Monday, December 31, 2012

45. Mengenali 'Past tense' bagi 'action verb'

Mengenali 'Past tense' atau 'simple Past tense' bagi 'action verb'

'Past tense' bagi 'action verb' adalah masa perbuatan fizikal yang berlaku pada masa yang telah lepas. Apabila sesuatu perbuatan fizikal itu berlaku pada masa yang sudah lepas, maka ejaan 'Past tense' hendaklah digunakan kepada 'infinitive' (perkataan dasar) bagi perbuatan tersebut.

'Past tense' (bagi 'action verb') boleh ujud dalam beberapa bentuk :

1. Bentuk aktif.
2. Bentuk negatif.
3. Bentuk pasif.
4. Bentuk negatif dan pasif.
5. Bentuk soalan bagi bentuk aktif.
6. Bentuk soalan bagi bentuk negatif.
7. Bentuk soalan bagi bentuk pasif.
8. Bentuk soalan bagi bentuk negatif dan pasif. 9. Bentuk permintaan/suruhan/tegahan - tidak ujud.
10.Tiada bentuk - tidak ujud.



1. 'Past tense' bagi 'action verb' dalam bentuk aktif

1.1. Struktur penggunaan 1 : (Objek) + ('Past tense').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Past tenseMelayuCatitan
TellBeritahuHe told me yesterdayDia beritahu saya semalam(Pengucap bermaksud perbuatan memberitahu itu berlangsung pada satu masa yang lepas)
WriteTulisShe wrote a letter yesterday morningDia telah menulis sepucuk surat pada pagi semalam(Pengucap bermaksud perbuatan menulis itu berlaku pada satu masa yang lepas)
GoPergiHe went to the doorDia telah pergi ke arah pintu(Pengucap bermaksud perbuatan pergi itu berlaku pada satu masa yang lepas)
LiveTinggalI lived in Brazil for five yearsSaya telah tinggal di Brazil selama lima tahun(Pengucap bermaksud perbuatan tinggal itu berlaku pada satu masa yang lepas)
DriveManduAli drove to Seremban last nightAli telah memandu ke Seremban malam tadi(Pengucap bermaksud perbuatan memandu itu berlaku pada satu masa yang lepas)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'past tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu berlaku pada masa dahulu.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (Objek) + ('past tense'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'past tense' tertentu.
- 4. 'Past tense' digunakan bagi semua objek, 'I, you, singular' atau 'plural' (objek 'I, you, singular' atau 'plural' menggunakan 'past tense' yang sama).
- 5. Biasanya, dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' menunjukkan hal yang berlaku pada masa lepas. Selain itu, pernyataan masa dapat menunjukkan samada sesuatu hal berlaku pada masa lepas.

Selain dari struktur diatas, struktur berikut boleh juga digunakan :

1.2. Struktur penggunaan 2 : (Objek) + 'did' + ('action verb - infinitive').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Past tenseMelayuCatitan
TellBeritahuHe did tell me yesterdayDia telah beritahu saya semalam(Pengucap bermaksud perbuatan memberitahu itu berlangsung pada satu masa yang lepas)
WriteTulisShe did write a letter yesterday morningDia telah menulis sepucuk surat pada pagi semalam(Pengucap bermaksud perbuatan menulis itu berlaku pada satu masa yang lepas)
GoPergiHe did go to the doorDia telah pergi ke arah pintu(Pengucap bermaksud perbuatan pergi itu berlaku pada satu masa yang lepas)
LiveTinggalI did live in Brazil for five yearsSaya telah tinggal di Brazil selama lima tahun(Pengucap bermaksud perbuatan tinggal itu berlaku pada satu masa yang lepas)
DriveManduAli did drive to Seremban last nightAli telah memandu ke Seremban malam tadi(Pengucap bermaksud perbuatan memandu itu berlaku pada satu masa yang lepas)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'past tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu berlaku pada masa dahulu.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'did' + ('action verb - infinitive'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'did' diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. 'Did' digunakan bagi semua objek ('I, you, 'singular', 'plural'') (objek 'I, you, singular' atau 'plural' menggunakan perkataan 'did').
- 5. Apabila perkataan 'did' digunakan maka 'action verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).



