Ingat : 'Future Continuous tense' adalah masa yang akan datang. Penekanan diberi kepada aksi perbuatan.
'Future Continuous tense' terbahagi dua iaitu :
1. Masa depan bagi masa sekarang ('Future tense for the present')
2. Masa depan bagi masa dahulu ('Future tense for the past').
Berikut ialah beberapa bentuk bagi 'Future Continuous tense - for the past' :
1. Bentuk aktif.
2. Bentuk negatif.
3. Bentuk pasif.
4. Bentuk negatif dan pasif.
Bagi tiap-tiap bentuk, terdapat struktur tertentu yang patut digunakan.
1. 'Future continuous tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk aktif
Struktur yang digunakan : (Objek) + 'would' + 'be' + ('present participle').
Perkataan 'would' digunakan jika sesuatu telah berlaku pada masa lepas. Penekanan diberi pada aksi perbuatan.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional I Progressive'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - would | Melayu | |
Talk | Cakap | If you came, she would be talking about the war | Kalaulah awak datang, dia akan bercakap tentang perang itu | |
Pass | Lulus | If I passed the exam, I would be jumping | Kalaulah saya lulus peperiksaan itu, saya akan melompat | |
Lay | Baring | If I were in Cherating, I would be lying on the beach | Jika saya berada di Cherating, saya akan baring di pantai | |
Raft | Berkayak | I would be rafting down the Rajang River right now if my leg weren't broken | Saya akan berkayak di Sungai Rajang sekarang ini jika kaki saya tidak patah | |
Stand | Diri | If I were able to go to the train station tonight to meet Siti, I would be standing on the platform waiting for her when she arrives | Jika saya boleh pergi ke stesen keretapi malam ini untuk bertemu Siti, saya akan berdiri di pletfom menunggu kedatangan dia |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'Future continuous tense' menggunakan perkataan 'would be + ('present participle')' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan sedang berlaku pada masa depan jika sesuatu hal berlaku pada masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'would' + 'be' + ('present participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan 'present participle' tertentu. Ia bermaksud 'akan berlaku'.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' atau 'plural'). Perkataan 'would' adalah 'past tense' bagi 'will'. Kedua-duanya bermakna 'akan'.
- 5. Dalam struktur ini, perkataan 'be' bermakna 'menjadi dalam keadaan'.
- 6. Perkataan 'present participle' tertentu digunakan bagi menandakan perkara itu sedang berlaku.
2. 'Future continuous tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk negatif
Struktur yang digunakan yang menunjukkan 'Future Continuous tense - for the past' (bagi 'action verb' dalam bentuk 'negatif' ialah seperti berikut :
(Objek) + 'would' + 'not' + 'be' + ('present participle').
Struktur ini menggunakan frasa 'would not'.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional I Progressive'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - would not | Melayu |
Talk | Cakap | If you came, she would not be talking about the war | Kalaulah awak datang, dia tidak akan bercakap tentang perang itu |
Pass | Lulus | If I passed the exam, I would not be jumping | Kalaulah saya lulus peperiksaan itu, saya tidak akan melompat |
Lay | Baring | If I were not in Cherating, I would not be lying on the beach | Jika saya tidak berada di Cherating, saya tidak akan baring di pantai |
Raft | Berkayak | I would not be rafting down the Rajang River right now if my leg were broken | Saya tidak akan berkayak di Sungai Rajang sekarang ini jika kaki saya patah |
Stand | Berdiri | I would not be standing on the platform waiting for her when she will arrive | Saya tidak akan berdiri di pletfom menunggu bilakah dia akan sampai |
Catitan :
- 1. Apabila struktur ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal tidak itu akan sedang berlaku pada masa depan (bagi masa dahulu).
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'would' + 'not' + 'be' + ('present participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would' diikuti perkataan 'not' diikuti perkataan 'be' diikuti dengan perkataan 'present participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek samada 'I, you, singular' atau 'plural'.
- 5. Perkataan 'would' bermakna 'akan'. Ia digunakan bagi masa depan bagi masa lepas. Ia adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 7. Kombinasi 'would not' bermakna 'tidak akan', bukan 'akan tidak'. Perhatikan struktur terbalik ini.
- 8. Kombinasi 'would not' biasa dipendekkan menjadi 'wouldn't'.
- 9. Dalam struktur ini, perkataan 'be' bererti 'dalam keadaan'.
- 10. Perkataan 'present participle' tertentu melambangkan perkara sedang berlaku.
- 11. Dalam bahasa Melayu, frasa 'tidak akan' boleh dikatakan biasa digunakan.
3. 'Future continuous tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk pasif
Berikut ialah struktur yang digunakan bagi menunjukkan 'Future Continuous tense - for the past' (bagi 'action verb' dalam bentuk pasif) :
(Objek) + 'would' + 'be' + 'being' + ('past participle').
Dalam struktur ini, perkataan 'would' digunakan.
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional I Progressive'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - would | Melayu |
Talk | Cakap | If you came, the war would be talked about by her | Kalaulah awak datang, perang itu akan dicakapi olehnya |
Pass | Lulus | If I passed the exam, I would be given ten ringgit | Kalau saya lulus peperiksaan itu, saya akan diberi sepuluh ringgit |
Lay | Baring | If he was in Cherating, he would be lied on the beach | Jika dia berada di Cherating, dia akan dibaringkan di pantai |
Raft | Berkayak | He would be rafted down the Rajang River if his leg was broken | Dia akan dikayak di Sungai Rajang jika kakinya patah |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future continuous tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan sedang berlaku pada masa depan bagi masa lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk pasif ) : (Objek) + 'would' + 'be' + 'being' + ('past participle'). Iaitu 'objek' tertentu diikuti perkataan 'would' diikuti perkataan 'be' diikuti perkataan 'being' diikuti perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' dan 'plural'). Ia juga bermakna 'akan'.
- 5. Perkataan 'would' menandakan hal masa depan bagi masa lepas. Ia adalah 'past tense' bagi 'will'. Ia bermakna 'akan'.
- 6. Apabila digandingkan dengan 'past participle', perkataan 'be' bermakna 'di'.
- 7. Dalam struktur ini, perkataan 'being' menandakan sedang berlaku.
- 8. Perkataan 'past participle' tertentu digunakan bagi menandakan hal 'pasif'.
- 9. Struktur ini bermaksud 'akan sedang di(pasif)'. Frasa ini kurang biasa digunakan dalam bahasa Melayu.
- 10. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + 'would' + 'be' + ('present participle').
4. 'Future continuous tense - for the past' bagi 'action verb' dalam bentuk negatif dan pasif
Berikut ialah struktur yang digunakan bagi 'future continuous tense - for the past' bagi 'action verb' bentuk negatif dan pasif :
(Objek) + 'would' + 'not' + 'be' + 'being' + ('past participle').
Dalam bahasa Inggeris, struktur ini dipanggil 'Conditional I Progressive'.
English (infinitive) | Melayu (perkataan dasar) | Future tense - would not be being | Melayu |
Talk | Bual | If you came, the war would not be being talked about | Kalaulah awak datang, hal peperangan itu tidak akan dibualkan |
Promote | Naik pangkat | Even if I passed the exam, I would not be being promoted | Meskipun saya lulus peperiksaan itu, saya tidak akan dinaikkan pangkat |
Review | Reviu | His work would not be being reviewed | Kerja-kerjanya tidak akab direviu |
Raft | Berkayak | I would not be being rafted down the Rajang River right now if my leg weren't broken | Saya tidak akan dikayaki di Sungai Rajang sekarang ini jika kaki saya tidak patah |
Stand | Berdiri | If I were able to go to the train station tonight to meet Siti, I would not be being stood on the platform waiting for her when she arrives | Jika saya boleh pergi ke stesen keretapi malam ini untuk bertemu Siti, saya tidak akan didirikan di pletfom menunggu kedatangan dia |
Catitan :
- 1. Apabila struktur 'future continuous tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu akan berlaku pada masa hadapan bagi masa lepas (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + 'would' + 'not' + 'be' + 'being' + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'would' diikuti perkataan 'not' diikuti perkataan 'be' diikuti perkataan 'being' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'would' digunakan bagi semua 'objek' (iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'). Ia bermakna 'akan'. Ia digunakan bagi masa depan bagi masa lepas. Ia adalah 'past tense' bagi 'will'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'. Ia bermakna 'tidak'.
- 6. Apabila digandingkan dengan 'past participle' tertentu, perkataan 'be' bermakna 'di'.
- 7. Dalam struktur ini, perkataan 'being' menandakan sedang dilakukan.
- 8. Perkataan 'past participle' digunakan untuk melambangkan 'pasif'.
- 9. Frasa 'tidak akan sedang di(pasif)' mungkin jarang digunakan dalam bahasa Melayu tetapi digunakan dalam contoh diatas untuk menunjukkan maksud 'tense' dalam bahasa Inggeris.
Catitan :
'Future Continuous tense' tidak ujud bagi 'non-verb'.
No comments:
Post a Comment