Wednesday, December 28, 2011

284. Berkata 'mahu di(pasif)' (sekarang)

Berkata 'mahu di(pasif)' (sekarang)

Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa kombinasi perkataan yang digunakan untuk menyatakan mahu di..., bagi masa sekarang, dan setiap satunya bergantung kepada kesesuaian tertentu.

'Want' + 'to be' + ('past participle').
'Wants' + 'to be' + ('past participle').

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'want' + 'to be' + ('past participle').
2. (Objek) + 'wants' + 'to be' + ('past participle').



1. Struktur : (Objek) + 'want' + 'to be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'want' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini adalah satu bentuk pasif.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (Kelaziman sekarang - Keadaan mahu di... itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang dimahukan itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek).

VerbEnglishMelayu
TreatI want to be treated fairlySaya mahu dilayan dengan adil
ReleassWe want to be released from this taskKami mahu dilepaskan dari tugasan ini
RememberThey want to be remembered as the pioneerMereka mahu dikenabg sebagai pemula
SeeAli and Abu want to be seen as good friendsAli dan Abu mahu dilihat sebagai kawan baik
EntertainThe children want to be entertainedKanak-kanak itu mahu dihiburkan

Catitan :

- Bagi objek 'I, you, plural', tiada huruf 's' dalam ejaan 'want'.
- 'Past participle' digunakan untuk menunjukkan bentuk pasif.
- Dalam struktur ini, 'be' bermakna 'di'.

2. Struktur :(Objek) + 'wants' + 'to be' + ('past participle')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'wants' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('past participle') tertentu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - perasaan mahu di... itu memang kebiasaan pada masa sekarang atau satu kehendak pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang dimahukan itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek).

VerbEnglishMelayu
ShareShe wants the money to be sharedDia mahu wang itu dikongsi
LoveHe wants to be lovedDia mahu disayangi
UnderstandAli wants to be understoodAli mahu difahami
ContestSiti wants the post to be contestedSiti mahu jawatan itu dipertandingkan
DeclareWho wants to be declared bankcrupt ?Siapa yang mahu diisytiharkan muflis ?

Catitan :

- Perhatikan, ada huruf 's' dalam ejaan 'wants' bagi objek diatas.
- 'Past participle' digunakan untuk menunjukkan bentuk pasif.
- Dalam struktur ini, 'be' bermakna 'di'.

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Want to be(Objek) + want to be + ('past participle')I, You, PluralPresent tensePasif
Wants to be(Objek) + wants to be + ('past participle')SingularPresent tensePasif

No comments: