Wednesday, December 28, 2011

288. Berkata 'tidak mahu di(pasif)' (sekarang)

Berkata 'tidak mahu di(pasif)' (sekarang)

Dalam bahasa Inggerus, kombinasi perkataan-perkataan berikut bermakna 'tidak mahu di...', bagi masa sekarang (bentuk 'negatif dan pasif') :

1. 'Do not want' + 'to be' + ('past participle').
2. 'Does not want' + 'to be' + ('past participle').

Kombinasi perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'do not want' + 'to be' + ('past participle').
2. (Objek) + 'does not want' + 'to be' + ('past participle').



1. Struktur : (Objek) + 'do not want' + 'to be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'don't want' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

'Do not' boleh diringkaskan menjadi 'don't'.

'Past participle' ialah perkataan yang digunakan dalam bahasa Inggeris bagi menunjukkan perbuatan pasif.

'Do not want to be' + ('past participle') bermaksud lebihkurang tidak mahu di...(pasif).

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - keadaan tidak mahu di + perbuatan pasif itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang tidak dimahukan itu adalah perbuatan, bukan benda atau objek.

English Verb (infinitive)EnglishMelayu
TreatI do not want to be treated like thatSaya tidak mahu dilayan seperti itu
Leave behindI do not want to be left behindSaya tidak mahu ditinggalkan di belakang
AskI do not want to be asked aroundSaya tidak mahu disuruh-suruh kesana kemari
MakeI do not want to be made a scapegoatSaya tidak mahu dibuat sebagai orang yang dipersalahkan
SpyI do not want to be spiedSaya tidak mahu diintip

Catitan :

- 1. Apabila perkataan 'do' digunakan, dengan sendirinya bermaksud hal berkenaan ujud pada masa sekarang.
- 2. Kombinasi 'be + (past participle)' menerbitkan bentuk 'pasif'. Kombinasi ini bermakna 'di...(pasif).

2. Struktur : (Objek) + 'does not want' + 'to be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'doesn't want' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

'Does not' boleh diringkaskan menjadi 'doesn't'.

'Past participle' ialah perkataan yang digunakan dalam bahasa Inggeris bagi menunjukkan perbuatan pasif.

'Does not want to be' + ('past participle') bermaksud lebihkurang tidak mahu di... + perbuatan pasif.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - Keadaan tidak mahu di + perbuatan pasif itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang tidak dimahukan itu adalah perbuatan, bukan benda atau objek.

English Verb (infinitive)EnglishMelayu
TreatShe does not want to be a treated like thatDia tidak mahu dilayan seperti itu
LeaveShe does not want to be left behindDia tidak mahu ditinggalkan di belakang
AskShe does not want to be asked aroundDia tidak mahu disuruh-suruh kesana kemari
MakeShe does not want to be made a scapegoatDia tidak mahu dibuat sebagai orang yang dipersalahkan
SpyShe does not want to be spiedDia tidak mahu diintip

Catitan :

- 1. Apabila perkataan does digunakan, dengan sendirinya bermaksud hal berkenaan ujud pada masa sekarang.
- 2. Kombinasi 'be + (past participle)' menerbitkan bentuk 'pasif'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Do not want to be + (past participle)(Objek) + do not want to be + (past participle)I, You, PluralPresent tenseNegatif pasif
Does not want to be + (past participle)(Objek) + does not want to be + (past participle)SingularPresent tenseNegatif pasif

No comments: