Sunday, January 31, 2016

9. Mengenali 'verb' ('action', 'non-action') dan 'non-verb'

Mengenali 'verb' ('action', 'non-action') dan 'non-verb'

Dalam bahasa Inggeris, ada istilah 'verb' dan 'non-verb'.

'Verb' bermaksud 'perbuatan' seperti 'squeeze' (perah), 'play' (main), 'think' (fikir), 'guess' (agak), dsb.

'Verb' boleh di bahagi kepada 2 jenis iaitu :

1. 'Physical verb' (aksi fizikal) atau 'action verb' (perbuatan beraksi) atau 'non-stative verb' (perbuatan ada gerakan).
2. 'Non-Physical verb' (aksi bukan fizikal) atau 'non-action verb' (perbuatan tidak beraksi) atau 'Stative verb' (perbuatan tiada gerakan).

'Physical/action/non-stative verb' ialah seperti 'squeeze' (perah), 'play' (main).
'Non-Physical/non-action/stative verb' ialah seperti 'think' (fikir), 'guess' (agak).

'Non-verb' bermaksud 'bukan perbuatan' seperti 'a ball' (sebiji bola). Ia mungkin satu status, bentuk, ciri, keadaan, benda.

Dalam bahasa Inggeris, adalah penting untuk mengenal pasti sama ada sesuatu perkataan itu 'Action/physical/non-stative Verb' atau 'Non-action/non-physical/stative verb' atau 'Non-verb' kerana ada sedikit perbezaan dari segi 'ejaan' dalam sistem masa ('tense') yang terdapat dalam bahasa Inggeris.

Dalam bab-bab berikut, kita akan belajar lebih lanjut tentang sistem masa ('tense').

Ringkasan

'Action/physical/non-stative verb' - Contohnya : 'shout', 'kick', dsb.
'Non-Action Verb/non-physical/stative verb' - Contohnya : 'think', 'guess', 'listen', dsb.
'Non-Verb' - Contohnya : 'a ball', 'a stalled car', 'red', 'a red house', dsb.
'Linking Verb' - Contohnya : 'be (am, is, are, was, were, has been, have been, had been', dsb).
'Modal/auxiliary/helping verb' - Contohnya : 'should', 'may', 'might', 'can', 'must', 'will', dsb.

No comments: