklah sentiasa dieja dalam bentuk 'infinitive'.
- 10. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'tidak akan' boleh dikatakan biasa digunakan.
3. 'Future tense - for the present' bagi 'non-action verb' bentuk pasif
Ada beberapa struktur yang digunakan bagi 'Future tense - for present' (bagi 'non-action verb') dalam bentuk 'pasif' :
3.1. (Objek) + 'will' + 'be' + ('past participle').
3.2. (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + 'be' + ('past participle').
3.1. Struktur penggunaan : (Objek) + will + be + ('past participle').
Dalam struktur ini, perkataan 'will' digunakan.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - will be | Melayu |
Remember | Ingat | My house will be remembered by people | Rumah saya akan diingati oleh orang ramai |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense - for the present' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai digunakan bagi 'tense' ini (semua 'non-verb').
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk pasif ) : (Objek) + 'will' + 'be' + ('past participle'). Iaitu 'objek' tertentu diikuti perkataan 'will' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' dan 'plural').
- 5. Perkataan 'will' bermakna 'akan' (bagi masa sekarang).
- 6. Dalam struktur ini, perkataan 'be' bermakna 'di' dalam bentuk pasif.
- 7. Perkataan 'past participle' tertentu digunakan dalam hal 'pasif'.
- 8. Kombinasi perkataan 'be' dengan 'past participle' bermakna 'di(pasif)'.
- 9. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'will' + ('non-action verb').
3.2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + 'be' + ('past participle').
Dalam struktur ini, frasa 'going to' (bermakna 'akan') boleh digunakan untuk menggantikan 'will'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - going to be | Melayu |
Promise | Janji | You are going to be promised something by him tonight | Awak akan dijanjikan sesuatu olehnya malam ini |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa depan (bagi masa sekarang).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini (semua 'non-verb').
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk pasif ) : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + 'be' + ('past participle'). Iaitu 'objek' tertentu diikuti perkataan 'am/is/are' diikuti perkataan 'going to' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'am/is/are' bermaksud 'ialah/adalah/merupakan' yang biasanya disenyapkan dalam bahasa Melayu.
- 5. Perkataan 'am' digunakan bagi objek 'I'. Perkataan 'is' digunakan bagi objek 'singular'. Perkataan 'are' digunakan bagi objek 'you, plural'.
- 6. Perkataan 'going to' bermaksud 'akan' (bagi masa sekarang).
- 7. Apabila perkataan 'be' digandingkan dengan 'past participle', ia bermakna 'di' (pasif).
- 8. Perkataan 'past participle' digunakan dalam hal 'pasif'.
- 9. Kombinasi 'am/is/are + going to + be + ('past participle')' ini bermaksud 'akan di(pasif)'. Frasa ini biasa digunakan dalam bahasa Melayu.
- 10. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'am/is/are' + 'going to' + ('non-action verb').
4. 'Future tense - for the present' bagi 'non-action verb' bentuk negatif dan pasif
Ada 2 struktur yang digunakan bagi 'Future tense - for the present' (bagi 'non-action verb') dalam bentuk 'negatif' dan 'pasif'' :
4.1. (Objek) + 'will not' + 'be' + ('past participle').
4.2. (objek) + 'am/is/are' + 'not' + 'going to' + 'be' + ('past participle').
4.1. Struktur penggunaan : (Objek) + 'will not' + 'be' + ('past participle').
Struktur ini menggunakan perkataan will not be (tidak akan di...).
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - will not be | Melayu |
Recognise | Kenal | Your house will not be recognised anymore | Rumah awak tidak akan dikenali lagi |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense - for the present' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa hadapan (bagi masa sekarang) (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai (semua 'action verb' dan semua 'non-action verb'. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini (semua 'non-verb').
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'will not' + 'be' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'will not' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'will' digunakan bagi semua 'objek' iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'. Ia juga menandakan akan datang bagi masa kini.
- 5. Perkataan 'will' bermakna 'akan' (bagi masa sekarang).
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 7. Kombinasi 'will not' bermakna 'tidak akan' bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur terbalik ini. 'Will not' sering dipendekkan menjadi 'won't'.
- 8. Dalam struktur ini, perkataan 'be' bererti 'di' jika digandingkan dengan 'past participle' (bagi bentuk pasif).
- 9. Perkataan 'past participle' tertentu melambangkan 'pasif' (kena buat).
- 10. Kombinasi 'be' dan 'past participle' bermakna 'di(pasif)'.
- 11. Frasa 'tidak akan di...' mungkin ada digunakan dalam bahasa Melayu.
4.2. Struktur penggunaan : (Objek) + 'am/is/are' + 'not' + 'going to' + 'be' + ('past participle').
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - not going to | Melayu |
Realise | Sedari | The items are not going to be realised | Barang-barang itu tidak akan disedari |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa hadapan bagi masa kini (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'am/is/are' + 'not' + 'going to' + 'be' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'am/is/are' diikuti dengan perkataan 'not going to' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'am/is/are' bererti 'ialah/adalah/merupakan' biasanya disenyapkan dalam bahasa Melayu.
- 5. Perkataan 'am' digunakan jika 'objek' ialah 'I'. Perkataan 'is' digunakan jika 'objek' ialah 'singular'. Perkataan 'are' digunakan jika 'objek' ialah 'you, plural'.
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 7. Perkataan 'going to' bermakna 'akan'.
- 8. Kombinasi 'not going to' bermakna 'tidak akan' bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur tidak terbalik ini.
- 9. Perkataan 'be' apabila digandingkan dengan 'past participle' bererti 'di'.
- 10. Perkataan 'past participle' tertentu melambangkan 'pasif' (kena buat).
- 11. Kombinasi 'be' dan 'past participle' bermakna 'di(pasif)'.
- 12. Frasa 'tidak akan di...' mungkin ada digunakan dalam bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment