Wednesday, December 28, 2011

283. Berkata 'mahu' (dulu)

Berkata 'mahu' (dulu)

Dalam bahasa Inggeris, perkataan berikut digunakan untuk menyatakan mahu, bagi waktu dahulu, iaitu hal 'mahu' itu ujud pada masa lepas ('Past tense').

'Wanted'
.
Perkataan tersebut boleh digunakan dalam salah satu struktur berikut :

1. (Objek) + 'wanted' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'wanted' + 'to' + ('verb').
3. (Objek) + 'wanted' + 'to be' + ('non-verb').



1. Struktur : (Objek) + 'wanted' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'wanted' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Wanted' bermakna mahu tapi hal mahu itu ujud pada masa lalu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular', 'plural').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - perasaan mahu itu ujud pada masa yang telah lalu).
3. 'Non-verb' - Hal yang dimahukan itu adalah benda atau objek (bukan perbuatan).

English non-verbEnglishMelayu
The clubhousePreviously we wanted the clubhouse to be built hereDahulu kami mahu rumah kelab dibina di sini
A new toyYesterday she wanted a new toySemalam dia mahu barang mainan baru
The situationThe manager wanted the situation to be improvedPengurus mahu keadaan diperbaiki
HimInitially his father wanted him to study in AustraliaPada awalnya ayahnya mahu dia belajar di Austrakia
A refundShe wanted a refundDia mahu satu bayaran balik

2. Struktur : (Objek) + 'wanted' + 'to' + ('verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'wanted' diikuti perkataan 'to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.

'Wanted' bermakna mahu tapi hal mahu itu ujud pada masa lalu.

Struktur digunakan bagi :

1. Objek : Semua objek iaitu 'he, she, it, this, that, I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'singular, plural'.
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - perasaan mahu itu ujud pada masa yang telah lalu).
3. 'Verb' - Hal yang dimahukan itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek).

VerbEnglishMelayu
GoShe wanted to go to town yesterdayDia mahu pergi ke bandar semalam
ReportHe wanted to report the burglary to the policeDia mahu melapurkan kecurian itu kepada pihak polis
ClimbThey wanted to climb the hillMereka mahu mendaki bukit itu
SeeWe wanted to see headmasterKami mahu jumpa gurubesar
TeachAli wanted to teach him a lessonAli mahu ajar dia

Catitan :

- 'Verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.

3. Struktur : (Objek) + 'wanted' + 'to be' + ('non-verb')

Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'wanted' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.

'Wanted to be' bermakna mahu jadi tapi hal mahu itu ujud pada masa lalu.

Struktur ini digunakan bagi :

1. Objek : Semua ('I, you, singular, plural').
2. Masa : 'Past tense' (dahulu - perasaan mahu jadi itu memang kebiasaan pada masa dahulu).
3. 'Non-verb' - Hal yang dimahukan itu adalah benda atau objek (bukan perbuatan).

Non-verbEnglishMelayu
HappyShe wanted to be happyDia mahu gembira
HimselfHe wanted to be himselfDia mahu jadi dirinya sendiri
FirmAli wanted to be firmAli mahu bertegas
BusinesswomanSiti wanted to be a businesswomanSiti mahu menjadi seorang peniagawati

Ringkasan

PerkataanStrukturObjekMasaBentuk
Wanted(Objek) + wanted + ('non-verb')SemuaPast tenseAktif
Wanted to(Objek) + wanted to + ('verb')SemuaPast tenseAktif
Wanted to be(Objek) + wanted to be + ('non-verb')SemuaPast tenseAktif

No comments: