Wednesday, December 28, 2011

285. Berkata 'mahu di(pasif)' (dulu)

Berkata 'mahu di(pasif)' (dulu)

Dalam bahasa Inggeris, kombinasi perkataan berikut digunakan untuk menyatakan mahu di..., bentuk pasif, bagi masa lepas.

'Wanted' + 'to be' + ('past participle').
.
Perkataan tersebut digunakan dalam struktur berikut :

1. (Objek) + 'wanted' + 'to be' + ('past participle').



1. Struktur : (Objek) + 'wanted' + 'to be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'wanted' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - perasaan mahu itu ujud pada masa dahulu).
3. 'Verb' - Hal yang dimahukan itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek).

VerbEnglishMelayu
IntroduceThey wanted to be introduced to youMereka mahu diperkenalkan kepada anda
LeaveHe wanted to be left aloneDia mahu dibiarkan sendirian
InvolveShe wanted to be involved in the projectDia mahu terlibat dalam projek itu
PayWe wanted to be paid in USDKami mahu diberi bayaran dalam USD
CarryThe child wanted to be carriedKanak-kanak itu mahu diangkatbawa

Catitan :

- Kombinasi 'be + (past participle)' menerbitkan bentuk 'pasif'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Wanted to be(Objek) + wanted to be + ('past participle')SemuaPast tensePasif

No comments: