Tuesday, December 25, 2012

159. Pelbagai penggunaan 'does'

Pelbagai penggunaan 'does'

Perkataan Inggeris 'does' mempunyai pelbagai penggunaan dan makna.

'Does' menandakan 'present tense' bagi objek 'he, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.

Berikut ialah beberapa struktur dimana perkataan 'does' digunakan :

1. (Objek) + ('verb').
2. 'Does' boleh bermakna 'memang' bagi 'non-action verb' yang dilakukan oleh objek 'singular' bagi masa 'present tense'.
3. 'Does not' bermaksud tak, tidak.
4. Dalam bentuk 'soalan aktif', 'does' bermaksud adakah bagi objek 'singular' dan masa 'present tense'.
5. Dalam bentuk 'soalan negatif', 'doesn't' atau 'does not' bermaksud adakah (objek) tidak, tidakkah atau bukankah bagi objek 'singular'.



1. Struktur penggunaan : (Objek) + ('verb').

'Does' digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'Singular'.
2. Masa : 'Present tense'.

EnglishMelayuEnglish - alternative
She knowsDia tahuShe does know
She likes sweetsDia suka gula-gulaShe does like sweets
He knowsDia tahuHe does know
He likes sweetsDia suka gula-gulaHe does like sweets
It breaks easilyIa mudah pecahIt does break easily
It takes some timeIa mengambil sedikit masaIt does take some time
It mattersIa pentingIt does matter

Catitan :

- 'Does' menggantikan tambahan huruf 's' bagi 'verb' yang dilakukan oleh objek 'singular' bagi masa 'present tense' (Jika 'does' digunakan, maka tiada tambahan 's' bagi 'verb' berkenaan).

- 'Verb' hendaklah mengambil bentuk 'infinitive'.
- 'Verb' itu samada 'action verb' atau 'non-action verb'.

2. 'Does' boleh bermakna 'memang' bagi 'verb' yang dilakukan oleh objek 'singular' bagi masa 'present tense'.

EnglishMelayu
He does knowDia memang tahu
She does like sweetsDia memang suka gula-gula
Ali does knowAli memang tahu
He does like sweetsDia memang suka gula-gula
He does want thatDia memang mahukan itu
She does love sweetsDia memang suka gula-gula

Catitan :

- 'Does' menggantikan tambahan huruf 's' bagi 'non-action verb' yang dilakukan oleh objek 'singular' bagi masa 'present tense'. (Jika 'does' digunakan, maka tiada tambahan 's' bagi 'verb' berkenaan).

- 'Verb' hendaklah mengambil bentuk 'infinitive').
- 'Verb' itu samada 'action verb' atau 'non-action verb'.

3. 'Does not' bermaksud tak, tidak.

'Does not' boleh diringkaskan menjadi 'doesn't'.

EnglishMelayu
She doesn't do itDia tidak melakukannya
He doesn't sleepDia tidak tidur
Ali doesn't eat beefAli tidak makan daging lembu
He doesn't drink alcoholDia tidak minum alkohol
It doesn't walk on the grassIa tidak berjalan diatas rumput

Catitan :

- 'Doesn't' tidak bermakna 'jangan'. Untuk 'jangan', gunakan 'don't'. Contohnya : Tiada 'please doesn't walks'. Yang ada ialah 'please don't walk'.
- 'Doesn't' menghasilkan satu bentuk 'negatif', oleh itu perkataan selepasnya hendaklah dalam bentuk 'infinitive'.

4. Dalam bentuk 'soalan aktif', 'does' bermaksud adakah bagi objek 'singular' dan masa 'present tense'.

Struktur penggunasn : 'Does' + (objek) + ('verb').

EnglishMelayu
Does he need to do that ?Adakah dia perlu buat itu ?
Does she like sweets ?Adakah dia suka gula-gula ?
Does he know ?Adakah dia tahu ?
Does she know ?Adakah dia tahu ?
Does Ali know ?Adakah Ali tahu ?
Does it matter ?Adakah ia penting ?
Does he know what he is doing ?Adakah dia tahu apa yang dia sedang buat ?

Catitan :

- Apabila does digunakan dalam bentuk 'soalan aktif', penanya bermaksud bahawa hal itu adalah 'non-action verb', dilakukan oleh objek 'singular' dan dilakukan pada masa 'present tense'.
- Apabila does digunakan dalam bentuk 'soalan aktif', 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

5. Dalam bentuk 'soalan negatif', doesn't atau 'does not' bermaksud adakah (objek) tidak, tidakkah atau bukankah bagi objek 'singular'.

Struktur penggunaan : 'Doesn't' + (objek) + ('verb').

EnglishMelayu
Doesn't he need to do that ?Tidakkah dia perlu buat itu ?
Doesn't she like sweets ?Tidakkah dia suka gula-gula ?
Doesn't he know ?Tidakkah dia tahu ?
Doesn't she know ?Tidakkah dia tahu ?
Doesn't Ali know ?Tidakkah Ali tahu ?
Doesn't it matter ?Tidakkah ia penting ?
Doesn't he know what he is doing ?Tidakkah dia tahu apa yang dia sedang buat ?

Catitan :

- Apabila 'doesn't' atau 'does not'digunakan dalam bentuk soalan negatif, penanya bermaksud bahawa hal itu adalah 'verb', dilakukan oleh objek 'singular' dan dilakukan pada masa 'present tense'.
- Apabila 'doesn't' digunakan dalam bentuk 'soalan negatif', 'verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

Ringkasan :

BentukStrukturObjek
Aktif(Objek) + doesSingular
Negatif(Objek) + doesn'tSingular
Soalan AktifDoes + (objek) + ('verb') ?Singular
Soalan NegatifDoesn't + (objek) + ('verb') ?Singular

No comments: