Dalam bahasa Inggeris, terdapat beberapa perkataan yang digunakan untuk menyatakan mahu, bagi masa sekarang, dan setiap satunya bergantung kepada kesesuaian tertentu.
'Want'.
'Wants'.
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam salah satu struktur berikut :
1. (Objek) + 'want' + ('non-verb').
2. (Objek) + 'wants' + ('non-verb').
3. (Objek) + 'want' + 'to' + ('verb').
4. (Objek) + 'wants' + 'to' + ('verb').
5. (Objek) + 'want' + 'to be' + ('non-verb').
6. (Objek) + 'wants' + 'to be' + ('non-verb').
1. Struktur : (Objek) + 'want' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'want' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - perasaan mahu itu memang kebiasaan pada masa sekarang atau satu kehendak pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' - Hal yang dimahukan itu bukan perbuatan tapi benda atau objek ('non-verb').
| English 'non-verb' | English | Melayu |
| You | I want you | Saya mahu awak |
| Him | The players want him as the coach | Pemain-pemain mahu dia sebagai jurulatih |
| The show | We want the show to begin now | Kami mahu pertunjukan dimulakan sekarang |
| The car | Do you want the car ? | Adakah awak mahu kereta itu ? |
| The subsidies | The oppositions want the subsidies to be abolished | Pembangkang mahu subsidi itu ditamatkan |
Catitan :
- Awas bahawa ejaan 'want' adalah tanpa 's' bila objek adalah 'I, you, plural'.
2. Struktur : (Objek) + 'wants' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'wants' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (sekarang - perasaan mahu itu memang kebiasaan pada masa sekarang atau satu kehendak pada masa sekarang).
3. Hal yang dimahukan itu benda atau objek (bukan perbuatan ('non-verb')).
| Non-verb | English | Melayu |
| You | She wants you | Dia mahu awak |
| Ali | The manager wants Ali as the coach | Pengurus mahu Ali sebagai jurulatih |
| The show | He wants the show to begin now | Dia mahu pertunjukan dimulakan sekarang |
| Abu | Ali wants Abu to come earlier | Ali mahu Abu datang lebih awal |
| Teachers | The headmaster wants teachers to come on time or earlier | Guru besar mahu guru-guru datang tepat pada masanya atau lebih awal |
3. Struktur : (Objek) + 'want' + 'to' + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'want' diikuti perkataan 'to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (kelaziman sekarang - perasaan mahu itu lazim ujud pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang dimahukan itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek).
| Verb | English | Melayu |
| Go | I want to go now | Saya mahu pergi sekarang |
| Watch | We want to watch movie | Kami mahu menonton wayang |
| Play | They want to play bowling | Mereka mahu main boling |
| Visit | Ali and Abu want to visit Siti's grandmother | Ali dan Abu mahu melawat nenek Siti |
| Strike | The workers want to strike | Pekerja-pekerja mahu mogok |
Catitan :
- 'Verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
4. Struktur : (Objek) + 'wants' + 'to' + ('verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'wants' diikuti perkataan 'to' diikuti perkataan ('verb') tertentu.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (kelaziman sekarang - perasaan mahu itu memang kebiasaan pada masa sekarang atau satu kehendak pada masa sekarang).
3. 'Verb' - Hal yang dimahukan itu adalah perbuatan (bukan benda atau objek).
| Verb | English | Melayu |
| Play | She wants to play now | Dia mahu main sekarang |
| Study | He wants to study in England | Dia mahu belajar di England |
| Travel | Ali wants to travel to North Pole | Ali mahu melancong ke kutub utara |
| Become | Siti wants to become a businesswoman | Siti mahu menjadi seorang peniagawati |
| Fight | Dog wants to fight cat | Anjing mahu gaduh dengan kucing |
| Go | She wants to go north | Dia mahu pergi ke utara |
| Go | He wants to go fishing | Dia mahu pergi memancing |
Catitan :
- 'Verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive'.
5. Struktur : (Objek) + 'want' + 'to be' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'want' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
'Want to be' bermakna mahu jadi.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'I, you, we, they, these, those' dan lain-lain 'plural'.
2. Masa : 'Present tense' (kelaziman sekarang - perasaan mahu itu ujud pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' - Hal yang dimahukan itu adalah benda atau objek (bukan perbuatan).
| Non-verb | English | Melayu |
| A teacher | I want to be a teacher | Saya mahu pergi jadi seorang guru |
| Champion | We want to be champion | Kami mahu jadi juara |
| Hulk | They want to be hulk | Mereka mahu jadi 'hulk' |
| Friend | Ali and Abu want to be friend | Ali dan Abu mahu jadi kawan |
| Clown | The children want to be clowns | Kanak-kanak itu mahu jadi pelawak |
6. Struktur : (Objek) + 'wants' + 'to be' + ('non-verb')
Struktur ini berbentuk begini : (Objek) tertentu diikuti perkataan 'wants' diikuti perkataan 'to be' diikuti perkataan ('non-verb') tertentu.
'Wants to be' bermakna mahu jadi.
Struktur ini digunakan bagi :
1. Objek : 'He, she, it, this, that' dan lain-lain 'singular'.
2. Masa : 'Present tense' (Kelaziman sekarang - perasaan mahu jadi itu memang kebiasaan pada masa sekarang atau satu kehendak pada masa sekarang).
3. 'Non-verb' - Hal yang dimahukan itu adalah benda atau objek (bukan perbuatan).
| Non-verb | English | Melayu | |
| Happy | She wants to be happy | Dia mahu gembira | |
| Himself | He wants to be himself | Dia mahu jadi dirinya sendiri | |
| Firm | Ali wants to be firm | Ali mahu bertegas | |
| A businesswoman | Siti wants to be a businesswoman | Siti mahu menjadi seorang peniagawati | |
| A millionaire | Who wants to be a millionaire ? | Siapa yang mahu jadi jutawan ? |
Ringkasan
| Perkataan | Struktur | Objek | Masa | Bentuk |
| Want | (Objek) + want + ('non-verb') | I, You, Plural | Present tense | Aktif |
| Wants | (Objek) + wants + ('non-verb') | Singular | Present tense | Aktif |
| Want to | (Objek) + want to + ('verb') | I, You, Plural | Present tense | Aktif |
| Wants to | (Objek) + wants to + ('verb') | Singular | Present tense | Aktif |
| Want to be | (Objek) + want to be + ('non-verb') | I, You, Plural | Present tense | Aktif |
| Wants to be | (Objek) + wants to be + ('non-verb') | Singular | Present tense | Aktif |
No comments:
Post a Comment