2. 'Past tense' bagi 'action verb' dalam bentuk negatif

Struktur penggunaan : (Objek) + 'did' + 'not' + ('action verb').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Past tenseMelayuCatitan
TellBeritahuHe did not tell me yesterdayDia (telah) tidak beritahu saya semalam(Pengucap bermaksud perbuatan tidak memberitahu itu berlangsung pada satu masa yang lepas)
WriteTulisShe did not write a letter yesterday morningDia (telah) tidak menulis sepucuk surat pada pagi semalam(Pengucap bermaksud perbuatan tidak menulis itu berlaku pada satu masa yang lepas)
GoPergiHe did not go near to the doorDia (telah) tidak pergi mendekat ke arah pintu(Pengucap bermaksud perbuatan tidak pergi itu berlaku pada satu masa yang lepas)
LiveTinggalI did not live in Brazil for five yearsSaya (telah) tidak tinggal di Brazil selama lima tahun(Pengucap bermaksud perbuatan tidak tinggal itu berlaku pada satu masa yang lepas)
DrivePanduAli did not drive to Seremban last nightAli (telah) tidak memandu ke Seremban malam tadi(Pengucap bermaksud perbuatan tidak memandu itu berlaku pada satu masa yang lepas)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'past tense' (dalam bentuk 'negatif') ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud ia berlaku pada masa dahulu.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'did' + 'not' + ('action verb'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'did' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'did' digunakan bagi semua 'objek' iaitu 'I, you, singular' dan 'plural'. Ia juga melambangkan masa lepas.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 6. Frasa 'did not' bermakna 'tidak' atau 'bukan'.
- 7. 'Action verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar). Perkataan 'infinitive' sentiasa digunakan selepas perkataan 'not'.
- 8. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'tidak' boleh dikatakan biasa digunakan dalam bahasa Melayu.
- 9. Kombinasi 'did not' biasa diringkaskan menjadi 'didn't'.
- 10.Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' menunjukkan masa lalu (sepadan dengan 'Past tense'), tetapi ia sering disenyapkan.



3. 'Past tense' bagi 'action verb' dalam bentuk pasif

Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + ('past participle').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English Past tenseMelayuCatitan
TellBeritahuHe was told yesterdayDia (telah) diberitahu semalam(Pengucap bermaksud perbuatan pasif diberitahu itu berlangsung pada satu masa yang lepas)
WriteTulisThe letter was written by her yesterday morningSurat itu (telah) ditulis olehnya pada pagi semalam(Pengucap bermaksud perbuatan pasif ditulis itu berlaku pada satu masa yang lepas)
RepairBaikiThe car was repaired by himKereta itu (telah) dibaiki olehnya(Pengucap bermaksud perbuatan pasif dibaiki itu berlaku pada satu masa yang lepas)
SingNyanyiThe song was sung by herLagu itu (telah) dinyanyikan olehnya(Pengucap bermaksud perbuatan pasif dinyanyikan itu berlaku pada satu masa yang lepas)
DrivePanduAli was driven to Seremban last nightAli (telah) dipandu ke Seremban malam tadi(Pengucap bermaksud perbuatan pasif dipandu itu berlaku pada satu masa yang lepas)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'past tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu sudah berlaku pada masa yang lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + ('past participle'). Iaitu 'objek' tertentu diikuti perkataan 'was' atau 'were' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan jika objeknya ialah 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan jika objeknya ialah 'you, plural'.
- 5. Perkataan 'past participle' menandakan 'pasif'.
- 6. Kombinasi 'was/were + ('past participle')' bermaksud 'telah di(pasif)'.
- 7. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + ('past tense').



4. 'Past tense' bagi 'action verb' yang berbentuk negatif dan pasif

Struktur penggunaan : (Objek) + 'was/were' + 'not' + ('past participle').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Past tenseMelayuCatitan
TellBeritahuI was not told by him yesterdaySaya (telah) tidak diberitahu olehnya semalam(Pengucap bermaksud perbuatan tidak diberitahu itu berlangsung pada satu masa yang lepas)
WriteTulisThe letter was not written by her yesterday morningSurat itu (telah) tidak ditulis olehnya pada pagi semalam(Pengucap bermaksud perbuatan tidak ditulis itu berlaku pada satu masa yang lepas)
RepairBaikiThe car was not repaired by himKereta itu (telah) tidak dibaiki olehnya(Pengucap bermaksud perbuatan telah tidak dibaiki itu berlaku pada satu masa yang lepas)
SolveSelesaiThe problem was not solved yesterdayMasalah itu (telah) tidak diselesaikan semalam(Pengucap bermaksud perbuatan tidak diselesaikan itu berlaku pada satu masa yang lepas)
DrivePanduHe was not driven to Seremban last nightAli (telah) tidak dipandu ke Seremban malam tadi(Pengucap bermaksud perbuatan tidak dipandu itu berlaku pada satu masa yang lepas)

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present tense' ini digunakan maka secara automatik penutur bermaksud hal itu telah berlaku pada masa dahulu (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : (objek) + was/were + not + ('past participle'). Iaitu perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'was/were' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan jika 'objek' ialah 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan jika 'objek' ialah 'you, plural'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 6. Perkataan 'past participle' melambangkan 'pasif' (kena buat).
- 7. Frasa 'telah tidak' atau 'sudah tidak' hampir tidak digunakan langsung dalam bahasa Melayu tetapi digunakan dalam contoh diatas untuk menunjukkan 'tense' dalam bahasa Inggeris.
- 8. Perkataan Melayu 'bukan' juga menggunakan perkataan Inggeris yang sama iaitu 'was/were not'.
- 9.Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' menunjukkan masa lalu (sepadan dengan 'Past tense'), tetapi ia sering disenyapkan.



5. Bentuk soalan bagi 'Past tense' bagi 'action verb' yang berbentuk aktif

Struktur penggunaan : 'Did' + (objek) + ('action verb').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Past tenseMelayuQuestionSoalan
TellBeritahuHe told me yesterdayDia beritahu saya semalamDid he tell me yesterday ?Adakah dia (telah) beritahu saya semalam ?
WriteTulisShe wrote a letter yesterday morningDia telah menulis sepucuk surat pada pagi semalamDid she write a letter yesterday morning ?Adakah dia (telah) menulis sepucuk surat pada pagi semalam ?
GoPergiHe went to the doorDia telah pergi ke arah pintuDid he go the door ?Adakah dia (telah) pergi ke arah pintu ?
LiveTinggalHe lived in Brazil for five yearsDia telah tinggal di Brazil selama lima tahunDid he live in Brazil for five years ?Adakah dia (telah) tinggal di Brazil selama lima tahun ?
DrivePanduAli drove to Seremban last nightAli telah memandu ke Seremban malam tadiDid Ali drive to Seremban last night ?Adakah Ali (telah) memandu ke Seremban malam tadi ?

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'past tense' (dalam bentuk soalan) ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu berlaku pada masa dahulu.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Did' + (objek) + ('action verb'). Iaitu perkataan 'did' diikuti 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek, 'I, you, singular' atau 'plural' (objek 'I, you, singular' atau 'plural' menggunakan perkataan yang sama).
- 5. 'Did' bermakna 'adakah' dan menandakan 'telah berlaku pada satu masa dahulu'.
- 6. Ejaan 'action verb' hendaklah dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar).
- 7. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'telah' menunjukkan masa lalu (sepadan dengan 'Past tense'), tetapi ia sering disenyapkan.



6. Bentuk soalan bagi 'Past tense' bagi 'action verb' yang berbentuk negatif

Struktur penggunaan : 'Did' + 'not' + (objek) + ('action verb').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Past tenseMelayuQuestionSoalan
TellBeritahuWe did not tell me yesterdayDia (telah) tidak beritahu saya semalamDid not he tell me yesterday ?Adakah dia (telah) tidak beritahu saya semalam ?
WriteTulisShe did not write a letter yesterday morningDia tidak menulis sepucuk surat pada pagi semalamDid not she write a letter yesterday morning ?Adakah dia (telah) tidak menulis sepucuk surat pada pagi semalam ?
GoPergiHe did not go to the doorDia tidak pergi ke arah pintuDid not he go to the door ?Adakah dia (telah) tidak pergi ke arah pintu ?
LiveTinggalI did not live in Brazil for five yearsSaya tidak tinggal di Brazil selama lima tahunDid not I live in Brazil for five years ?Adakah saya (telah) tidak tinggal di Brazil selama lima tahun ?
DrivePanduAli did not drive to Seremban last nightAli tidak memandu ke Seremban malam tadiDid not Ali drive to Seremban last night ?Adakah Ali (telah) tidak memandu ke Seremban malam tadi ?

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'past tense' (dalam bentuk 'soalan') ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah ia berlaku pada masa dahulu.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan (dalam bentuk negatif) : 'Did' + 'not' + (objek) + ('action verb'). Iaitu perkataan 'did' diikuti perkataan 'not' diikuti 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'action verb' tertentu.
- 4. Perkataan 'did' digunakan bagi semua objek ('I, you, singular' dan 'plural'). Ia juga melambangkan masa lepas. Ia bermakna 'adakah'.
- 5. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 6. Dalam bentuk soalan, perkataan 'did not' bermakna 'adakah ... tidak' atau 'adakah ... bukan' atau 'tidakkah' atau 'bukankah'.
- 7. 'Action verb' hendaklah dieja dalam bentuk 'infinitive' (kata dasar). 'Infinitive' bagi 'action verb' digunakan dalam bentuk 'soalan' atau selepas perkataan 'not'.
- 8. Dalam bahasa Melayu, perkataan 'tidakkah' atau 'bukankah' boleh dikatakan biasa digunakan.
- 9. Kombinasi 'did not' biasa diringkaskan menjadi 'didn't'.



7. Bentuk soalan bagi 'Past tense' bagi 'action verb' yang berbentuk pasif

Struktur penggunaan : 'Was/were' + (objek) + ('past participle').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)English Past tenseMelayuQuestionSoalan
TellBeritahuHe was told yesterdayDia (telah) diberitahu semalamWas he told yesterday ?Adakah dia (telah) diberitahu semalam ?
WriteTulisThe letter was written by her yesterday morningSurat itu telah ditulis olehnya pada pagi semalamWas the letter written by her yesterday morning ?Adakah surat itu (telah) ditulis olehnya pada pagi semalam ?
RepairBaikiThe car was repaired by himKereta itu telah dibaiki olehnyaWas the car repaired by him ?Adakah kereta itu (telah) dibaiki olehnya ?
SingNyanyiThe song was sung by herLagu itu telah dinyanyikan olehnyaWas the song sung by her ?Adakah lagu itu telah dinyanyikan olehnya ?
DrivePanduAli was driven to Seremban last nightAli telah dipandu ke Seremban malam tadiWas Ali driven to Seremban last night ?Adakah Ali (telah) dipandu ke Seremban malam tadi ?

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'past tense' (dalam bentuk soalan) ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud adakah hal itu sudah berlaku pada masa yang lepas.
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Was/were' + (objek) + ('past participle'). Iaitu perkataan 'was/were' diikuti 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan jika objeknya ialah 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan jika objeknya ialah 'you, plural'.
- 5. Penggunaan perkataan 'past participle' menandakan ayat pasif.
- 6. Dalam bentuk soalan, kombinasi 'was/were ... ('past participle')' bermaksud 'adakah ... telah di(pasif)'.
- 7. Perhatikan (objek) terletak antara 'was/were' dan 'past participle'.
- 8. Dalam bentuk aktif, struktur penggunaannya seperti berikut : (Objek) + ('past tense').



8. Bentuk soalan bagi 'Past tense' bagi 'action verb' yang berbentuk negatif dan pasif

Struktur penggunaan : 'Was/were' + 'not' + (objek) + ('past participle').

English (infinitive)Melayu (perkataan dasar)Past tenseMelayuQuestionSoalan
TellBeritahuI was not told by him yesterdaySaya (telah) tidak diberitahu olehnya semalamWas not I told by him yesterday ?Adakah saya (telah) tidak diberitahu olehnya semalam ?
WriteTulisThe letter was not written by her yesterday morningSurat itu (telah) tidak ditulis olehnya pada pagi semalamWas not the letter written by her yesterday morning ?Adakah surat itu (telah) tidak ditulis olehnya pada pagi semalam ?
RepairBaikiThe car was not repaired by himKereta itu (telah) tidak/bukan dibaiki olehnyaWas not the car repaired by him ?Adakah kereta itu (telah) tidak/bukan dibaiki olehnya ?
SolveSelesaiThe problem was not solved yesterdayMasalah itu (telah) tidak diselesaikan semalamWas not the problem solved yesterday ?Adakah masalah itu (telah) tidak diselesaikan semalam ?
DrivePanduHe was not driven to Seremban last nightAli (telah) tidak dipandu ke Seremban malam tadiWas not he driven to Seremban last night ?Adakah Ali (telah) tidak dipandu ke Seremban malam tadi ?

Catitan :

- 1. Apabila struktur 'present tense' (dalam bentuk soalan) ini digunakan maka secara automatik penanya bermaksud hal itu telah berlaku pada masa dahulu (dalam bentuk 'pasif' dan 'negatif').
- 2. Pengguna hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai. Ada perkataan yang tidak sesuai dengan 'tense' ini.
- 3. Struktur penggunaan 'tense' ini berbentuk begini : 'Was/were' + 'not' + (objek) + ('past participle')'. Iaitu perkataan 'was/were' diikuti dengan perkataan 'not' diikuti dengan perkataan 'objek' tertentu diikuti dengan perkataan 'past participle' tertentu.
- 4. Perkataan 'was' digunakan jika 'objek' ialah 'I, singular'. Perkataan 'were' digunakan jika 'objek' ialah 'you, plural'.
- 5. Perkataan 'was/were' menandakan 'past tense'.
- 6. Perkataan 'not' melambangkan 'negatif'.
- 7. Dalam bentuk soalan, kombinasi 'was/were not' bermakna 'adakah ... tidak'.
- 8. Perkataan 'past participle' digunakan bagi bentuk 'pasif' (kena buat).
- 9. Perhatikan (objek) terletak antara 'was/were' dan 'past participle'.
- 10.Perkataan 'was not' biasa dipendekkan menjadi 'wasn't'. Perkataan 'were not' biasa dipendekkan menjadi 'weren't'.



No comments: