Wednesday, December 28, 2011

287. Berkata 'tidak mahu' (dulu)

Berkata 'tidak mahu' (dulu)

Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang digunakan yang bererti tidak mahu, bagi masa lepas, ialah :

'Did not want'.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut untuk menyatakan tidak mahu, bagi masa lepas, dan setiap satunya bergantung kepada kesesuaian tertentu.

1. (Objek) + 'did not want' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'did not want' + 'to' + ('verb').
3. (Objek) + 'did not want' + 'to be' + ('non-verb').



1. Struktur : (Objek) + 'did not want' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'did not want' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Did not' boleh diringkaskan kepada 'didn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular', 'plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - perasaan tidak mahu itu ujud pada masa yang telah lepas).
3. 'Non-verb' - Hal yang tidak dimahukan itu adalah benda atau objek, bukan perbuatan.

'Non-verb'EnglishMelayu
ThatShe did not want that to happenDia tidak mahu perkara itu berlaku
AliThe manager did not want Ali to playPengurus tidak mahu Ali bermain
DoctorHe did not want doctor to examine himDia tidak mahu doktor memeriksanya
The towelAli did not want the towelAli tidak mahu tuala itu
StudentsThe headmaster did not want students to loiterGuru besar tidak mahu murid-murid merayau-rayau

Catitan :

- Apabila perkataan 'did' digunakan, dengan sendirinya bermaksud hal berkenaan ujud pada masa lepas.
- Setiap kali selepas perkataan 'not', ejaannya ialah 'want' (tanpa 's') bukan 'wants'.

2. Struktur : (Objek) + 'did not want' + 'to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'didn't want' diikuti perkataan 'to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

'Did not' boleh diringkaskan kepada 'didn't'.
'
Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - perasaan tidak mahu itu ujud pada masa yang telah lepas).
3. 'Verb' - Hal yang tidak dimahukan itu adalah perbuatan, bukan benda atau objek.

'Verb'EnglishMelayu
ComeShe did not want to comeDia tidak mahu datang
SayThe manager did not want to say whyPengurus tidak mahu menyatakan mengapa
StartHe did not want to start the showDia tidak mahu memulakan pertunjukan
ComeAli did not want to come earlyAli tidak mahu datang awal
RepeatThe headmaster did not want to repeat the reminderGuru besar tidak mahu mengulang-ulang peringatan

Catitan :

- Apabila perkataan 'did' digunakan, dengan sendirinya bermaksud hal berkenaan ujud pada masa lepas.
- 'Did' adalah 'past tense' bagi 'do' (satu 'present tense').
- 'Verb' selepas perkataan 'to' hendaklah dieja dengan bentuk 'infinitive'.
- 'Verb' ialah samada 'action verb' atau 'non-action verb'.
- Setiap kali jika masa ialah 'Past tense', maka semua 'objek' boleh digunakan.

3. Struktur : (Objek) + 'did not want' + 'to be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'didn't want' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Did not' boleh diringkaskan menjadi 'didn't'.

'Did not want to be' bermaksud lebihkurang tidak mahu menjadi.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - perasaan tidak mahu menjadi itu ujud pada masa yang telah lepas).
3. 'Non-verb' - Hal yang tidak dimahukan itu adalah benda atau objek, bukan perbuatan.

'Non-verb'EnglishMelayu
A terroristShe did not want to be a terroristDia tidak mahu menjadi seorang penjahat
ScapegoatThe manager did not want to be scapegoatPengurus tidak mahu menjadi orang yang dipersalahkan
Over-confidentHe did not want to be over-confidentDia tidak mahu menjadi terlalu yakin
SpectatorAli did not want to be a static spectatorAli tidak mahu menjadi penonton yang kaku
A puppetThe headmaster did not want to be a puppetGuru besar tidak mahu menjadi burung kakak tua

Catitan :

- Apabila perkataan 'did' digunakan, dengan sendirinya bermaksud hal berkenaan ujud pada masa dahulu.
- 'To be' hendaklah diikuti dengan 'non-verb' atau 'gerund'. Ia tidak boleh diikuti dengan 'verb'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Did not want + (non-verb)(Objek) + did not want + (non-verb)SemuaPast tenseNegatif
Did not want to + (verb)(Objek) + did not want to + (verb)SemuaPast tenseNegatif
Did not want to be + (non-verb)(Objek) + did not want to be + (non-verb)SemuaPast tenseNegatif

No comments: