Wednesday, December 28, 2011

289. Berkata 'tidak mahu di(pasif)' (dulu)

Berkata 'tidak mahu di(pasif)' (dulu)

Dalam bahasa Inggeris, kombinasi perkataan berikut bermakna 'tidak mahu di...', bagi masa dahulu (bentuk 'negatif dan pasif') :

'Did not want' + 'to be' + ('past participle').

Kombinasi perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam struktur berikut :

1. (Objek) + 'did not want' + 'to be' + ('past participle').



1. Struktur : (Objek) + 'did not want' + 'to be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'didn't want' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

'Did not' boleh diringkaskan menjadi 'didn't'.

'Past participle' ialah perkataan yang digunakan dalam bahasa Inggeris bagi perbuatan pasif.

'Did not want to be + past participle' bermaksud lebihkurang tidak mahu di... + perbuatan pasif.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - Keadaan tidak mahu di + perbuatan pasif itu ujud pada masa yang sudah lepas).
3. 'Verb' - Hal yang tidak dimahukan itu adalah perbuatan, bukan benda atau objek.

'Verb'EnglishMelayu
TreatHe did not want to be a treated like thatDia tidak mahu dilayan seperti itu
LeaveHe did not want to be left behindDia tidak mahu ditinggalkan di belakang
AskHe did not want to be asked aroundDia tidak mahu disuruh-suruh kesana kemari
MakeHe did not want to be made a scapegoatDia tidak mahu dibuat sebagai orang yang dipersalahkan
SpyHe did not want to be spiedDia tidak mahu diintip

Catitan :

- 1. Apabila perkataan 'did' digunakan, dengan sendirinya bermaksud hal berkenaan ujud pada masa lepas.
- 2. Perkataan 'not' membawa bentuk negatif.
- 3. Kombinasi 'be + (past participle)' menerbitkan bentuk 'pasif'.
- 4. Ejaan 'want' selepas 'not' hendaklah dalam bentuk 'infinitive' iaitu 'want' bukan 'wants'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
did not want to be + (past participle)(objek) + did not want to be + (past participle)SemuaPast tenseNegatif pasif

No comments: