Wednesday, December 28, 2011

286. Berkata 'tidak mahu' (sekarang)

Berkata 'tidak mahu' (sekarang)

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa perkataan yang digunakan yang bererti tidak mahu, bagi masa sekarang :

'Do not want'.
'Does not want'.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut untuk menyatakan tidak mahu, bagi masa sekarang, dan setiap satunya bergantung kepada kesesuaian tertentu.

1. (Objek) + 'do not want' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'does not want' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'do not want to' + ('verb').
4. (Objek) + 'does not want to' + ('verb').
5. (Objek) + 'do not want to be' + ('non-verb').
6. (Objek) + 'does not want to be' + ('non-verb').

Ingat bahawa dalam bahasa Inggeris terdapat sistem 'tense' (sistem masa/tempoh masa) dimana ejaan sesuatu 'verb' (perbuatan) boleh berubah bergantung kepada masa/tempoh perbuatan itu berlaku. Dalam bahasa Inggeris juga terdapat sistem 'I/you/singular/plural' dimana ejaan sesuatu 'verb' (perbuatan) berbeza bergantung kepada objek samada 'I/you/singular/plural'. Terdapat juga kombinasi sistem masa dan sistem 'I/you/singular/plural'. Oleh kerana tidak terdapat 2 sistem tersebut dalam bahasa Melayu, maka percubaan dibuat dalam buku ini untuk memadankan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.



1. Struktur : (Objek) + 'do not want' + ('non-verb')

' Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'do not want' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Do not' biasa diringkaskan kepada 'don't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - perasaan tidak mahu itu memang kebiasaan pada masa sekarang atau ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' - Hal yang tidak dimahukan itu adalah benda atau objek, bukan perbuatan.

'Non-verb'EnglishMelayu
YouI don't want you to comeSaya tidak mahu awak datang
HimThe players don't want him as coachPemain-pemain tidak mahu dia sebagai jurulatih
The showWe don't want the show to begin nowKami tidak mahu pertunjukan dimulakan sekarang
The tvThe students don't want the small tvPelajar-pelajar tidak mahu tv kecil
The subsidyThe oppositions don't want the subsidies to be abolishedPembangkang tidak mahu subsidi ditamatkan

Catitan :

- Apabila perkataan don't digunakan, dengan sendirinya bermaksud hal berkenaan ujud pada masa sekarang.
- Perkataan 'want' bukan 'wants' digunakan setiap kali selepas 'not'.

2. Struktur : (Objek) + 'does not want' + ('non-verb')

' Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'doesn't want' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Doesn't' adalah ringkasan bagi 'does not'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - perasaan tidak mahu itu memang kebiasaan pada masa sekarang atau ujud pada ketika ini).
3. 'Non-verb' - Hal yang tidak dimahukan itu bukan perbuatan tapi benda atau objek.

'Non-verb'EnglishMelayu
YouShe does not want you to comeDia tidak mahu awak datang
AliThe manager does not want Ali as the coachPengurus tidak mahu Ali sebagai jurulatih
The showHe does not want the show to begin nowDia tidak mahu pertunjukan dimulakan sekarang
AbuAli does not want Abu to come earlierAli tidak mahu Abu datang lebih awal
TeachersThe headmaster does not want teachers to come lateGuru besar tidak mahu guru-guru datang lewat

Catitan :

- Apabila perkataan does digunakan, dengan sendirinya bermaksud hal berkenaan lazim pada masa sekarang bagi objek 'singular'.
- Perkataan 'want' (tanpa 's') bukan 'wants' digunakan setiap kali selepas 'not'.

3. Struktur : (Objek) + 'do not want' + 'to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'don't want' diikuti perkataan 'to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

'Do not' sering diringkaskan menjadi don't.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - perasaan tidak mahu itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang tidak dimahukan itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek).

'Verb'EnglishMelayu
LeaveI do not want to leave youSaya tidak mahu tinggalkan awak
HaveThe players do not want to have him as coachPemain-pemain tidak mahu dia sebagai jurulatih
SeeWe do not want to see the showKami tidak mahu menonton pertunjukan itu
StopThe students do not want to stop playingPelajar-pelajar tidak mahu berhenti bermain
PresenyThe oppositions do not want to present the reasonsPembangkang tidak mahu menyatakan sebab-sebabnya

Catitan :

- Apabila perkataan do digunakan, dengan sendirinya bermaksud hal berkenaan ujud pada masa sekarang.
- 'Verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

4. Struktur : (Objek) + 'does not want' + 'to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'doesn't want' diikuti perkataan 'to' diikuti perkataan ('verb') tertentu .

'Does not' boleh diringkaskan menjadi 'doesn't'.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - perasaan tidak mahu itu memang kebiasaan pada masa sekarang atau ujud pada ketika ini).
3. 'Verb' - Hal yang tidak dimahukan itu adalah perbuatan bukan benda atau objek.

'Verb'EnglishMelayu
ComeShe does not want to comeDia tidak mahu datang
SayThe manager does not want to say whyPengurus tidak mahu menyatakan mengapa
StartHe does not want to start the showDia tidak mahu memulakan pertunjukan
ComeAli does not want to come earlyAli tidak mahu datang awal
RepeatThe headmaster does not want to repeat the reminderGuru besar tidak mahu mengulang-ulang peringatan

Catitan :

- Apabila perkataan does digunakan, dengan sendirinya bermaksud hal berkenaan ujud pada masa sekarang.
- 'Verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

5. Struktur : (Objek) + 'do not want' + 'to be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'don't want' diikuti perkatasn 'to be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Do not' boleh diringkaskan menjadi 'don't'.

'Do not want to be' bermakna lebihkurang tidak mahu menjadi.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - perasaan tidak mahu menjadi itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' - Hal yang tidak dimahukan itu adalah benda atau objek, bukan perbuatan.

'Non-verb'EnglishMelayu
SlaveI do not want to be your slaveSaya tidak mahu menjadi hamba awak
SingerI do not want to be a singerSaya tidak mahu menjadi seorang penyanyi
PersonI do not want to be a lazy personSaya tidak mahu menjadi seorang yang malas
HimI do not want to be like himSaya tidak mahu menjadi seperti dia
SmokerI do not want to be a smokerSaya tidak mahu menjadi seorang perokok

Catitan :

- Apabila perkataan do digunakan, dengan sendirinya bermaksud hal berkenaan ujud pada masa sekarang.
- Frasa 'to be' boleh diikuti dengan 'non-verb' dan 'gerund' tapi tidak boleh diikuti dengan 'verb'.

6. Struktur : (Objek) + 'does not want' + 'to be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'doesn't want' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Does not' boleh diringkaskan menjadi 'doesn't'.

'Does not want to be' bermakna lebihkurang tidak mahu menjadi.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - perasaan tidak mahu menjadi itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' - Hal yang tidak dimahukan itu adalah benda atau objek, bukan perbuatan.

'Non-verb'EnglishMelayu
SlaveShe does not want to be your slaveDia tidak mahu menjadi hamba awak
SingerShe does not want to be a singerDia tidak mahu menjadi seorang penyanyi
PersonShe does not want to be a lazy personDia tidak mahu menjadi seorang yang malas
HerShe does not want to be like herDia tidak mahu menjadi seperti dia
SmokerShe does not want to be a smokerDia tidak mahu menjadi seorang perokok

Catitan :

- Apabila perkataan 'does' digunakan, dengan sendirinya bermaksud hal berkenaan ujud pada masa sekarang.
- Frasa 'to be' boleh diikuti dengan 'non-verb' dan 'gerund' tapi tidak boleh diikuti dengan 'verb'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Do not want + (non-verb)(Objek) + do not want + (non-verb)I, You, PluralPresent tenseNegatif
Does not want + (non-verb)(Objek) + does not want + (non-verb)SingularPresent tenseNegatif
Do not want to + (verb)(Objek) + do not want to + (verb)I, You, PluralPresent tenseNegatif
Does not want to + (verb)(Objek) + does not want to + (verb)SingularPresent tenseNegatif
Do not want to be + (non-verb)(Objek) + do not want to be + (non-verb)I, You, PluralPresent tenseNegatif
Does not want to be + (non-verb)(Objek) + does not want to be + (non-verb)SingularPresent tenseNegatif

No comments: